VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 21 Januari 2015

Asthma / Lelah / Semput - Pertama 2015

Assalamualaikum die-hard-fans sekalian - poyo

Semalam, aku tak pergi kerja, MC sebab kena asthma/semput/lelah. Pagi tu bangun memang dah rasa tak sedap badan. Ingat biasa jelah sebab memang setiap hari tak sedap badan malas pergi kerja. Eh. Tapi aku gagahkan pergi kerja jugak. Lepas je sarapan (sempat makan sarapan jugak) kat opis terus rasa bertambah parah pernafasan.

Lepas isi borang keluar, terus ke Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9. Sampai sana ambik nombor tunggu giliran nak daftar pulak. Orang ramai teramat sangat! Nombor aku adalah.....


6671 - 6596 = 75 orang masih tunggu giliran untuk mendaftar. Mendaftar SAHAJA!! Belum ke kaunter TRIAGE!! Orang terlalu ramai dan pergerakan amat lambat!! Serius memang rasa macam nak pitam.


Yang menjadi KEGERAMAN AKU, petugas kaunter boleh suruh aku tunggu nombor sehingga dipanggil! Padahal setahu aku, untuk pesakit ASTHMA ada kaunter ataupun bilik khas yang tidak memerlukan mereka beratur panjang untuk ambik gas (tak tahu istilah perubatan). Selepas dah kena gas sedas dua, barulah tunggu doktor panggil. Terpulanglah berapa jam selepas tu kena tunggu. Dah biasa..... Tapi hanya jawapan yang aku anggap menyakitkan hati sahaja yang keluar dari mulut dorang

Kaunter 1
"Encik kena tunggu jugak sehingga nombor dipanggil" 
sambil buat muka menyampah

Kaunter 2
"Encik tak berapa seriuskan.................." 
tanpa rasa bersalah membuat telahan camtu.

Kaunter 3
"Saya tak pastilah, cuba rujuk kaunter depan" 
sambil mata memandang kertas atas meja konon tengah busy.

Selepas merasakan aku memang tiada harapan nak dapat masuk bilik awal, aku terus pergi kaunter nombor satu,

"kalau tengah tunggu nombor pastu tak sempat, mati pulak. Camna?"
terus belah keluar sambil sumpah seranah dalam hati.

Terus ambik keputusan cari klinik swasta yang berhampiran. Telefon mak tanya mana klinik yang terdekat dan senang berurusan (ye, berbelas tahun duduk Putrajaya sebelum ni tapi tak tahu sangat tempat-tempat penting kecuali Alamanda). Yes, baru teringat Klinik Lita Alis Presint 9.

Dengan susah payahnya, akhirnya aku dapatkan rawatan kat sana. Sekejap je tunggu Alhamdulillah mudah dapatkan rawatan (swastalah katakan - lagipun sebab kau asthma bukan kena ruam yang boleh tunggu 100 nombor giliran)

Sekali bil aku kena caj RM83. Perghhhh sabar jelah.... kalau kerajaan free untuk penjawat awam. Takpalah, dari aku keras kejung atas jalan tu, baik keluar duit untuk kesihatan. Tiba-tiba rasa menyesal tak ambik skim insurans kesihatan. Waaaaa!!!
(masih berbaloi caj ni sebab pernah kena RM100++ kat klinik lain)


Aku tak akan berdiam diri ye Klinik Kesihatan Putrajaya Presint 9. Aku rasa pengurusan dorang yang lemah sebab sepanjang aku menerima rawatan asthma tak pernah lagi kena kes macam ni,. Biasa dengar kes dari member-member je... Hospital Putrajaya, Klinik Kesihatan Semenyih, Hospital Kajang, Kilinik Kesihatan Dengkil, Klinik Kesihatan Bukit Changgang dan beberapa lagi klinik lain yang kerap aku pergi MEMANG tak pernah ada masalah. Sebenarnya dah banyak kali jugak pergi Klinik Kesihatan Putrajaya ni, cuma itu dululah... mungkin 2 tahun lepas adalah kali terakhir..

Akhirnya dapatlah cuti sehari dari Doktor Yetti. Balik opis semula ambik barang, kemas meja terus balik tidur.

Layan................

Tiada ulasan: