Assalamualaikum...
|
Sekadar Hiasan. Miahahha |
Aku tak pandai macam orang lain nak menulis pengalaman berjalan. Cuma boleh tepek gambar je.. hehehe.. Ni perjalanan pertama aku ke luar negara. Destinasi adalah Hat Yai Thailand. 4 hingga 8 Disember 2013 (Khamis hingga Ahad). Aku pergi bersama 6 orang kawan.
Hari Pertama - KL Sentral
Bertolak naik keretapi di KL Sentral. Tren jam 9.30 malam. Beli tiket seminggu awal berharga RM60 seorang. Saja nak merasa naik keretapi. Kali pertama naik ni jadi teruja terlebih. Hahaha
Abang Wan dan Aku. Aku kat bawah dia duk atas. Kalau aku naik atas, merana orang bawah. Hahaha
|
Suasana dalam tren. Macam kat pasaraya Tesco tengah buat jualan murah. Riuh dan padat.
|
|
Nilah rupa katil aku. Cukup-cukup je untuk badan mengiring kiri kanan. Kalau nak terlentang tersembamlah ke lantai.
|
|
Masa ni semua dah terlelap ataupun melayan perasaan. Tadi riuh, (11 pm) |
|
Kantin keretapi. Takdalah sempit sangat. |
|
Akhirnya melepak kat kantin je. Nak tidur bising. Tak selesa walaupun ada katil.
(3.30 am). |
|
Stesen Butterworth kalau tak silap. Masa ni dah kali keberapa terjaga. Tak sampai-sampai lagi. Sedih. (2.30 am)
|
Hari Kedua - Stesen Hat Yai
Setelah tidur-bangun-tidur-bangun, akhirnya sampai juga di Stesen Keretapi Padang Besar Perlis, sempadan Malaysia-Thailand untuk proses cop passport. Masa ni juga kepala keretapi bertukar dengan yang dari Thailand. Gerabak yang sama, kepala je bertukar. (betul ke ayat aku?) Tau tak sampai sini jam berapa? Ok, jam 11.30 pagi. Bayangkan dari kul 9.30 malam semalam bertolak jam 11.30am baru sampai... Kematu punggung saudara saudari sekalian. Itu baru sempadan. Hat Yai??
|
Sambil nak tunggu proses pertukaran, kami jalan-jalan dulu sambil bersarapan. Passport dah cop tadi. |
|
Sempat bergambar kenangan. Padahal je. Yang tu member jugak, Acap. |
|
Passport siap di cop imigresen kedua-dua negara. |
|
Muka tak cukup tidur tapi masih teruja nak berjalan. Menunggu tren siap disambung. |
Hat Yai
Akhirnya kami selamat sampai ke Stesen Hat Yai jam 1.30 pm. Landasan keretapi Thailand sedikit teruk berbanding landasan negara kita. Boleh muntah sebab gegaran yang kuat. Huhu
|
Macam-macam dijual dalam stesen keretapi. Betul-betul sebelah landasan. Bukan kawasan luar. |
|
Luas dan selesa. Sama macam tempat kita. Cuma kurang bersih. |
|
Siap boleh parkir motor. Huhuhuh |
|
Stesen dari luar |
|
Kat sini bau hancing. Kikikiki
|
|
Tut-tut yang menjadi kebanggaan rakyat Thailand. |
Keluar je dari stesen, korang akan disapa oleh pemandu teksi, tut-tut dan macam-macam lagi. Akibat merasakan ini adalah percutian bajet, kami rasa naik tut-tut lebih murah. Jadi kami terus minta dihantar ke hotel. Sampai je terus kami dicaj TB200 (lebih kurang RM20). Padahal perjalanan tak jauh mana pun. Hahaha kena ketuk. Tula nak murah sangatkan...
|
Jumpa kedai ni. Dalam 2-3 blok dari hotel. Makan sambil basah kuyup. Harga tersangat mahal sebab kita ni pelancong. Makan nasi lauk ayam sayur + air sirap dah RM10. Ada member aku kena RM12. Cekik darah taik betul! Jadi tak bolehlah nak cakap destinasi bajet kan... Halal? Jangan risau. Melambak makanan halal (tapi) mahal.
|
Lepas makan terus sambung jalan-jalan lagi. Hujan pun hujanlah.... Janji redah...
|
Ha, dengan baju-baju hujan si Acap redah tengok barang-barang nak joli. Aku pulak payung lupa letak mana bila masuk dalam ni.
|
Masalah utama terjadi lagi. Aku tak ingat nama tempat ni. hahahaha tapi memang area bandar je. Tak jauh mana pun. Jalan kaki dah sampai. huhu
Perjalanan kami berlarutan sehingga lewat malam. Sampai lupa nak makan,. Dorang ni nama je destinasi bajet tapi bila dah jumpa barang, beli mengalahkan perempuan. Semua benda nak teruja. Aku pulak beli sikit je... dalam 10 helai t-Shirt je + cenderamata.... Sikit????????
