VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Jumaat, 30 Oktober 2009

Gila Green Card USA!!

Tadi ada seorang Pegawai dari New York call ayah aku. Dia tanya, permohonan Green Card aku sudah lulus. Dia tanya aku nak pergi sana ambik dokumen atau dia hantar kat sini. Bapak aku cakap jangan harap! (bapak aku tak tahu aku apply - hehehe)

Aku saja je try apply mana tahu senang gila nak dapat! Grenn Card tu macam pas sementara untuk aku pergi sana dan bekerja. Dia cakap kena bayar USD260. Gila ko! Aku terus batal appply. Tapi dia dengan gigih call pulak bapak aku! (tula bagi no hp buat apa?)

Pengajaran, jangan dok gatal tangan klik benda yang bukan-bukan dalam internet, nanti hidup ko merana!

Tapi aku memang nak pergi juga suatu hari nanti...


Layan....

Khamis, 29 Oktober 2009

Film review: This Is It by Michael Jackson..

Yup, aku baru selesai menonton filem This Is It. Tapi bagi aku ia lebih layak digelar dokumentari berkaitan Raja Pop itu. Filem ini berdurasi lebih kurang 90 minit.

Memang agak boring apabila segala aktiviti latihan yang diadakan sempena konsert This Is It (Julai 2009, London) telah dirakamkan dan dijadikan filem dokumentari khas. Sebab apa boring? Sebab aku mengharapkan sebuah filem biografi Michael Jakcson dan bukan apa yang dia buat untuk konsert di London itu.

Tetapi, aku bagi 3 bintang untuk dokumentari seperti ini sebab berjaya membuat aku tersentuh (serius aku touching!). Dan 4 bintang untuk lagu-lagu apabila 80% lagu-lagu yang bakal beliau nyanyikan di konsert adalah lagu yang aku minat dari kecil sampai sekarang. Best dengar lagu-lagu yang diberi nafas baru seperti lagu-lagu dari album Thriller. Lagu baru beliau, This Is It memang meremang dengar! Try download..

p/s: aie, syak dan sharol memang tak sesuai tengok cerita ni sebab korang suka tengok cerita lain.. Muahaahah!!



Layan...

Rabu, 28 Oktober 2009

Esok tengok Michael Jackson!

Siapa ada tiket filem This is it? Jom tengok sama-sama. Saja-saja dan bukan untuk mengagungkan beliau. Hahahaha..

Sektor swasta harus guna Bahasa Melayu secara meluas

UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 27 Okt. — Bahasa Melayu harus digunakan secara lebih meluas dalam pelbagai urusan di sektor swasta dalam usaha memartabatkannya sebagai bahasa Kebangsaan atau bahasa Malaysia.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pada masa ini penggunaan bahasa Melayu dalam urusan perbankan, perdagangan, perundangan dan perkapalan di sektor swasta masih di tahap yang rendah.

Sehubungan itu beliau berkata, kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan akan bekerjasama membantu Dewan Bahasa dan Pustaka (DPB) untuk membudayakan serta mengadakan kempen berterusan bagi menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan yang menarik di samping bersifat wajib penggunaannya.

"Lama-kelamaan, biasalah sektor swasta ini dan sama-sama bermegah serta bangga menggunakan bahasa kebangsaan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Penggunaan Bahasa Melayu Dalam Sektor Awam dan Swasta di Menara DBP di sini hari ini. - Bernama
Layan...

Selasa, 27 Oktober 2009

Pembantu rumah Indonesia didera meninggal dunia

Okt 26, 09 6:04pm

Pembantu rumah warga Indonesia, yang ditemui separuh pengsan dengan kesan lebam dan luka hampir seluruh badan, dipercayai didera oleh majikannya di dalam tandas sebuah rumah di Taman Sentosa di Klang meninggal dunia hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Mantik Hani, 36, menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, sejak dimasukkan ke hospital itu Selasa lepas.

Pengarah HTAR, Dr Ghazali Hasni Md Hassan, berkata mangsa meninggal dunia selepas didapati tidak bertindak balas dengan rawatan yang diberikan sepasukan doktor pakar.

"Mangsa sepatutnya menjalani pembedahan tetapi ia tidak dapat diteruskan disebabkan keadaannya tidak mengizinkan," kata beliau ketika ditemui pemberita di HTAR hari ini.

Dua pegawai wanita yang mewakili pejabat Kedutaan Indonesia di Malaysia turut berada di HTAR untuk melawat mangsa tetapi membatalkan rancangan itu selepas dimaklumkan wanita berkenaan telah meninggal dunia.

Pembantu rumah terbabit pada 20 Oktober lepas ditemui dalam keadaan 'nyawa-nyawa ikan' dipercayai didera, dikurung dalam tandas, kepala dicukur hampir botak dan tidak diberi makan beberapa hari oleh majikannya.

Polis menyelamatkan pembantu rumah itu pada pukul 7 petang hari sama selepas menerima laporan mengenai penderaan itu daripada seorang tukang sapu yang bertugas membersihkan kediaman rumah suspek, dan terus menghantar wanita berkenaan ke HTAR untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Susulan itu, polis menahan reman majikan pembantu rumah itu, yang bekerja sebagai peniaga pasar dan isterinya untuk membantu siasatan.

Lelaki itu menyerah diri kepada polis sehari selepas pembantu rumah itu ditemui dan direman sehingga 28 Okt manakala isterinya direman sehingga esok.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop berkata dua suspek itu disiasat kini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan pihaknya masih mencari saksi untuk membantu siasatan termasuk ibu majikan dan bekas majikan pembantu rumah itu.

"Jenazah mangsa akan dilakukan bedah siasat di HTAR bagi menentukan punca kematiannya," katanya. Bernama

p/s: Bibit-bibit pergaduhan antara Malaysia dan Indonesia yang bakal dipalu oleh media INDON.