VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Ahad, 28 Jun 2009

Apsal perangai macam tapir ha??? (Siri 2)

Yup, tajuk di atas bukan sekadar tajuk. Tetapi memang pembuka bicara carutan daripada aku yang tengah bengang. Geram yang amat sangat terhadap mereka-mereka yang nampak pandai tetapi bodoh lagi bangang. Berfikiran sempit dan otak bercelaru antara pangkat dan reputasi walaupun sudah terang lagi bersuluh yang awak tu memang takda maruah sebagai seorang warga berilmu!


Ganas tak? Nasib ko la tapir...

Debat Kepenggunaan (FOMCA), UTHM, Batu Pahat, Johor.

Pasukan IIC menang 3 perlawanan sahaja dari 6 perlawanan keseluruhan untuk peringkat liga (kot la, aku tak tau apa nama pusingan ni). Untuk semua perlawanan kami berpuas hati walaupun kalah sebab memang salah kami TETAPI untuk perlawanan terakhir, menentang Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), agak tidak puas hati.

Sebab-sebab:

  1. Markah yang terlalu berbeza seolah-olah kami tidak pandai berdebat.
  2. Pihak lawan menggunakan terlalu banyak istilah Bahasa Inggeris seolah-olah takda perkataan GLOBAL WARMING dan BACK UP dalam bahasa Malaysia tetapi tidak ditegur hakim malah menjadi pendebat terbaik! SYABAS!!
  3. IIC adalah pihak pencadang, jadi kami perlu berada di dalam dewan persidangan sementara UPSI berada di luar dewan. Jadi, dengan penuh meriahnya mereka berbincang sesama sendiri dengan pengiring dan rakan-rakan!
  4. Isi perbincangan kami sama. Tiada yang lebih tapi kenapa perbezaan markah terlalu tinggi? Seolah-olah, kami bangun dan berjoget lepas tu duduk kembali.

Ok, IIC menerima kekalahan tetapi biarlah logik! Ko ingat kitorang budak KUIM? Hahahaharussss.... Tetapi apakan daya, kami ni KOLEJ JER...

Ada lagi satu benda yang aku agak geram. Ada salah seorang pengiring pasukan debat UPSI yang kalau aku sebut nama minah ni hampir semua IPTA dan IPTS kenal budak ni (yang join debat dan pidato). Geram sebab apa? Dia dengan selamba menulis teks setebal 3 muka surat untuk diberikan kepada pasukan debat UPSI. Sambil tu budak UPSI dengan gigih fikir hujah. Memang dia budak UPSI! Dewan start je, minah pidato ni terus bagi kertas tu kat pasukan dia! Tanpa rasa bersalah, selepas 5 minit dewan bersidang, dia pun blah buat muka toyol tu! Budak tu perempuan okk! Aku cadang nak buat bantahan tapi lecturer aku cakap biar jelah... Nanti akan MEMALUKAN UPSI pulak... (Tapi jangan harap aku nak berdiam diri!! Kalau tak, apa guna blog! Hahahahaha!!!)

Tak malu ke lawan budak kolej dengan menipu tu?? Kalau nak menang sangat pun, pakaila cara lain. Bodek hakim ke, kenyit-kenyit mata ke (macam selalu buat), atau buat tarian depan hakim... NI GUNA BUDAK SENIOR buat teks. macam KUIM jer.. Hahahah... Dulu aku respect gila kat dia! Dari gaya pemidato hingga ke seorang pendebat. Tapi sekarang aku sudah tau...!

p/s: Al-Fatihah untuk arwah Micheal Jackson... (Mikaeel)

Aku belum puas, jadi LAYAN je dulu...

Sabtu, 20 Jun 2009

Apsal perangai macam tapir ha??? (siri 1)

Yup, tajuk di atas bukan sekadar tajuk. Tetapi memang pembuka bicara carutan daripada aku yang tengah bengang. Geram yang amat sangat terhadap mereka-mereka yang nampak pandai tetapi bodoh lagi bangang. Berfikiran sempit dan otak bercelaru antara pangkat dan reputasi walaupun sudah terang lagi bersuluh yang awak tu memang takda maruah sebagai seorang warga berilmu!


