VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 21 Januari 2009

Saman Pelajar Berserban Agar Elak Jadi Trend

Petikan Dari Utusan Malaysia - 20 January 2009

KUALA LUMPUR 20 Jan. — Tindakan polis menyaman seorang pelajar pondok di Kota Bharu, Kelantan yang tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal bagi mengelak wujudnya trend pelajar sekolah menjadikan alasan sama untuk tidak memakai topi keselamatan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, semakin ramai pelajar khususnya dari sekolah agama yang cenderung untuk tidak memakai topi keledar dengan alasan memakai serban.

Beliau berkata, seharusnya perkara tersebut tidak berlaku kerana ia melibatkan soal keselamatan dan nyawa pengguna semasa di jalan raya. - Utusan

Komen aku:

Aku setuju dengan tindakan polis ni sebab banyak cara kita boleh amalkan sunnah Rasulullah S.A.W tapi dah kalau undang-undang kenalah ikut.... Amatlah bahaya kalau tidak memakai topi keledar.

Memang ramai yang memakai serban ketika menunggang motorsikal. Tapi yang aku tak setuju adalah, orang Islam je ke yang pakai serban. Ada juga yang bukan Islam berserban. Mereka yang dari kalangan Sigh juga memakai serban tapi tidaklah pula disaman. Kalau ia betul-betul wajib dalam agama mereka, dan kita terpaksa akur, (dengan mengenepikan undang-undang), kenapa banyak benda yang wajib dalam Islam tapi kita terpaksa lupakan demi undang-undang? Sebab apa? Sebab perkara tu datang dari ISLAM.

Layan...

6 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

serban ngan kopiah hitam same tak..?

haha..

*w'pun bagaimanapun, pelajar yg dtahan tu lebih rela masuk jail 2 hari drpd bayar saman.. huh

Tanpa Nama berkata...

betol gak, kenapa pakai serban? memang la tu sunnah nabi, tapi kata orang2 tua: dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. kita bukan dubai, emeriah arab bersatu, kita kan di melayusia... kat sini semua orang melayu.... hehe...

wassalam...

Tanpa Nama berkata...

betol gak, kenapa pakai serban? memang la tu sunnah nabi, tapi kata orang2 tua: dimana bumi dipijak, disitu langit dijunjung. kita bukan dubai, emeriah arab bersatu, kita kan di melayusia... kat sini semua orang melayu.... hehe...

wassalam...

Tanpa Nama berkata...

ape kaitan? motif?

azharjaafar berkata...

Perkataan "agar mengelak jadi trend" boleh merosakkan iman. Trend orang Islam adalah mengikut sunnah Nabi walau dalam apa pun keadaan.

Sunnah Nabi adalah satu cara hidup yang membawa kejayaan dunia dan akhirat. Lagipun pelajar yang kena saman tu memang palajar madrasah. Tak de nya orang yang berkemeja atau t-shirt nak pakai serban saja-saja. Lagipun bukan senang nak ikat serban. Senang lagi pakai helmet.

Islam bukan hanya pada kerajaan, tapi Islm bermula pada diri sendiri.

Dota Melayu berkata...

pakai serban??..
sy rase itu bukan isu yang patut diperbesarkan sdgkn boleh diselesai dgn mudah..

tangkap pemuda memakai serban semasa menaiki motosikal, dgn atas nama undang2?? patut dipertimbangkan semula..

sepatutnya, org yg dibenarkan menunggang motosikal tidak memakai helmet(memakai serban) hendaklah menunggang dalam jarang yg dekat..
itu kerana mereka berkemungkinan tinggi pergi ke masjid atau madrasah. jadi, jarak itu dekat.

ttp..untuk perjalanan jauh, itu tiada excuse.. mesti pakai topi keledar..

itu adalah perlaksanaan yg terbaik pada pendapat saya..