VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 17 Februari 2015

Bentong - Tidak dirancang.

Assalamualaikum

Pada asalnya, cadangan nak ke Bentong, Pahang adalah untuk melawat rakan. Tapi beliau tiada di rumah. Jadi kami singgah berjalan-jalan ke Bentong. Pergi 4 orang. Apa kami jumpa? Cekidaut!


KOW POW AISKRIM, Bandar Bentong.
Kami singgah kedai aiskrim yang femes ni. Dengar cerita dah berpuluh tahun dorang niaga kat sini. Perniagaan keluarga turun temurun. Hehehe papan tanda dah pudar tak nampak sangat. Kedai ni betul-betul berhadapan dengan stesen bas Bentong. (landmark)


Bahagian dalaman. Masa ni baru je balik satu grup pelanggan ntah dari mana. Ramai!


Ini yang kami makan, ABC Spesial, aiskrim pisang, pandan, coklat, dan mangga. Memang superb! Sedap! Memang ni kedai aiskrim.


Kebetulan kat depan kedai ni ada makcik niaga Nasi Lemak, Mi Goreng, Mi Hun Goreng dan pelbagai lagi. Boleh makan dalam kedai. Tokeh tak kisah pun.

Bahagian depan kedai.

Aku, Abang Wan, Abang Ramlee, dan Abang Noraidi.
Kami berempat je.


Sebelum balik, mari bergambar. Banyak juga gambar-gambar kenangan, keratan akhbar yang dipamerkan. Memang sah kedai ni dah berpuluh tahun!


 Sambung lagi berjalan. Hahaha. Kali ni kami singgah di Kolam Air Panas Bentong. Aku pun tak tahu pasal tempat ni tapi abang Ramlee yang bagi tahu kat Bentong ada kolam air panas + besar. Kami pun singgah. Abang Ramlee cakap, kolam ni macam dah berubah,. Tak berapa bersih dan seolah-olah tak terjaga. Hutan-hutan di belakang kolam dah jadi resort. Saiz kolam dah semakin kecil. Alang-alang dah sampai, kami terjun jugak. Airnya tak berapa panas berbanding kolam air panas tempat lain - bagi aku lah. Dorang cakap mungkin sebab ekosistemnya dah terganggu.


Nampak resort besar belakang tu? Nilah rupa kolam tu.


Ramai warga emas. Yang hujung sana tu lebih panas berbanding yang tadi. (Memang macam kolam ikan sangkar je) Tapi ada ikan dalam tu. Ajaib kan?


Sangat sedih. Tempat salin pakaian. Tiada paip air. Hanya untuk tukar baju. Mana PBT?
Kalau di Indonesia, mesti dah jadi kawasan pelancongan terkenal.


Ada juga kedai jualan makanan. Tapi 2 kedai je. Orang datang tak beli pun. Masing-masing datang nak mandi je.


Inilah resort yang dimaksudkan. Masa kami sampai ni, resort dah sipa cuma belum dibuka lagi. Dalam minggu ni katanya. Bilik bermula Rm180++.
Suria Hot Spring Resort Bentong Pahang.


Kami singgah pun tak lama sebab nak balik Kuala Lumpur sebelum jam 8 malam. Sini sunyi sangat kalau balik malam seram. Eh


Layan.........












p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

9 ulasan:

Najib Ariyan Ali Basha berkata...

Wahhhh baru ni tau yg kat Bentong ada kolam air panas... air gunung campur air panas sepatutnya jadikan kawasan ni tarikan pelancong dalam negara... lagi dia dekat ngan KL... hmmm ni lah masalahnya kalau bagi pentadbiran kepada orang2 yg tak ada pandangan hadapan yg bagus... betul tu... kalau di Indonesia memang dah maju tempat nih

kayrolldin berkata...

thailand dan indonesia ni memang bezakan dgn kita. kerajaan dorg tahu nak bantu dri dri segi kewangan tak mampu nak bg semua. jadi dorang akan cari apa-apa je benda yg boleh bg pendapatan kepada rakyat dia. contoh pelancongan. mmg unik. kita ni mmg bnyk tmpt pelancongan yg boleh dimajukan. tp beselah kalau untung tak bnyk mana kerajaan nak rebut.

Unknown berkata...

Dekat sini kate nak pakai orang..keje..tapi bile sye isi borang tak ade pon pangil lagi humm sedih nye..

Unknown berkata...

Dekat sini kate nak pakai orang..keje..tapi bile sye isi borang tak ade pon pangil lagi humm sedih nye..

Unknown berkata...

Dekat sini

Unknown berkata...

Dekat sini kate nak pakai org keje

Unknown berkata...

Dekat sini kate nak pakai org keje

Unknown berkata...

Dekat

kayrolldin berkata...

hehehe banyaknya komen.

setahu sy kat sini dorag dah start keje. dah ada pekerja.