Aktiviti malam kami pada hari pertama hanyalah berjalan-jalan sekitar hotel je. Maklumlah siang penat beli belah. Malam lepak-lepak sambil cari makanan. Pemandangan yang cantik dengan lampu-lampu dan sedikit hiburan. kih kih kih. Jangan terkejut kalau terjumpa orang Malaysia. Tersangatlah ramai sampai keliru, kau kat Alor Star ke Hat Yai. Hahahah. Yang boleh cakap Melayu pun ramai. Jadi tak perlu nak guna sangat B.Inggeris sebab dorang bukan faham sangat pun.
Lepas penat bersiar-siar, terus balik hotel sebab mata dah mengantuk. Serius, kami terus balik hotel. Tak buat apa-apa pun... huh
Hari Ketiga
Kami bangun seawal yang mungkin sebab kami akan berpindah ke hotel lain. Tujuannya untuk merasa pelbagai hotel. Hehehe Sebenarnya tak tahulah apa tujuan member kami tempah 2 hotel berlainan. Agak kelam kabut tapi disebabkan dah bayar, ikutkan aje.. Check out jam 11 (keluar awal) tapi sebelum tu kami jalan-jalan lagi sekitar hotel dan cari kedai makan untuk sarapan
|
Nampak tak apa yang aku nampak? |
|
Tukar duit tambahan dan beli beg tambahan, Eh? bajet la sangat... |
|
Wayar elektrik berserabut. huhuhuh |
|
Masih lengang. Masih awal lagi. |
|
Restoran McDonalds. Tak berani nak makan. Ni kat area Lee Garden. Memang terkenal kawasan ni. Malam penuh dengan gerai meniaga, siang lengang. Hahahaha |
|
Kemam sikit.... |
|
Lee Garden |
|
Dah mula banyak kereta dan mula terik. Alhamdulillah cuaca baik untuk berjimba. |
|
Buah pun murah. gigih
|
|
Sporting pulak kakak ni. Hehehe boleh cakap Melayu. Kat sini terkenal dengan nasi kuning camni. Makan dengan ayam goreng dan sos Thai. Terangkat habis!! |
|
Sambil tanya-tanya kot-kot boleh bawak kami jalan-jalan sekitar Hat Yai |
Setelah puas meronda, kami pun pulang ke hotel untuk bersiap nak check-out. Perut pun dah kenyang.
|
Bergambar sebelum check-out. Lagi 2 orang member tak dapat dikesan. Hehehehe (lambat bangun) Bertolak ke hotel kedua naik tut-tut jugak. Cuma hari ni agak murah sebab RM10 je... |
|
Inilah hotel untuk hari kedua, Hi-Season Hotel. Jarak dalam 2km dari hotel malam pertama. (Eh?) |
|
Check-in proses. Hotel ni tak ambil pulak passport kami sebab dorang cakap tu bukan polisis hotel kat Thailand. Ha sudah.... |
|
Menunggu nak dapat bilik sebab dorang tak sedia lagi. Kami datang awal tapi dorang tetap bagi bilik walaupun check-in kul 2 ptg. Baguslah dorang nih. huhuhu
|
Bilik hotel biasa je. Tak berapa selesa berbanding hotel pertama. Dekorasi agak ketinggalan. Jadi tak ambik gambar. keh keh keh keh.
Sambung jalan lepas letak beg. Pusing area bawah hotel. Sambil jalan-jalan tu kami terjumpa satu kedai yang menawarkan aktiviti lawatan sekitar Hat Yai. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal (eh apa kaitan), kami terus tempah sebiji van beserta pemandu untuk bawak kami berjalan. Untuk sebuah van + pemandu hanyalah tb1800 (RM180). Gila-gila murahkan??? Heheheh. Kongsi pulak dengan 6 orang. Berbaloi.
Terus bersiap sebab van akan ambik kami kat hotel sebelum jam 2 petang. Siap ambik kat hotel tu...Bagus punya layanan. Lagi satu, ada jugak servis tut-tut untuk pusing-pusing sambil melawat tapi harga melampau sangat. Jadi jangan tertipu. Dahlah tak selesa nak berjalan jauh. Mahal pulak sampai RM200 satu trip. Apa kejadah???? Hahaha Kalau pergi kat travel agent, harga lebih kurang sama sebab macam dah ditetapkan berbanding tut-tut ni dorang takda harga tetap. Ikut suka je nak bedal pelancong. Hahaha jaga-jaga.
|
Inilah rupa van RM180 tu.
|
|
Ni bahagian dalaman van. Gila betul mewah. Padahal RM180 je. Kalau kat Malaysia? Van sekolah sewa pun dah RM300 sehari. |
|
Faham ke? |
Destinasi Pertama
Pemandu bagi masa 20 minit kat sini untuk bergambar. Sampai dalam hampir jam 4 petang. Dekat 2 jam dalam van tu disebabkan jalan sedikit jem.
