VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 23 Mac 2015

Hudud: "Bukan Islam OK hudud, DAP saja yang bising" - Bahagian 1

Assalamualaikum

Tertarik dengan artikel temubual dari Malaysiakini. Baca dan hadam. Artikel asal  "Bukan Islam OK hudud, DAP saja yang bising"



Walaupun Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 diluluskan di Kelantan, namun masih terdapat pihak yang masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

Malah, rakan sekutu PAS dalam Pakatan iaitu DAP dan PKR juga dengan jelas menyatakan pendirian mereka untuk tidak menyokong rang undang-undang persendirian hudud sekiranya dibawa ke Parlimen.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkongsi dengan Malaysiakini masalah yang dihadapi PAS bersama rakan sekutunya serta menjawab pandangan umum berkaitan pelaksanaan hudud di Kelantan.

Malaysiakini: Ada pihak berpendapat undang-undang hudud tak patut dilaksanakan sekarang kerana sehingga kini, kerajaan negeri masih gagal untuk menguruskan masalah rakyat dari segi ekonomi dan hal-hal lain. Jadi kenapa mesti nak laksanakan hudud sekarang juga?

Mohd Amar: Dari segi ekonomi kita buat juga, program-program lain pun kita buat. Undang-undang lain pun kita buat. Ini sebahagian daripada pentadbiran. Takkanlah buat satu benda sahaja. Kerajaan macam pasar raya, semua barang ada, bukan jual satu barang sahaja. Di pasar raya ada pakaian, makanan, aksesori. Jadi kerajaan macam itu jugalah.

Tapi ada yang mengatakan, Kelantan patut memastikan negeri ini bebas kemiskinan terlebih dahulu sebelum nak melaksanakan hudud bagi memastikan tiada kecurian berlaku?

Bila nak jumpa (negeri macam itu)? Boleh beritahu saya di mana negeri macam itu di dunia? Mana ada dalam dunia ini yang negeri macam itu. Ia seolah macam utopia. Utopia ialah sesuatu yang kita tak boleh nak dicapai. Tak mungkin.

Zaman Nabi dulu majoriti orang Islam, termasuk Rasulullah juga miskin. Dalam keadaan majoriti orang miskin dan hidup susah, undang-undang jenayah sudah dijalankan dan undang-undang jenayah itu bertujuan untuk menghukum orang jahat, bukan hukum orang miskin. Kalau masyarakat itu baik semuanya, apa yang jadi masalah.

Walaupun hudud hukum Allah, tetapi ada kebimbangan terhadap pihak yang akan melaksanakannya kerana bimbang ia tidak dilaksanakan dengan betul? 

Kebimbangan semua orang ada. Macam takut nak beli kereta kerana takut kemalangan. Adakah kerana itu kita tak pakai kereta? Saya ambil analogi sahaja. Adakah ia satu pendapat yang betul? Macam kapal terbang jatuh, adakah kerana itu kita semua tak nak naik (kapal terbang)? Tak boleh begitu, ia salah. Sebab benda yang melibatkan kemalangan memang tak boleh lari dan dalam kes mesti ada satu, dua kesilapan. Kita tak nafikan, tapi kita akan cuba yang terbaik.

Paling penting dalam perspektif kita ialah melaksanakan tuntutan agama sebab dalam Islam, bila kita ada kuasa politik, bila jadi kerajaan, antara perkara yg kita perlu buat ialah menegakkan undang-undang jenayah Islam. Setelah 23 tahun, kita rasa ini adalah masa yang sesuai.

Dan kita nak jadikan ia sebagai sebahagian daripada undang-undang. bukan mesti laksana terus. Laksana bergantung kepada keadaan kalau tak ada kes yang berlaku kita tak hukum sesiapa. Bukan bila undang-undang ini ada kita nak cari orang untuk potong tangan. Itu bukan tujuan undang-undang ini, sebab tujuan utama ialah mencegah.

Bila letak hukuman keras, kita harap masyarakat akan rasa takut untuk melakukan jenayah. Hari ini orang rasa tak bimbang nak buat kesalahan. Kerana dia tahu paling kurang pun dia kena denda RM400, RM500 kemudian keluar (penjara). Jadi tak ada perasaan takut. Bila curi kena potong tangan, orang akan fikir dua, tiga kali.

Bukan bila kita lulus undang-undang ini kita cari orang, kemudian potong tangan. Tidak. Bila baca balik enakmen ini, ada 20 keadaan di mana hukuman potong tangan tak boleh dikenakan. Jadi undang-undang Islam ini untuk wujudkan perasaan takut dalam hati. Perspektif itu yang penting.

Bila hukuman ini akan dilaksanakan? 

Langkah pertama, perlu lulus dalam dewan (DUN). Langkah kedua, bawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen untuk buat pindaan pada Akta 355 (Akta Mahkamah Syariah 1965). Kalau diluluskan, empat daripada enam kesalahan jenayah hudud dah boleh dilaksanakan. Yang tak boleh (dilaksanakan) ialah potong tangan, rejam, hukuman bunuh sebab itu dalam bidang kuasa Mahkamah Sivil. Daripada situlah, kita memerlukan kepada Perkara 76A (1) Perlembagaan (untuk memberikan kuasa kepada negeri melaksanakan undang-undang). Kalau itu lulus di Parlimen, barulah keseluruhan undang-undang itu dibuat dan prosesnya bergantung pada langkah-langkah ini.

Datuk Seri Shahidan Kassim kata tidak boleh bawa rang undang-undang persendirian pada sidang Parlimen kali ini kerana jadual penuh? 

Kita ada masa. Tengok pada peraturan Parlimen, kita hanya perlu 14 hari daripada tarikh untuk dibentangkan dalam Parlimen. Parlimen sampai 9 April depan. Kita ada masa lagi.

Jadual kerajaan penuh, betul. Tapi kita boleh masuk usul pada bila-bila masa. Yang penting cukup masa 14 hari, lepas itu masalah naik atau tidak usul tersebut, itu isu kedua. Nak masuk usul, bila-bila masa boleh masuk.

Kenapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang dipilih untuk membawa Rang Undang-undang Persendirian, dan bukan Datuk Takiyuddin Hassan (ahli Parlimen Kota Bharu)?

Kelantan mencadangkan supaya Hadi yang bawa. Datuk Takiyuddin akan bawa Perkara 76A(1) sebab ia spesifik untuk Kelantan. Jadi kemungkinan wakil rakyat dari Kelantan akan bawa, tapi pindaan Akta 355 ini umum dan bukan spesifik di Kelantan jadi Hadi orang paling sesuai, itu pandangan kita.

Kenapa tidak berbincang dengan Pakatan Rakyat terlebih dahulu tentang pemilihan Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk bawa rang undang-undang persendirian di Parlimen?

Kalau kita bincang adakah Pakatan akan setuju? Saya nak cerita, DAP kata kita tak bincang dengan dia. Waktu bincang Khamis lepas, dua wakil Kelantan pergi iaitu Datuk Dr Mohd Fadhli Hassan, Datuk Nasaruddin Daud bersama Datuk Takiyuddin memberi keterangan tentang ini (enakmen hudud). Dia (DAP) mengadu suruh kita buat macam ini, tetapi bila Takiyuddin tanya Gobind Singh (peguam DAP) "kalau kita ikut you punya cadangan, adakah you akan sokong?" Dia tak sokong juga. Jadi apa gunanya. Apa gunanya kita nak bincang, sebab dia tidak akan sokong juga.

Apa yang DAP bimbangkan? 

Itu saya tak tahu, awak kena tanya merekalah.

Tapi di laman sosial ada juga orang bukan Islam bising mengenai pelaksanaan ini?

Bukan orang bukan Islam, tetapi DAP. Orang bukan Islam tak ada (bising). Di Kelantan, awak boleh buat tinjauan, mereka OK dan tak ada masalah (dengan pelaksanaan hudud). Yang bising ialah ahli politik sebab mereka ada niat politik. Baca di Facebook, mereka ramai yang bukan Islam sokong.

Niat politik? Niat politik macam mana?

Itu saya tak tahu. Kena tanya DAP

Ada mereka beritahu tentang perkara yang mereka tak puas hati berkaitan rang undang-undang ini?

Tak ada. Alasan mereka macam ini, mereka kata tak bincang. Empat kali saya jumpa dengan semua pimpinan Pakatan Rakyat. Empat kali saya berbahas, saya mewakili Kelantan. Dalam pertemuan ini semua hujah dia, dia tak boleh pertahan. Dia kata bukan rangka kerja dasar yang sama. Kita kata memang bukan, sebab hudud muncul 1993, masa itu Pakatan tak ada lagi. Jadi memang tidak akan ada dalam (dasar) itu. Jadi kita buat benda yang sudah memang ada.

Takkan bila ada Pakatan kita nak tinggalkan perjuangan kita. Masa saya mula-mula bentang di ibu pejabat DAP, kita berbahas dan masa itu Datuk Seri Anwar (Ibrahim) semua ada, akhirnya masa itu kita buat keputusan untuk setuju untuk tidak bersetuju dan Pakatan tak akan halang PAS untuk meneruskan agenda politik. Sangat jelas masa itu.

Kemudian, kita bincang lagi, dan dia kata benda ini (enakmen hudud) benda baru. Ini bukan yang baru, tapi ini pindaan kepada apa yang sudah ada pada 1993. Dia kata tak betul formatnya. Jadi, Takiyuddin tanya, "kalau ikut 100 peratus macam you nak, adakah akan sokong?" Mereka kata tak sokong juga. Jadi apa gunanya?

Harapan PAS pada PKR dalam isu ini? 

Kita hanya boleh berharap mereka (PKR) boleh ada faham dengan kita sebab kita pun banyak bertolak ansur contoh dalam isu pihak berkuasa tempatan (PBT). Kita tak ganggu, walaupun kita tak setuju, kita tak bising, kita tak serang. Tak boleh ke kalau DAP ambil pendirian yang sama macam kita. Dia tak setuju, itu tidak apa. Tapi jangan serang, ugut, jangan tekan kita.

Kalau nak gaduh, dah lama kita boleh bergaduh dengan DAP mengenai isu PBT ini tapi sebab tak nak rosakkan Pakatan, kita ambil pendirian untuk senyap. Kita dah suarakan pendirian kita dan kemudian, senyap. Dan kita tak tekan, tak desak. Kalau Dap boleh ambil pendirian macam itu. Kita PAS bertolak ansur untuk Pakatan, isu Negara Islam, sanggup tukar jadi Negara Berkebajikan. Walaupun isinya sama tapi kita tukar juga, walaupun kita dimarahi pengundi kita. Isu kalimah Allah pun kita ambil pendekatan terbuka.

DAP mesti berani berdepan dengan pengundi, beritahu pengundi "Ini hak orang-orang Islam, undang-undang ini hanya untuk orang Islam kita tak perlu bimbang apa-apa biar PAS uruskan dengan orang Islam", itu sahaja yang kita harap tapi itu pun dia tak boleh buat, jadi kita nak kata apa? Maka serah pada DAP dan PKR untuk buat keputusan.



Layan......


p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Jumaat, 6 Mac 2015

Akhirnya Mi Kolok dan Laksa Sarawak!



Assalamualaikum

Akhirnya semalam, bertempat di (klik link) Dapur Sarawak dan bertemankan sahabat baik aku, Zainuddin, kami berjaya menjejaki restoran yang menjual pelbagai makanan dari Negeri Sarawak. Puas mengGOOGLE, kami terjumpa tempat ni. Memang masing-masing rindukan makanan Sarawak kerani kami bersama-sama meneroka Sarawak tahun lepas. Apa yang kami jumpa? Cekidaut!


Semestinya Mi Kolok!!!!!! Dimakan bersama kicap pedas berlada tu, dan semangkuk sup taugeh. Bukan tuang semua cuma nak makan mi je, tuang sikit-sikit. Yang lain terpulang. Hirup pun boleh.
Mi Kolok Daging = RM5.50 semangkuk. Saiz kecil
 (Ni aku punya)


Ni Zainuddin punya
Mi Kolok Ayam = RM5.50 semangkuk. Saiz kecil


Ni air aku. Zainuddin punya air biasa je. Serius sedap berbeza dengan mamak punya. Menggunakan gula melaka dan nira tak silap aku. Manisnya sedap.
Teh C Peng Special (3 Layer Tea) = RM3.50


Aku punya jugak - gila-gila melantak. Memang puas sebab banyak laksanya. Bukan ciput-ciput. Dimakan dengan sambal tumis yang memang terangkat kalau makan. Tak berapa pedas. Perghhh
Laksa Sarawak = RM7.00 semangkuk. Saiz kecil.


