VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 18 Mac 2009

HP haram di sisi....

KOSMO, 18 Mac 2009.

Telefon bimbit diharamkan di sekolah

PUTRAJAYA – Kementerian Pelajaran mengambil keputusan melarang terus penggunaan telefon bimbit oleh pelajar-pelajar di kawasan sekolah berkuat kuasa serta-merta.

Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Wee Ka Siong berkata, keputusan itu diambil oleh kementerian setelah perbincangan diadakan dengan guru-guru dan wakil persatuan guru pada mesyuarat jawatankuasa induk menangani gejala disiplin murid di sini semalam.

Katanya, ia selaras dengan surat Pekeliling 1 Tahun 2006 yang telah dihantar ke sekolah-sekolah yang meminta pihak sekolah melarang para pelajar membawa atau menggunakan telefon bimbit di sekolah.

“Semasa mesyuarat tadi (semalam), saya dimaklumkan pelajar yang membawa telefon bimbit gemar bermain SMS (khidmat pesanan ringkas) dengan rakan-rakan menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran terjejas.

“Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa penggunaan telefon bimbit memang dilarang di sekolah dan kita merayu kepada ibu bapa supaya jangan membenarkan anak-anak mereka membawa telefon bimbit ke sekolah,” katanya.


Komen:

1) Memang patut pun sebab budak-budak sekarang makin manja. Sikit-sikit mengadu kalau kena pukul. Lagi-lagi, yang ada HP terus call mak ayahh.

2) Mak ayah yang bagi anak bawa HP pulak memang patut kena sebat gak sebab nak pantau anak, bukan dengan HP, tapi pergi sendiri sekolah tengok apa anak awak buat kat sekolah. tu Lainlah kalau anak tu ada kat luar kawasan sekolah. Bolehlah bawa HP.

3) Spot Check pengawas selalu kantoi sebab ada budak-budak yang bocor rahsia kat budak lain pakai HP. Jangan kata takda!

4) Kalau nak bawak gak, biar cikgu simpankan. Waktu balik baru mintak balik. Bukan susah pun!

5) Lagi satu, kalau HP aku berani jamin, 10% je untuk kebaikan. Lagi 90%, untuk berlagak, merakam yang tak patut, sms, mengumpat, dan banyak lagi. Betulkan???


Layan....

6 ulasan:

Dota Melayu berkata...

cube la kerajaan offer kalau report ade budak bawak henset tu dapat RM10..

mesti berduyun2 yang akan report orang tu bawak henset..

ha3..

btol x?

Unknown berkata...

maybe..

Hazhari Ismail berkata...

apalah kepentingan bawak henset kat sekolah??!

lg2 sekolah harian biase..

takkan takleh berpisah dgn henset ksygan kot..
ala,beberepa jam je..

nak kata msg dgn awek??
awek pon skolah jugak kan..

lainlah dok asrama..
simpan henset kat warden..
nk guna bru mintak..
lg senang.

bukan mati pon takde henset..!

dulu gune public phone je...
lg best..
cari duit syiling bawah katil la..
tepi almari la..
dlm laci la..
kan senang..

ish,cube kite tanya bebudak skang..

diorang reti tak gune public phone??

[sengal]

D berkata...

ahaha...btol aie..
guna publlic phone zaman skola best ape...
mcme kenangan bole create thru gune public phone..
hihi...
kalu gune hp...nanti kene rampas...pastu mcm2 la kutok warden...cekgu...
pastu pelajaran tak berkat...salahkan cekgu gak..
huhu....manusia....

Unknown berkata...

to aie: public phone da tak sesuai. besar sgt. mane boleh bwk merate-rate. besau..! kalo hp tu bergaya sket...

Unknown berkata...

to alang atie: thx komen. hp mmg penting tp dorg yg buat bende tu jd rosak.

dan ada sekolah letak public phone tp xbleh guna pun. wat susah jer...
lg 1, public phone buruk.


muahahaha!!!