VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 16 November 2008

Singapore oh Singapore

Media Singapura Tidak Adil

Oleh SAIPUL ADLI MOHAMAD

Harian Metro, Ahad 16 November


JOHOR BAHRU: Kata bijak pandai, jenayah berlaku kerana dua sebab - niat untuk melakukannya dan kesempatan terhidang akibat sikap tidak berwaspada mangsa. Ia tercetus di mana-mana, tanpa mengira status sesebuah negara.

Bagaimanapun, di samping kedudukan geografi yang menjadi antara pintu masuk utama ke negara ini dan kebanjiran pekerja dari dalam serta luar negara kerana lambakan peluang pekerjaan sama ada di Johor dan Singapura, cabaran polis Johor bukan mudah.

Buktinya, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini, berlaku dua kes berprofil tinggi membabitkan pengedaran cakera video digital (DVD) dengan aksi seks bekas Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenggaroh, Datuk S Krishnasamy.

Tidak hairan Johor dianggap negeri panas dari segi kadar jenayah di kalangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) selain Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, untuk melabel Johor negeri tidak selamat adalah satu tuduhan keterlaluan kerana setiap hujah yang bernas perlu disokong dengan fakta dan perangkaan.

Justeru, tidak adil apabila media khususnya Singapura, mendakwa Johor negeri tidak selamat dikunjungi apabila sesekali rakyat republik itu menjadi mangsa apabila bertandang ke negeri itu.

Buktinya, berdasarkan perangkaan IPK Johor, jika dibandingkan dengan jumlah kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini, iaitu antara 830,000 dan 850,000 orang sebulan, cuma 1.4 peratus menjadi mangsa kes jenayah.

Malah, selain polis Johor, rakyat Singapura sendiri mengaku mereka gemar berbelanja dan bersiar-siar di negeri itu, malah ada yang membeli hartanah serta menetap di Johor biarpun bekerja di negara mereka sendiri. Puncanya, kerana kos lebih murah,

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata hasil risikan mendapati penjenayah tidak akan membuat kaji selidik ke atas seseorang itu sebelum melakukan jenayah terutama ragut atau samun kerana ia bukan jenayah terancang.

“Kes yang berlaku ke atas warga Singapura turut berlaku kepada rakyat negara ini. Saya yakin tidak ada penjenayah yang mensasarkan warga negara jiran, sebaliknya disebabkan peluang yang diberikan mangsa.

“Bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini, jumlah kes jenayah kekerasan membabitkan warga Singapura adalah 26 berbanding 47 tahun lalu iaitu menurun 21 kes. Rakyat Singapura yang menjadi mangsa samun dalam tempoh sama adalah 24 kes berbanding 43 kes tahun lalu, penurunan 19 kes atau 44.18 peratus.

“Kes jenayah harta benda membabitkan kecurian motosikal atau kereta milik warga Singapura, hanya 14 kes tahun ini berbanding 15 kes tahun lalu. Jadi, jika dibandingkan purata kemasukan rakyat Singapura ke negeri ini sebulan, hanya 1.4 peratus saja menjadi mangsa jenayah,” katanya.

Malah, jika dilihat sebaliknya, rakyat Singapura sebenarnya turut menyumbang kepada kes jenayah di Johor. Tidak dapat dinafikan segelintir rakyat mereka menjadi dalang atau pembiaya yang menyumbang dana bagi kegiatan pengedaran dadah, judi haram sama ada ekor, bola sepak atau kuda, pelacuran serta sindiket penyeludupan bayi di negeri ini.

Cuma kita terlalu berlembut dan dalam hal ini, peranan media memainkan peranan cukup penting. Jika media negara jiran bebas melaporkan kes terpencil yang menimpa pelancong mereka di negara ini, laporan media kita pula agak terbatas.

Misalnya, dalam sidang media polis, mereka hanya mahu wakil media tempatan melaporkan suspek ditahan dari negara jiran, walaupun diketahui ia membabitkan warga Singapura. Tujuannya, tidak mahu menjejaskan nama baik negara itu.

Malah, tidak dapat disangkal banyak kenderaan bernombor pendaftaran dari Singapura memecut ibarat pelesit di lebuh raya kita terutama pada hujung minggu.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

memang brtol apa yang anda katakan, memang apa yang diperkata kan oleh media singapura memang sangay melampau, agaknyer kenapa mereka tah abis2 menyakitkan hati negara kita? agaknya jorang nak lancarkan perang media dengan negara kita... kalau lihat media negara kita, lengkap dengan iklan "uniknya singapura", jorang tak pernah nak berterima kasih kat malaysia kerana banyak faedah mereka berada di bawah malaysia....

kita perlu bertages bila hal macam ni berlaku, supaya negara kita tidak diperkotak-katikan lagi oleh singa yang suka berpura-pura nih......

wassalam

Dota Melayu berkata...

singapore..
singapropa...

mengaum kuat...
tp..
putar belit lagi hebat...

ape2 pun..
singapura...

sbnrnye...
jeles dgn malaysia..