Minggu lepas, niat nak ke NSK Taman Bukit Anggerik,Cheras. Tiba-tiba terjumpa kedai satay ni yang amat-amat menarik perhatian rakyat marhaen seperti aku ni. Ceh
Asalnya dah terlajak tapi sanggup patah balik. Serius ke ni??????????? EMPAT PULUH SEN SAHAJA! ye 40 SEN. Masih ada lagi yang jual satay semurah ni. Hahaha terus rembat 50 batang untuk makan 3 orang. Perghhh memang sedap dan bukan satay cikai macam Satay Kajang. Eh. Terus lupa NSK kejap.
Kedai buka dalam kul 4 petang dan kebiasaannya habis dalam jam 6 petang. Cepat betul tutup! Hahaha meh la datang merasa satay sedap dan murah.
"harga minyak naik, satay kami turun harga"
Lebih kurang camtulah moto kat banner kedai ni. Betul-betul tepi jalan. Hanya gunakan sebuah kanopi 8x8.
Layan.............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan