Iklan

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 13 Mac 2009

Rotan bukan penyelesai masalah

Kosmo, 13 Mac 2009

Keratan Akhbar Kosmo semalam

KUANTAN - Masalah pelajar memeras ugut pelajar lain di tiga buah sekolah menengah di Temerloh tidak dapat diselesaikan sepenuhnya dengan hukuman rotan.

Pengerusi Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Cawangan Pahang, Kamarulzaman Abdul Razak berkata, pelajar terbabit dibimbangi menjadi semakin ganas dan agresif apabila dikenakan hukuman sedemikian.

"Hukuman rotan lebih banyak merosakkan daripada menyelesaikan masalah, pelajar terbabit sepatutnya diberi khidmat nasihat serta kaunseling," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Kosmo! kelmarin bahawa kumpulan kongsi gelap merekrut pelajar di tiga buah sekolah menengah di Temerloh supaya memeras ugut pelajar lain di sekolah masing-masing.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan sebilangan pelajar boleh menjadi serik apabila dirotan.

"Semuanya bergantung kepada penerimaan pelajar itu sendiri, ada yang bila kena rotan mereka jadi serik, tak mahu ulang kesalahan lagi tetapi ada juga yang sebaliknya," katanya.

Kamarulzaman menegaskan, gejala peras ugut tidak sepatutnya berlaku dan ia perlu dibanteras segera sebelum menular sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat seharusnya bermuafakat dan memberi perhatian sewajarnya kepada masalah seumpama itu dan tidak terlalu mengharap kepada pihak sekolah semata-mata untuk menyelesaikannya.


KOMEN:

Budak kita semakin manja dan kurang ajar. Jentik sikit dah panggil polis. Aku teringat kat-kata ayah aku,


"Cikgu buatlah macam mana pun dengan anak saya, nak pukul ke, nak denda ke, tapi jangan sampai patah atau mati anak saya tu. Lagi satu, barang peribadi anak saya jangan diusik atau dibuang sebab saya yang belikan barang tu, bukan Cikgu".



Layan...

10 ulasan:

hati besi berkata...

bdk2 skrg mmg mnje2..
zmn kite2 dulu kalau kene rotan ngan cikgu balik tk pyh la g tau ayh kalau tk kite kene lagi lak ngan ayh..
hahaha...

skrg advanced btl,trs saman jek..
ish2

khairul anuar berkata...

to hati besi:

betul tu, aku report kt ayah aku, trus kene extra tibai. muahaha!!

Khairul Faizi berkata...

Ayah gua manjakan gua dan selalu LEBIH-LEBIHKAN gua

Klu la cikgu gua (biasanya Sir Mat) rotan gua 10 kali

Ayah gua akan LEBIH-LEBIHKAN gua dengannnnnn

Rotan gua LEBIH-LEBIH lagi (tak kira brape)

By the way, ayah gua bekas cikgu dan baik sangat dengan Sir Mat nih. Tak dapat lari

khairul anuar berkata...

to KF: hahaha, ayah aku pun slalu lebihkan aku! wa!!!

putera_asQalan berkata...

budak2 semakin manje.
ibu bpa terlalu over protectd.
menyebbkan cekgu semakin tak brani buat ape2..
mcmmane nk maju ke depan..
ngodok..

~syaQuost~ berkata...

ah! rotan!
kenangan manis disekolah, rase macam nak kena sedas sekali

hahahaha..

khairul anuar berkata...

to aie:

zaman kita dah berlalu, skang zaman dorg.

eh, ko pernah kena pukul ke? kan ko murid misali. huhahuha!

khairul anuar berkata...

to syak:

??? motif???

putera_asQalan berkata...

org penah kene rotan la..

asyik tido dlm kelas je..!

haha

khairul anuar berkata...

to aie: betul ke... kulit ko cantik jer... xde kesan rotan pun...