VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 30 Mac 2009

Izinkanku Pergi...

Pagi tadi, aku terdetik nak melawat MySpace arwah Mohd Najib, iaitu rakan baik aku yang meninggal dunia pada 18 Januari 2009 [Rujuk Entri]. Najib adalah rakan sekelas aku masa di tingkatan 4 hingga tingkatan 5. Tiba-tiba rasa rindu pulak..

Dan Najib juga adalah rakan sehostel aku bila masuk kolej. Bila kami pindah keluar dan menyewa rumah sewa, aku ajak Najib sekali. Beberapa semester selepas itu, Najib berhenti belajar di IIC kerana dapat tawaran lain. Selepas tu, kami hanya berhubung melalui telefon dan sms.

Apa yang aku nak cerita ni bukan pasal kehidupan kami. Tapi nak buat macam mana, kalau dah start taip tu, tak boleh nak berhenti. Hahaha... Back to the story, selama aku bukak MySpace Najib, aku tak perasan yang Najib dah tukar lagu latar beliau. Selama ni aku dengar, lagu rancak, dan kalau aku bukak pun, internet mesti tengah lembab pastu lagu mesti lambat nak loading!

Pagi tadi, disebabkan lajunya internet, aku bukak kejap je dah loading! (Baru aku perasan ada lagu kat blog Shima, dan Sakeena!). Tapi, aku agak terkejut dan sayu. Sebab apa? Lagu yang aku dengar adalah lagu IZINKAN KU PERGI, nyanyian oleh Kaer Azami!!

Aku pun terpikir balik, sebelum ni pun, arwah kawan aku yang meninggal tahun lepas, Mohd. Izri Firdaus Mohamed, MySpace dia pun pakai lagu latar WISH YOU WERE HERE, nyanyian Nightwish!! Aku tak perasan bila dia tukar lagu ni..




Bila dipikirkan balik atas semua yang berlaku, mungkin benar kata-kata ulama, orang yang akan meninggal dunia biasanya Allah akan bagi hint kat dia bahawa dia akan mati, cuma sedar atau tidak sahaja. Ataupun, mungkin dia sedar, tapi menunggu masa....


Al-Fatihah sahabatku... Allah bersamamu, Insyaallah..





Layan...

9 ulasan:

IzzatulShima berkata...

aku rase kan kayroll pasni aku nak tukar la lagu kt page aku tu,kot2 t aku mati,lagu tu membawa aku ke nerake plak aih,tukar selawat ker,huhu.

Dota Melayu berkata...

al-fatihah..
amin..

Unknown berkata...

to shima: ko bleh buat main plak pasal ni.. ish ish ish...

to syak: same-same

Tanpa Nama berkata...

al-Fatihah...

--{♥Mahirah Abd♥}-- berkata...

first time masuk blog awk nie..
sdey nye..moga roh nye dicucuri rahmat..if u don't mind,ape sakit dia erk?

Tanpa Nama berkata...

i had responsed your shallow comment @rahimkassin regarding of mahathir, two of it is yet published...an

Unknown berkata...

to aihaz:

thx..

to mahirah:

sakit tak pasti. tp dgr cerite keracunan darah. famili dia tak bg tau pun.. thx ziarah blog ni..

to ano:

ok..

abdrahim kassim berkata...

In na lilah wa in na lilah hiroji'un.

Kayroll,

Anonymous tu datang mengadu kat awak ye.

Unknown berkata...

to rahim kassim:

yup. die dtg suruh baca komen dia kt blog tuan. sy dah serang blk. hehehe..