Sempat bergambar dulu sebelum kanan tiba. Masa ni tak ramai kat dalam. Baru duduk 5 minit orang dah makin ramai. Parking kat depan kedai bertindih-tindih.


Ruang dalam dan depan kedai. Ramai jugak yang makan kat luar kedai. Terbuka.


Antara menu yang dihidangkan. Banyak lagi menu lain. Semuanya berasal dari Sarawak. Rasanya peniaga ni memang berasal dari Sarawak. Sumber gambar Google.com sebab semalam tak sempat nak ambik gambar menu. Hahaha teruja nak makan. Lagipun aku memang target laksa dan mi kolok je masa ni. Mengidam!!


Pengakhirannya... hahaha memang licin..


Kesimpulan:

Memang sedap bagi aku. Harga murah. Tapi tak tahulah kalau orang lain cakap biasa. Mungkin dia dah biasa makan mi kolok ni. Hehehe. Untuk makluman, aku siap bungkus mi kolok. Hahahah zainuddin pun sama. Jadi jumlah yang aku makan adalah 3 mangkuk. kikikiki

Restoran ni betul-betul belakang Hospital KPJ Tawakal (yang lama). Dihimpit oleh KPJ yang baru. Hahaha. Dekat jugak dengan restoran Haslam. Dibuka seawal 10 pagi hingga 10 malam. Tapi semalam tengok macam terlajak je sebab pukul 10 malam masih ramai yang datang. Insyaallah lepas ni akan datang lagi sebab nak rasa Nasi Goreng Dabai dan Nasi Aruk. Ntah macam mana rasanya. Tunggu....


Layan......




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Rabu, 4 Mac 2015

Rindunya!! (Kota Kinabalu, Kuching)

Assalamualaikum

Buka facebook tengok kawan-kawan upload gambar makanan dari negeri Sabah dan Sarawak. Aku pergi sana selain dari berjalan-jalan, memang akan cari makanan juga. Rindunya nak ke sana lagi. Perasaan cemburu tengok member makan dengan lahapnya semakin berkobar-kobar. Harap-harap tahun ni berpeluang lagi. Hahaha. Mari tengok makanan apa yang sedap bagi aku. Bagi korang tak tahulah. Hehehe.

Sarawak

Laksa Sarawak


Mi Kolok.


Sabah

Terkenal dengan makanan lautnya. Tempat yang terkenal untuk makan dengan lahapnya adalah Pasar Filipina. Harga Insyaallah murah. Macam-macam jenis ada. Kalau kat KL kita segan-segan nak masuk kedai makanan laut sebab harga bababom, kat sini tak perlu segan. Tunjuk je apa nak, pastu bedal dengan nasi putih. Perghhhh!! Serius!



Pasar Filipina, Kampung Air (Kota Kinabalu)
gambar sumber, Eyriqazz.com


Ni pun boleh buat ketagih. Keropok Amplang dan Keropok Cincin. Memang layan.... Kat sini ada jual tapi macam lemau je rasa... Hahahah Aku belasah hari tu berkilo-kilo (poyo).


Susah nak lupa kenangan ke sana. Dulu tertanya tanya juga, apa yang best sangat Sabah dan Sarawak ni. Tapi kalau dah pergi, memang tak menyesal. Sebab tu pergi Kota Kinabalu 2 kali, Kuching 2 kali. Hahaha.




Ada yang nak sponsor tiket kapal terbang?