Kepala Naga di Song Thale Park, Laem Son On, Songkhla.
Tempat ni lebih kepada tempat lawatan sambil belajar. Walaupun tepi pantai, tapi takda orang mandi pun sebab mungkin air laut yang berlumpur. Jadi kami hanya bergambar.
|
Kepala naga bersejarah.
|
|
Sebelum korang sampai kat kepala naga, korang akan nampak benda ni bersepah sekitar pantai. Memang gempak sebab teramat besar tugu ni dibina. Mula-mula tertanya jugak menatang apakah ini. Selepas diterangkan pemandu, barulah kami tahu yang ini adalah sambungan badan naga. Menurut kepercayaan masyarakat, naga ni melingkar dalam tanah di kawasan pantai ni. Tugu ni sengaja dibina macam ni seolah sang naga sedang melingkar di bawah kita. huh
|
|
Nampak pulau tapi nama tak tahu. Abaikan. |
|
Memang kawasan riadah. |
|
Kwasan parking pun ada. Teratur
|
Ada jugak gerai kecik camni. Aku tak berani makan sotong bakar ni. Hik
|
Telur mau? |
|
Kalau ada dia memang penat kerja aku sebab kena jadi jurukamera. Mana-mana tempat pun boleh posing. Penat aku. |
|
Apa tengok-tengok??? |
Sampai sini dalam jam 4.45. Dekat je dari destinasi pertama. Pemandu bagi masa 30 minit untuk kau bergambar dan membeli belah.
Lokasi : Pantai Samila - The Golden Mermaid Statue - Songkhla
|
Sejarah patung emas tuh. |
|
Aku tak tahu kenapa dia posing camtu. Terasa comel? Inilah rupa patung duyung emas tu. |
Pantai Samila
|
Pantai Samila - Medan Selera yang tak selera tengok. Huhuhu |
|
Kedai cenderamata. Kat sini agak murah dan pelbagai. |
Destinasi Ketiga
Khlong Hae Floating Market - Pasar Terapung (Songhkla)
Jam 6 petang. Kami tiba sini dah lewat sebab jalan jem dari Pantai Samila dan ini adalah destinasi terakhir kami untuk hari ini. Pasar ini masa kami datang adalah sebuah tarikan baru untuk pelancong di mana sebelum ni pasar terapung amat terkenal di kota Bangkok. Pasar ni dibahagi kepada dua bahagian peniaga secara amnya, peniaga islam dan bukan islam. Pemandu tinggalkan kami kat sini sehingga jam 7.30 malam.
|
Betul tak cakap aku? Posing lagi
|
|
Laju jalan bang... |
|
Parking van dulu.
|
|
Kawasan parking yang luas |
|
Kawasan perniagaan bukan Islam. Tapi ada jugak peniaga islam tersepit celah-celah tu. |
|
Ada bangsal untuk melantak. |
|
Acap pun dah tak tahan nak melantak
|
|
Orang Malaysia memang ramai kat mana-mana |
|
Inilah kawasan peniaga Islam. Atas bot je. Kretif. Tak perlu pergi Bangkok. Hahaha |
|
Lakonan semata-mata |
Makanan tersangatlah murah sebab persaingan. Kalau ramai peniaga muslim harga makanan akan murah. Kalau sorang dua je niaga, akan jadi mahal. Ala macam kedai tomyam kat KL. huh
|
Kalau boleh semua nak melantak |
|
Comel je kakak tu. |
|
Risau aku terbalik sampan tu. |
|
Ok, ni adalah jambatan untuk menyeberang sungai ni. Seberang ni adalah perkampungan bukan Islam di mana ada jugak tempat untuk membeli makanan, cenderamata dan banyak lagi. Makanan dijamin 90% tidak halal. Hahaha. Masa ni jambatan ni belum siap. Sekarang tak tahulah. |
|
Dari jambatan ni boleh nampak sampan-sampan peniaga muslim tadi. dan pemandangan matahari terbenam yang indah. Subhanallah. |
Antara makanan yang nampak sedap. hik lipas, cengkerik, kumbang. nyum nyum nyum
Orang boleh tahan ramai jugak. Jenuh dan penat nak mengelak.
