Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 25 Februari 2009

Aku dalam dilema lah pulak!

Baru tadi mak aku call (8:50 p.m) ajak borak-borak dalam phone. Pelik gak, jarang mak aku call sebab beliau tidak suka call anak-anak. SMS je (tu pun lepas setahun pakai HP - hehehe)

Dalam call tu, mak aku bermadah pulak. Bagi introduction dan penerangan ringkas kat aku.

Ma: Hari minggu ni boleh balik Putrajaya tak? Sabtu dengan Ahad je..

Aku: Balik kenapa?

Ma: Ma dapat tempah 2 chelet kat Cameron Highlands. Satu untuk Mak Teh dan satu lagi untuk "kita".

Aku: Hm... So?

Ma: Mak Teh tak nak pergi sebab ada problem. Ma ajak Azri. Dia nak ikut (adik aku yang form 5 ni memang susah nak ikut parents aku makan angin - tak cool sebagai anak remaja kata beliau) kalau pergi 1 hari 2 malam je.

Aku: Masih tak paham...

Ma: Boleh balik ke tak?

Aku: Tak boleh sebab dah janji dengan "bos" nak pergi kem kepimpinan Sabtu ni. Lagipun, kan adik dah bagi tahu Ma 2 minggu awal... (adik --> panggilan manja aku. Nape? Dengki?)

Ma: Alah, baliklah kejap... Ma teringin sangat nak pergi Cameron Highlands. Tak pernah pergi pun selama ni. Bilik tengah ada (kosong) tu. Hari lain semua dah penuh. Sampai bulan 4 pulak tu!

Aku: Takda masalah kot kalau adik tak pergikan? Alah... ma pergi jelah dengan dorang semua...

Ma: Memang takda masalah pun dengan dorang. Siapa cakap Ma ada masalah dengan dorang.. Yang jadi masalah tu, siapa nak jaga "anak angkat" kat rumah tu? Siapa nak jaga makan minum dan cuci berak dia?

Aku: Jadi, kesimpulannya?

Ma: Ma nak adik balik rumah tengok-tengokkan dorang. Bagi makan dan cuci berak dia...

Aku: Maksudnya, adik balik rumah, jaga budak-budak tu, dan yang lain bergumbira di Cameron? What the F***??? Mana boleh... Ingatkan nak suruh balik sebab nak ajak pergi sama-sama. Rupanya ada muslihat lain..

Ma: Alah, adik pergi kemuadianlah.. Lain kali kita pergi lagi... Oklah, nanti ma call balik. Sebelum tu, pikir-pikirlah dulu. Ma harap sangat nak pergi tapi tak sampai hati nak tinggalkan "anak angkat" Ma kat rumah... Nanti Ma bagi elaunlah..

Aku: Jap-jap. Takda talian hayat (pilihan lain) ke?

Ma: Oklah, lama cakap habis pulak kredit ni. Wassalam... (alasan biasa bila nak putuskan panggilan)

Aku: Eh... belu....m (toot.... toot....)

(Patutlah ayat macam dalam buku teks BM Darjah 6! Ada taik dicelah bontot rupanya!)

Macam mana ni? Aku dalam dilema. Nak pergi kem tu atau balik rumah......???

Kalau tak pergi kem pulak:

  1. Aku dah mingkir janji sebab benda tu dah plan sebulan awal.
  2. Aku adalah pekerja senior beserta seorang lagi sahabat. Yang lain adalah pekerja baru. Takkan aku nak biar pekerja baru terkial-kial buat kerja? Kawan aku mana boleh handle ramai-ramai. Nanti gila isim pastu moody pulak. Hehehe..
  3. Takdapatlah duit belanja lebih minggu ni padahal banyak benda nak kena bayar! Walaupun aku dijanjikan elaun, itu adalah semata-mata duit belanja mingguan aku. Kalau aku mintak duit minggu depat, nescahya mak aku akan cakap, "kan dah bagi elaun minggu lepas, takkan dah habis?"

Kalau tak balik rumah pulak:

  1. Kemungkinan trip to Cameron akan batal sebab takda siapa nak: jaga budak + basuh baju + memasak + angkat baju + kemas rumah + cuci berak = AKU!
  2. Mak aku akan kecewa sangat sebab beliau tak pernah pergi Cameron (aku pun tak pernah. Kalau Genting tu dah macam rumah kedua aku - hik hik hik!!)
  3. Anak angkat a.k.a anak kucing kesayang mak aku, (batch kedua yang selamat dan hidup dari ibu kucing yang gedik bernama KOREN) akan menyepahserabutkan rumah degan baja-baja organik dorang yang suam-suam taik tu!. Silap-silap dalam peti ais pun ada tinggalan fosil tu!
adik aku ni dan-dan nak pergi pulak! biasanya taknak! mangsa keadaan = AKU!

So, apa pendapat korang?





Layan...

5 ulasan:

Nik Sharolbahri Bin Nik Rani berkata...

ntah lah, aku pun tak dapat nak bagi jawapan, ikutlah hati ko kater aper..............

salam..........

Nik Sharolbahri Bin Nik Rani berkata...

hehehe.......

syahNURazni berkata...

bawak jer adik2 angkat tu pi kem... hahahaha...
hurm kalo akak... balik umah kot... sebab itu mak... hurm org kat kem tentu faham...

khairul anuar berkata...

to sharol: kalo ikut hati baik aku gi kem. dpt gak duit... hehehe

khairul anuar berkata...

to kak nur: ingat mcm tu la. nk je bwk budak2 tu. tp kang lunyai plak kene tibai ngan budak2 skolah tu.

pastu, mak xbg plak bwk takut susah nak berak. takut hilang.