VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Sabtu, 4 April 2009

MCA tuntut jawatan TPM Cina

[Malaysiakini]

Apr 3, 09 3:03pm

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.
Justify Full
"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."



Komen:

Aku setuju dengan pandangan MCA ni. Tetapi, bukan dengan sewenang-wenangnya dorang akan dapat jawatan tu. Mungkin ramai yang akan tidak setuju dengan aku, tapi percayalah ia untuk kebaikan semua. Kita perlu sedar, kita sudah 52 tahun merdeka. Jika negara lain boleh memilih pemimpin mereka dari kalangan sesiapa pun, kenapa kita tak boleh? Jangan bandingkan kita dengan Singapura. Mereka memang cemburu dengan orang Melayu. Kita perlu bagi bangsa lain peluang untuk memegang jawatan TPM. Kita tengok prestasi mereka. Jika teruk, barulah kita SINGKIRKAN!

Antara syarat-syarat yang aku rasa perlu bagi mereka jika ingin menjadi TPM Malaysia:

1) Jawatan TPM perlu bergilir-gilir antara India, dan bumiputra Sabah serta Sarawak kerana mereka juga berhak.

2) Calon mestilah fasih berbahasa Malaysia dan memperjuangkan hak-hak bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan.

3) Fahami budaya, agama, adat serta pantang larang semua bangsa-bangsa di Malaysia terutama Melayu dan Islam sebab mereka perlu sedar, Melayu lebih ramai dari bangsa CINA atau INDIA.

4) Jangan terlalu nak memperjuangkan bangsa sendiri sehingga lupa kepada masalah bangsa lain!

5) Perlu terdiri daripada mereka yang memimpin sesebuah parti, bukan orang biasa.

6) Perlu menerima Islam sebagai agama Rasmi negara Malaysia dan jelaskan kepada bangsa sendiri tentang agama Islam.



Kesimpulannya, bagi aku, tiada lagi calon yang betul-betul mantap untuk menerajui Malaysia selain orang Melayu sebab, mereka yang berbangsa selain daripada Melayu ni walaupun hebat dari segi kepimpinan, integriti, dan kewibawaan sebagai pemimpin, mereka tetap tidak faham apa yang orang Melayu di Malaysia berkehendakkan. Mereka masih tidak faham apa itu agama Islam. Jika mereka faham, kenapa masih mempersoalkan kepentingan agama Islam dalam diri setiap rakyat yang bergelar Melayu Islam?

Ada sesiap yang mahu tambah?


Layan....

Tiada ulasan: