VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 13 Februari 2009

Sokong atau kurang sensitif?

Kes 1

Kejadian ni berlaku masa raya tahun lepas. Dah lama aku nak upload picture ni tapi terlupa. Masa ni aku pergi Parkson kat ****** sebab menemani kawan baik aku apply kerja. Sedang asyik tertunggu-tunggu beliau di"interview", aku pun jalan sekitar dalam Parkson. Lagi beberapa hari nak raya tapi suasana muram je. Mungkin rakyat Malaysia tengah berjimat-cermat ataupun sebab ia adalah Hari Raya Aidilfitri, bukan Krismas. Oops! Terlebih sudah! Hehehe.

Aku tengok dekorasi dalaman agak suram. Aku memang suka tengok hiasan sempena raya oleh Shopping Mall. Kadang-kadang memang gempak. Tapi lagi gempak kalau time Krismas dan Tahun Baru Cina. Cantik dowh!Kalau hari raya aidilfitri, kurengggg sikit. Huhuhuhu!!

Ok balik kepada cerita asal, dalam banyak-banyak corak tu, aku terpandang corak unik ni. Unik tapi macam bintang bucu enam yang digunakan oleh masyarakat yahudi dalam agama dorang dan bintang rasmi dalam bendera Israel (Star of David).



Kes 2

Aku beli HP baru dari jenama CSL. Boleh tahan bagus gak jenama ni. Buatan Malaysia. Lepas beli HP ni, aku dapat lagu free dan video free melambak. Siap bagi Kad Memori 1 Gigabaits. Dalam banyak-banyak video tu, ada satu video tentang Syarikat CSL ni la. Kira macam video promosi untuk syarikat.

Tengah-tengah menonton, aku agak terkejut sebab ada sesuatu objek seperti Star of David kat dalam video tu. Aku tengok banyak kali sampai aku confirm tu memang Star of David.


.

Kesimpulan

Aku masih tak paham dengan perangai sesetengah s yarikat kat Malaysia ni yang masih tak faham tentang simbol-simbol yang boleh menyeb abkan kemarahan umat Islam. Aku juga masih tak faham sama ada dorang ni cuai atau memang tak sensitif perkara-perkara macam ni. Ataupun memang sengaja nak mencabar umat ISLAM?

Ini hanyalah sekelumit kes-kes yang aku tunjuk. Sebenarnya banyak lagi gambar-gambar yang aku snap sekitar KL ni yang memang terang-ter ang memainkan sentimen keagamaan. Kenapa kita boleh menjaga perasaan dorang tapi pada masa yang sama dorang berat sangat nak menjaga perasaan umat Islam? Aku ada gambar corak Star of David yang menghiasi dinding dan pagar di sebuah masjid di KL. Tapi belum masa untuk aku tunjuk sebab nanti orang banned blog aku. Heheheeh.

Star of David bukanlah semata-mata corak bintang berbucu enam, tapi ia lebih kepada lambang keagamaan orang yahudi. Untuk maklumat lanjut, sila klik sini!

Layan......

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

betol, betol, betol... rakyat malaysia sendiri pun tak ambil sensitif, kalau dah star of david tu melambangkan yahudi kita sebagai umat islam perlu ambil kes ini sebagai serius, kerana kita dianggap menyokong institusi yahudi itu sendiri, seperti gambaran yahudi terhadap masjidil aqsa, jorang nak tipu umat islam dengan mengatakan kubah al-shakra sebagai masjidil aqsa, sedangkan kubah al-shakra berbeza dengan masjidil aqsa, jadi kita sebagai umat islam perlu peka terhadap musuh-musuh islam yang memang nak lihat umat islam terpesong dan juga berpecah belah.....

wassalam.....

Unknown berkata...

aku rase tahap kecuaian tu bleh jd tahap kebodohan dorang!