Lazat tak? nasi tu RM3 dan telur puyuh dimasak dengan black pepper hanya RM2 untuk 10 biji. Perghhhh
Setelah selesai kami pun bertolak balik ke hotel. masa ni jalan dah tak jem. Jadi kami sampai awal ke hotel dalam kul 8.15. Balik hotel mandi dan bersiap utnuk aktiviti terakhir malam ni. Sekitar hotel kami ni tak banyak tempat untuk berjalan dan kita perlu berjalan jauh untuk pergi satu tempat ke satu tempat. Jadi kami buat keputusan untuk naik tut-tut untuk ke kawasan Lee Garden - area hotel pertama - sedih
|
Sedang tawar menawar - RM15 - taknak kurang langsung bro ni... |
Gambar sekitar Lee Garden. Kalau siang lengang je. Bila malam je terus meriah camni. Ibarat pasar malam. Dan macam biasa orang Malaysia paling ramai. Jadi jangan risau dengan keselamatan. Insyaallah.
|
Sempat lagi bergambar. Huhuhu. Tentera dan polis Thai memang banyak berkawal sekitar tempat pelancongan. Dan ada ketika alat pengesan bom dipsang di pintu-pintu masuk pusat beli belah. Jadi jangan terkejut na... |
Antara makanan yang buat korang jeles. Lagi pun murah.
|
Ini salah satu tempat pelacuran di sini. Ramai jugak orang kita kat dalam tu. Siap bertongkat lagi masuk. Mana tahu orang kita? Ada pakcik tu lepas bersin sebut Alhamdulillah - pikir positif |
Pusat beli belah Lee Gardens Plaza. Salah sebuah "mall" terbesar kat sini. nak masuk dalam kena check up seluruh badan. Dah macam nak naik flight. Masa ni nak tutup dah. Saja masuk nak tengok-tengok suasana. Esok nak balik dah.
Aktiviti malam sebelum balik hotel. Sila abaikan kaki yang besar tu. huhuhu kedai gunting rambut pun tutup lewat.
|
Sempat lagi buat rawatan muka. Hahahah |
Hari Keempat. Hari terakhir.
Sebenarnya aku baru teringat yang kami belum beli tiket balik lagi. Hahahah. jadi pada pagi tu, kami terus checkout dan terus naik tut-tut (RM12) ke area Lee Gardens sebab mengikut pekerja hotel, ada bas nak balik Kuala Lumpur kami boleh ambil kat depan Lee Gardens Plaza. Oh.....
Ermmmm posing lagi.... adeh... sebelum nak ke Lee Gardens. Masa ni pukul 7.30 pagi.
Alhamdulillah rezeki kami.. Dalam keadaan kelam kabut cari tempat ni, akhirnya jumpa juga. Dapat jugak kami beli tiket bas balik ke KL berharga RM50 sahaja. Kedai agen ni betul-betul depan Lee Gardens Plaza. Tak susah nak cari. Kat sini juga adalah transit untuk ke wilayah lain kat Thailand seperti Bangkok. Naik bas dari KL turun sini naik bas lain. Semua boleh diruskan.
Yang jadi susah tu sebab degil taknak dengar cakap pekerja hotel. Hahahah. Risau jugak tiket takda sebab hari tu hari Ahad. Kebetulan tiket hanya tinggal jam 9.30 pagi. Syukur sangat. Lain kali tak nak lagi buat camni. Kami taknak naik tren sebab lama sangat perjalanan. Naik bas lebih kurang 10 jam berbanding tren 14 jam. Leper punggung. hehehe
Inilah rupa dalam bas. Macam harga RM80 kan. Hahaha riak Ada TV boleh tengok filem.
Sampai KL jam 8.30 malam jugak. Sadis betul! Bas rosak kat Taiping + jalan jem kat KL. Serik nak naik tren tapi bila naik bas pon sama. Huhuhu. Turun kat KL Sentral terus balik Dengkil.
|
Nota tambahan : aku kat sini guna simkad ni, AIS yang boleh beli kat mana-mana kedai 7 Eleven. Harga dalam RM5-RM8 je. Boleh terus guna dan dapat free internet. Quota tak ingat tapi dalam 300MB camtu. Boleh tambah lagi dengan beli top up RM10 pastu mintak pekerja 7 Eleven buatkan. Internet kat Thai murah + setiap pembekal perkhidmatan ada menyediakan wifi percuma sekitar bandar. Kat hotel pun ada. Jadi rasa-rasa tak perlu sangat quota tambahan. |
Layan..................................
2 ulasan:
Seronok makcik baca catatan pengalaman ni...
Alhamdulillah, percutian yang dirancang berjalan lancar ya... :)
terima kasih makcik sudi jenguk page ni...
Catat Ulasan