Layan....



p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 3 Mac 2015

Filem : Sunti @ Facebook

Budiey.com


Assalamualaikum

Hari ni nak review filem terbaru. Semalam aku ter"menonton" dengan Abang Wan dan Fuad di MBO, Galaxy Ampang. Mula-mula macam malas nak pergi sebab Dengkil dan Ampang agak jauh, Tapi bila member belanja tiket siap makan malam, terus setuju. Adeh! Tajuk filem, Sunti@Facebook - macam tajuk filem Indonesia pulakkan... Hahaha

Sebuah filem bergenre seram digalas oleh pelakon muda seperti Fouziah Gous sebagai Sunti Lara, Izzue Islam (Asyiq), Lufya Omar (Jiji), Jenny Cotez (Vida), Anas Mentor (Gel), Syazwan Zulkifli (Adan), Diddy Hirdy (Py), Arief Farhan (Mie), Mizy Radzuan (Lan), Elfaeza Ul Haq (Dura) dan Wana Ariana (Alisya). (sumber - Budiey.com)

Filem arahan James Lee - Histeria, Sini Ada Hantu, Tolong Awek Aku Pontianak dan filem Cina, The Collector.

Sinopsis Filem SUNTI @FACEBOOK: Sumber juga dari Budiey.com

"Filem ini mengisahkan Ashiq, remaja playboy yang nakal dan dilahirkan dalam keluarga berada memberikannya kelebihan daripada segala segi. Dia suka bertukar-tukar pasangan ‘online’ yang turut dibantu tiga lagi rakannya – Py, Adan dan Gel.

Saban hari tugas mereka adalah memancing seramai mungkin gadis melalui laman Facebook. Setiap pertemuan berjalan dengan baik walaupun ada beberapa gadis yang kecewa dengan mereka kerana memutuskan hubungan selepas keluar beberapa kali.

Pada suatu hari kolej di mana Ashiq dan kawan-kawannya belajar menjadi gempar apabila berlaku kejadian pembunuhan tanpa diketahui puncanya. Semua yang mati seolah diganggu roh yang hidup dalam rangkaian sosial Facebook. Kejadian misteri itu meninggalkan kesan mendalam kepada Ashiq dan rakan-rakannya.

Apakah puncanya dan siapakah Sunti Lara yang menjadi rakan Facebook mereka?"


Komen aku:

  1. Aku suka dengan konsep atau jalan cerita filem ni walaupun pada mulanya agak mendatar dan sedikit bosan. Hampir-hampir nak keluar dari panggung! Haha
  2. Aku tak reti nak komen sebagai pakar filem tapi lebih kepada orang awam yang selalu menonton filem di panggung wayang. Bagi aku teknik kamera tu cantik dah macam drama Korea kat One HD. hahaha
  3. Cuma kurang berkenan dengan beberapa plot yang seolah tergantung. Lepas Dura terjun bunuh diri apa kesudahan dia? Banyak lagi cerita tergantung yang lain.
  4. Watak sepupu Dura pun tergantung. Patut tak perlu ada watak tu orang dah faham jalan cerita. Banyak pelakon, banyak plot meleret yang tak perlu.
  5. Pelakon seperti tak semula jadi dan nampak sangat dibuat-buat santai.Yang boleh dipuji Anas Mentor - bersahaja dan lawak
  6. Skrip tak meleret tapi tetap bosan dengan pergerakan anggota badan pelakon. Macam tak kena je dengan apa yang dorang cakap.
  7. Stereotype: Kenapa cerita hantu mesti nak waktu malam dan gelap-gelap je? Takkan hospital pun takda lampu yang cerah kan?
  8. Elemen suspen memang ada dan kadang-kadang memang serius boleh buat terperanjat. Tak perlu nak buat hantu dengan muka seram pun dah boleh rasa seram. Watak Fauziah Gous pun boleh buat tak tidur malam. Eh??????
  9. Unsur seks dan  dialog yang lucah, tak sesuai untuk tontonan umum. Mungkin tarikan?



Keseluruhan:

3/5 bintang. Boleh usaha lagi. Hahahah macamlah pakar sangat.



Antara babak dalam filem Sunti@Facebook - sumber Google. (Ada yang watermark memang aku tak buang)




Layan...........




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Isnin, 2 Mac 2015

Cuti Lama....

Assalamualaikum...

Masih dalam mood cuti. Jadi tunggu-tunggulah dulu ye... hehehe





p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823