VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 14 November 2008

Apa Yang Nak Dihairankan....??!!!

Aku ada ramai kawan non-Malay (not non-muslim). Aku takde masalah kawan ngan dorang. Aku pun bukan jenis yang memilih sangat kalau berkawan. Bagi aku yang penting, aku hormat bangsa kau, kau hormat bangsa aku, MELAYU. Paham?


Kes 1

Suatu hari, aku terjumpa kawan lama aku masa kat sekolah rendah, seorang berbangsa Cina. Aku masih cam muka dia sebab tengok dalam Friendster. Kitorang jumpa kat KL. Aku bawak kawan masa tu. Dia pun bawak kawan. Kitorang jumpa pun kebetulan je.

Macam-macam yang kitorang borak. Kawan dia senyap je. Mencelah sikit-sikit. Dekat 10 minit borak, masing-masing minta diri nak blah. Kalo nak borak panjang, kena tetapkantarikh dulu. So, bye my friend.

Dalam perjalanan balik, kawan aku cakap dia terkejut dan pelik bila dengar kawan Cina aku cakap Melayu dengan fasih. Kitorang pulak borak dalam bahasa Melayu. Berbeza dengan kawan yang sorang lagi tu yang tak habis-habis cakap Inggeris. Dia bangga ada Cina yang cakap Melayu dengan fasih.

Aku senyap je..

Kes 2

Bos bapak aku bangsa Cina. Memang pure Chinese. Tapi kalau dia cakap ngan orang selain Cina, memang cakap Melayu. Fasih betul kalau bercakap. Macam orang Melayu. Bagi aku lagi fasih dari sesetengah orang Melayu itu sendiri.

Aku, bapak aku dan sorang kawan bapak aku pergi office Uncle ni. Bapak aku saja nak bawak kawan dia jumpa uncle ni. Aku da selalu jumpa dah. Bila kitorang borak-borak, kawan bapak aku terkejut gila Barbie dengar uncle ni cakap Melayu. Aku buat-buat biasa je. Aku memang dah biasa dengar.

Tengah-tengah borak, ada orang call uncle ni. Dia pun borak jap dalam telefon. Aku paham apa yang dia cakap. Lepas 5 minit, dia matikan call. Sambung balik borak ngan kitorang. Bapak aku tanya, anak call ke? Dia jawab, ye. Anak dia merayu-rayu nak balik Malaysia. Padahal baru jer balik bulan lepas. Dia tak bagi sebab UK jauh nanti makan duit lagi. Kawan bapak aku ni lagi terkezut. Dia borak ngan anak dia cakap MELAYU! Aku pulak buat-buat biasa je..

Aku senyap je..

Motif Kes

Apa yang nak di herankan sangat kalau bangsa lain boleh cakap Melayu ha? Ni kan memang tanah Melayu, tanah orang Malaysia. Memang patut pun dorang cakap Melayu. Lagi pun kita dah 51 tahun merdeka. Takkan la tak reti-reti cakap Melayu. Ko bukan duduk kat Beijing. Betul tak? Kita pun patut bagi sokongan kat dorang ni yang cuba nak cakap dalam bahasa kebangsaan ni. Bukan tengok pelik bila dorang cakap melayu. Bukannya gi perli dorang bile cakap Melayu. Bukannya gi ajuk balik apa yang dorang cakap. Contoh ayat, tak boleh ma… lu wat apa tu r…? gua sakit tikak (tekak) la.. ada mutut (betul) ka ini balang (barang) ?

Mesti korang pernah guna ayat-ayat di atas. Betul tak? Pastu kalo jumpa dorang, mesti nak tunjuk skill speaking tu. Susah sangat ke nak cakap dalam bahasa? Kalau asyik cakap dalam BI, bila lah dorang nak belajar cakap dengan fasih bahasa Melayu ni. Pastu bila jumpa yang fasih, rasa pelik pulak…!!

Yang kita patut pelik adalah, ORANG MELAYU CAKAP MELAYU TAPI PELAT MAT SALEH!! or YANG LANGSUNG TAK RETI CAKAP MELAYU!!! Hampeh orang macam ni….!!! Buang Negara je!!

Layan…………..

14 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

Contoh ayat, tak boleh ma… lu wat apa tu r…? gua sakit tikak (tekak) la.. ada mutut (betul) ka ini balang (barang) ?

sy tak setuju..sebb ini memg hukum bahase.

tolong la..ader ke org melayu cakap elayu dgn betol.
dan ader ke bangsa lain ckp melayu dgn betul..? takde..

contoh: Ayie, bolehkah saya meminjam motor engkau hari ini sebab aku ingin pergi ke kedai memgambil novel? (ini ayat bahasa melayu)

tp pe yg kite guna adalah ayat pasar. bahkan lagi teruk dr pasar..
pe nak persoalkan lagi.

kedue- kem perpaduan hari tuh,,ader fasi cakap dg bangsa lain dlm BI.. slah sape? tolong la..cine tu amek pemahaman bm upsr pe..takkan la nk ngengada2 ckp bi..
ceh

Unknown berkata...

ikut suke aku k...

Tanpa Nama berkata...

lalalal

- berkata...

Hi,

Every single year, there are language or slang that died due to the language reducing usage trend or the language itself does not evolve to fit to the current world vocabulary.

English, Japaness and some other European (France for example) are hard to extinct due to the ability of their language to adapt and adsorb other language to become theirs.

For example; English-Sex harassment -> Japanese-Sekkahara, or the normal 'vice versa' used in English.

Does DBP adapts the same method in their effort of upholding Bahasa Melayu?

Fikir-fikirkan lah

Tanpa Nama berkata...

yes. DBP adapts the same method in their effort of upholding Bahasa Melayu.

but, the wrong is malay it self. im not blamed all malay. remember my statement, ok.

what im not satisfied is, have several malay not proud with their language. it is malay?

what im talking here is, why we must feel suprised when non-malay talking in bahasa? why we not suprised when one malay didnt have ability to speak in malay?

- berkata...

OK DBP does adapt those borrowing other language words. For example 'information' turns to 'informBasi'.

How about foreign book translation, I come from a rural school and reaching university, there is no good engineering books written or translated into Bahasa Melayu. Unfortunately, if there is one, it is not the one that I want.

After WW2, Japanese actually adores American advance Industrial Technology. They went to America, send the 'top of the cream' student to study almost everything in America using English.

Then these student came back to Japan and started building their country from ashes to their current state. Surprisingly, Japanese language IS STILL THEIR main medium in their lectures.

So, why Malaysia can't be like that?

Unknown berkata...

if we as malaysian not help our language, so, who will?

you think, all DBP's people stupid like other people like you? if you feel you are the best sitizenship, why you yourself not try to translate that book? you just want to wait until other people do that? shamed on you!

dont just blamed others to close your weaknesses. if you always see what japanese do and never do the right way, you also likes others. ok?

japanese have one bad attitude, they likes to copy (copycat) what others did. please read the history.

Tanpa Nama berkata...

nampaknyer perbincangan semakin panas!!!!!!

kerok2....
wakakakaka.........

Hazhari Ismail berkata...

Ka,guna la bahase melayu,

nape gune english lak..

kata nk martabatkan bangse melayu..

huhu

Unknown berkata...

aku da pkai bahasa melayu tp ade org still tak paham2 gak ape yg aku nak sampaikan dlm entry aku. aku bukan anti english. aku bukan anti bangsa lain tapi aku nak bg tau perkare lain. tp ko yg paham bende lain.

pastu libatkan abg n kakak ko. ape kes..?

Hazhari Ismail berkata...

wuakakakak~

- berkata...

Salam,

Jika kita perlu membuat kayu ukur, kita perlu cari ukur yang terbaik. Tetapi terus meletakkan kayu ukur pada tahap utopian bakal menyebabkan kita kurang bermotivasi.

Sebagai contoh, jika hendak berenang melintasi Selat Melaka ke Pulau Jawa, terlebih dahulu kita cuba berenang melintasi sungai. tingkatkan jarak sedikit demi sedikit. Begitu juga dengan pilihan saya Jepun dalam komen saya yang terdahulu. Saya boleh terus mengambil Jerman sebagai kayu ukur yang tidak kurang dalam usaha mengunapakai bahasa ibunda mereka dalam semua perkara. Tetapi Jerman masih terlalu jauh untuk dikejar oleh Malaysia berbanding Jepun.

Tun Mahathir sendiri meletakan Jepun sebagai kayu ukur pertama yang perlu Malaysia 'tiru'. Isu Jepun meniru, betul! Saya tidak menafikannya, tetapi mereka menjadi lebih baik dari semasa ke semasa dan akhirnya berada dalam kelas mereka yang tersendiri.

KUASA EKONOMI KEDUA TERBESAR DI DUNIA!

Mengapa saya tidak menafsir buku-buku teknikal ke Bahasa Melayu yang saya cintai, jawapannya mudah...penguasaan Bahasa Inggeris saya tidaklah sebaik mana. Serius...saya hanya lulus ujian 1119 ketika menduduki SPM.

Dakwaan saya memikirkan diri saya rakyat terbaik Malaysia, agak tersasar tetapi tidak pernah sehari saya membenci Malaysia dan setiap hari saya ingin menjadi rakyat Malaysia yang terbaik.

Disamping itu, mengapa saya menulis blog dalam Bahasa Inggeris, adakah saya tidak cintakan bahasa ibunda kita, jawapannya "TIDAK SAMA SEKALI'. Saya cuma inginkan liputan yang lebih luas kerana majoriti penduduk dunia (kita ketepikan China untuk kes ini) boleh berbahasa Inggeris, termasuklah Saudara Kayrolldin.

Walaupun sedikit kecil hati kerana dihembur dengan perkataan "stupid", saya menerimanya dengan baik dan tingkatkan ilmu sepaya keluar dari kepompong kebodohan ini.

Khairul Faizi

Tanpa Nama berkata...

peace no war.... sy cuma marah kepada segelintir rakan2 yg tidak membaca dgn teliti apa yg sy tulis ttp memberi komen yg tiada kena mengena dgn tajuk yg sy utarakan. sy pun cintakan bahasa saya, bahasa melayu. sy pun tidak pernah sehari tidak cintakn negara dan bahsa saya.

maf jika terkasar bahasa. sy tidak maksudkan dgn ikhlas pon.. (huhuhu)
sy cuma melepaskan geram.

sbb apa sy menulis dlm bahasa , sbb sy nak kawan2 sy tau ape yg tersirat dlm hati ni... sy juga bukanlah perfect dlm BI. tp sy cuba. cuma sesetengah rakan kita sangka, dgn menggunakan BI, mereka sudah hebat..

sebelum itu, sy ingin bertanya saudara, apa yg saudara faham ttg entry sy?

- berkata...

Salam,

Apa yang saya faham ialah kecenderungan bangsa Melayu snediri berbahaa Inggeris atau berbahasa Melayu pelat Inggeris yang mana bagi saya juga amat menjijikkan dan tidak patriotik.

Mengapa ini terjadi, dari komen-komen saya yang terdahulu, saya simpulkan ini terjadi kerana usaha baik dari kerajaan sendiri melalui DBP sendiri atau badan-badan yang lain untuk memartabatkan bahasa Melayu amatlah kurang.

Kurangnya bahan rujukan terutamanya teknikal dalam Bahasa Melayu dan diganti dengan tersedianya bahan-bahan bacaan bermutu dalam bahasa Inggeris mengurangkan lagi "coolness" untuk mereka berbahasa Melayu.

Lebih rigkas lagi, aplikasi bahasa Melayu hanya diletakkan dalam darjat yang tidak sepatutnya oleh rakyat Malaysia sendiri hasil kurangnya pengkayaan dalam penggunaan bahasa Melayu.

Barangkali orang Melayu yang berbahasa Melayu pelat Inggeris itu memikirkan diri mereka "cool" atau lebih metropolitan tanpa menyedari yang mereka sebenarnya memperbodohkan diri mereka sendiri.

Itu apa yang saya faham.

Maaf jika tanggapan saya salah.

Bangsa lain tidak berbuat begitu kerana terang-terang berbahasa Melayu dalam lenggok Inggeris nampak canggung