VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Sabtu, 20 Jun 2009

Apsal perangai macam tapir ha??? (siri 1)

Yup, tajuk di atas bukan sekadar tajuk. Tetapi memang pembuka bicara carutan daripada aku yang tengah bengang. Geram yang amat sangat terhadap mereka-mereka yang nampak pandai tetapi bodoh lagi bangang. Berfikiran sempit dan otak bercelaru antara pangkat dan reputasi walaupun sudah terang lagi bersuluh yang awak tu memang takda maruah sebagai seorang warga berilmu!


Ganas tak? Nasib ko la tapir...


IPTIM 2009, Alor Setar, Kedah (Kolej Universiti INSANIAH)


Kami sampai ke tempat pertandingan dengan sepenuh semangat untuk berdebat walaupun tahu kami tidak berapa bersedia dengan fakta kes yang kukuh (betul ke ayat ni?).


Pusingan pertama kami bertemu dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM kot nama manja dorang). Selepas tamat sahaja perlawanan pertama, kami menunggu keputusan daripada para juri. Agak lama tunggu sebab juri seperti ada masalah dengan urusetia.


Memang tepat jangkaan kami. Memang ada masalah besar yang memang memalukan! Keputusan diumumkan oleh Urusetia, BUKAN JURI. Kemenangan berpihak kepada KUIM atas alasan kami tidak layak bertanding (disqualified)! GUGUR KELAYAKAN OKK! BUKAN GUGUR BOLA. Sebab apa GUGUR? Sebab peseta terdiri daripada 4 lelaki, bukannya 2 lelaki dan 2 perempuan! Kelakar punya tapir!


Pelbagai bantahan tidak rasmi dibuat (carut dan gaduh) tapi tetap tidak dapat menyelamatkan kami. Alasan mereka mudah:


"Kenapa tidak baca peraturan debat dan kenapa hantar peserta yang salah?"


Urusetia IPTIM a.k.a KUIN


Jawapan balas:

  1. Peraturan debat kami terima hanya pada malam sebelum pertandingan.
  2. Peraturan mengatakan peserta mestilah terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan (peraturan bodoh).
  3. Mana kami nak cekau perempuan malam-malam tu untuk dijadikan pendebat terjun? Cakap! Nak kutip tepi highway? Nak jemput budak IIC dari KL datang Kedah semata-mata nak join debat, malam tu jugak? (bodoh lagi la...)


Persoalan untuk mereka:


  1. Orang yang incharge kami pun tak nampak-nampak batang hidung padahal dia yang di tugaskan menghantar syarat debat kepada kami. Banyak sangat bagi alasan. Last2, dapat masa kat Kedah gak. Jadi, nak buat apa kalau dah terlambat?
  2. Dah tau kami tak layak, kenapa teruskan juga pertandingan tu?
  3. Kenapa kami hantar nama beberapa minggu sebelum tu (semua nama jantan) tak sebut pun pasal gender? Takkan tak dapat beza nama jantan ngan nama perempuan? Juling kot...
  4. Mereka cakap ada IPT yang buat bantahan. Padahal, bantahan sepatutnya di buat sebelum pertandingan! Bukan time dah nazak baru cari urusetia! BODOH. (KUIM tengah lawan IIC. Bila masa dorang buat bantahan? Mesti ada orang lain yang buat atas arahan seseorang - retorik)
  5. Kenapa urusetia yang umum tapi bukan juri?
  6. Kenapa umumkan keputusan selepas juri selesai kira markah?

Tapi berikan tepukan kepada juri yang profesional, walaupun TERPAKSA dengar cakap urusetia. Tamat.

Sebenarnya bukan ni je masalah kami. Budak-budak nasyid perempuan pun dapat masalah yang sama. Cuma dorang masih dapat bertanding. Budak pidato pun kena tempias. Hahaha, nasib la kamu yang belajar kat IIC.


Layan carut jap....

2 ulasan:

::alifdalmim:: berkata...

sian betul aku dgr kisah ni...ni wat aku nk tumpang serta carut2 ni...aku pun geram gak bc entry ni..aku pun rasa mcm penah kene je kes mcm ni..tp tak ingt bila..rasa2nya masa aku participate kampus aku utk Syarahan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan aritu..geram tol aku bg rules last minutes!!

Unknown berkata...

adam:

mari mencarut!