Ganas tak? Nasib ko la tapir...


IPTIM 2009, Alor Setar, Kedah (Kolej Universiti INSANIAH)


Kami sampai ke tempat pertandingan dengan sepenuh semangat untuk berdebat walaupun tahu kami tidak berapa bersedia dengan fakta kes yang kukuh (betul ke ayat ni?).


Pusingan pertama kami bertemu dengan Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM kot nama manja dorang). Selepas tamat sahaja perlawanan pertama, kami menunggu keputusan daripada para juri. Agak lama tunggu sebab juri seperti ada masalah dengan urusetia.


Memang tepat jangkaan kami. Memang ada masalah besar yang memang memalukan! Keputusan diumumkan oleh Urusetia, BUKAN JURI. Kemenangan berpihak kepada KUIM atas alasan kami tidak layak bertanding (disqualified)! GUGUR KELAYAKAN OKK! BUKAN GUGUR BOLA. Sebab apa GUGUR? Sebab peseta terdiri daripada 4 lelaki, bukannya 2 lelaki dan 2 perempuan! Kelakar punya tapir!


Pelbagai bantahan tidak rasmi dibuat (carut dan gaduh) tapi tetap tidak dapat menyelamatkan kami. Alasan mereka mudah:


"Kenapa tidak baca peraturan debat dan kenapa hantar peserta yang salah?"


Urusetia IPTIM a.k.a KUIN


Jawapan balas:

  1. Peraturan debat kami terima hanya pada malam sebelum pertandingan.
  2. Peraturan mengatakan peserta mestilah terdiri daripada 2 lelaki dan 2 perempuan (peraturan bodoh).
  3. Mana kami nak cekau perempuan malam-malam tu untuk dijadikan pendebat terjun? Cakap! Nak kutip tepi highway? Nak jemput budak IIC dari KL datang Kedah semata-mata nak join debat, malam tu jugak? (bodoh lagi la...)


Persoalan untuk mereka:


  1. Orang yang incharge kami pun tak nampak-nampak batang hidung padahal dia yang di tugaskan menghantar syarat debat kepada kami. Banyak sangat bagi alasan. Last2, dapat masa kat Kedah gak. Jadi, nak buat apa kalau dah terlambat?
  2. Dah tau kami tak layak, kenapa teruskan juga pertandingan tu?
  3. Kenapa kami hantar nama beberapa minggu sebelum tu (semua nama jantan) tak sebut pun pasal gender? Takkan tak dapat beza nama jantan ngan nama perempuan? Juling kot...
  4. Mereka cakap ada IPT yang buat bantahan. Padahal, bantahan sepatutnya di buat sebelum pertandingan! Bukan time dah nazak baru cari urusetia! BODOH. (KUIM tengah lawan IIC. Bila masa dorang buat bantahan? Mesti ada orang lain yang buat atas arahan seseorang - retorik)
  5. Kenapa urusetia yang umum tapi bukan juri?
  6. Kenapa umumkan keputusan selepas juri selesai kira markah?

Tapi berikan tepukan kepada juri yang profesional, walaupun TERPAKSA dengar cakap urusetia. Tamat.

Sebenarnya bukan ni je masalah kami. Budak-budak nasyid perempuan pun dapat masalah yang sama. Cuma dorang masih dapat bertanding. Budak pidato pun kena tempias. Hahaha, nasib la kamu yang belajar kat IIC.


Layan carut jap....

Rabu, 17 Jun 2009

DIE-HARD-FANS

Maaf rakan-rakan sekalian. PC aku rosak dan sudah 3 minggu dihantar baiki tetapi masih belum siap. So, apa yang aku boleh buat?

Banyak perkara yang nak dikongsi dan dicarutkan. Tetapi apakan daya, ini hanya PC pinjam, ehsan seorang rakan.

Tunggu jelah...



Layan....