VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 18 Februari 2015

Kenangan Masa Kecik

Assalamualaikum

Saja nak kongsi kenangan masa zaman sekolah. Hehehe. Tak pernah jemu belek gambar lama ni. Rindu kat kawan-kawan sekolah. Sob sob sob


Masa ni Darjah Empat (1997)
Guru kelas, Puan Manmeet Kaur - Guru Sains
"tak tahu perkembangan. Guru yang agak garang. Hehehe"


Darjah Enam (1999)
Guru kelas, Encik Sengkuthavan - guru Bahasa Melayu terbaik!


Sekolah Tadika Islam - Al-Hidayatul Mustaqimah.
Pertandingan Nasyid Sekolah Tadika - tapi tajuk lagu, Lagu Tiga Kupang. Miahahaha memang lari tema. Aku tak tahu langsung apa perkembangan dorang. Rindu!!

Apa khabar sahabat semua?

Layan...... (eh sikit je gambar?)



p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Sunyi



Assalamualaikum

Hari ni macam Hari Sunyi Sedunia. Kat pejabat suasana dah sunyi sebab ramai yang dah bercuti panjang. Walaupun yang berbangsa Cina 1-2 orang je, tapi yang bercuti separuh. hahaha.

Belek blog-blog rakan-rakan blogger, juga sunyi. Macam dah berpakat. Mana korang ni? Dah berbelas jam entri terakhir di post. Hahaha.. Apa-apa pun, selamat bercuti. Yang pulang ke kampung, hati-hati memandu. Malang tidak berbau. Insyaallah sampai dengan selamat ke destinasi masing-masing...


Layan.....




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Kita hidup susah? Mari minta sedekah!

Assalamualaikum

Setiap hari kita risau pasal duit. Cukup ke bulan ni belanja banyak ni? Minggu depan nak makan apa? Kita memang selalu ditakutkan kalau takda duit tak bermakna hidup. Aku pun selalu macam tu. Padahal gaji cukup je tapi perbelanjaan tu yang melampau. Belanja lebih dari mampu.

Pastu kita rasa dunia ni tak adil, kenapa kita hidup susah. Setiap hari meratap nasib hidup. Belanja asyik tak cukup je. Yang takda kenderaan pulak, merintih bilalah nak merasa naik kereta, naik motor. Yang ada kenderaan pulak, merungut bilalah nak merasa naik kereta besar ni, motor besar ni. Sentiasa rasa tak cukup. Tapi pernah ke kita pikirkan pasal orang lain? Aku pun rasa macam tak cukup je kenderaan yang ada sekarang. Rasa kecik dan cemburu dengan member lain yang ada kereta besar. Padahal dulu sama-sama belajar, sama-sama tak cerdik. Hehehe tapi tengok member lagi berjaya dari kita. CEMBURU!

Tapi sedarkah kita, mereka berjaya dengan usaha sendiri, kita ni? Usaha pun sekadar cakap nak berusaha. Tindakan? TIADA.


Bila tengok gambar ni, aku tersedar. Betapa busuknya hati ni merintih nasib macam-macam. Sekurang-kurangnya aku ada kereta dan masih bujang, tapi keluarga ni? Adakah dorang tak berusaha? Tidak! Mereka telah berusaha dan mungkin hari ni rezeki mereka macam tu. Esok lusa??


Ya Allah, ampunkan hambamu ini...




p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 17 Februari 2015

Bentong - Tidak dirancang.

Assalamualaikum

Pada asalnya, cadangan nak ke Bentong, Pahang adalah untuk melawat rakan. Tapi beliau tiada di rumah. Jadi kami singgah berjalan-jalan ke Bentong. Pergi 4 orang. Apa kami jumpa? Cekidaut!


KOW POW AISKRIM, Bandar Bentong.
Kami singgah kedai aiskrim yang femes ni. Dengar cerita dah berpuluh tahun dorang niaga kat sini. Perniagaan keluarga turun temurun. Hehehe papan tanda dah pudar tak nampak sangat. Kedai ni betul-betul berhadapan dengan stesen bas Bentong. (landmark)


Bahagian dalaman. Masa ni baru je balik satu grup pelanggan ntah dari mana. Ramai!


Ini yang kami makan, ABC Spesial, aiskrim pisang, pandan, coklat, dan mangga. Memang superb! Sedap! Memang ni kedai aiskrim.


Kebetulan kat depan kedai ni ada makcik niaga Nasi Lemak, Mi Goreng, Mi Hun Goreng dan pelbagai lagi. Boleh makan dalam kedai. Tokeh tak kisah pun.

Bahagian depan kedai.

Aku, Abang Wan, Abang Ramlee, dan Abang Noraidi.
Kami berempat je.


Sebelum balik, mari bergambar. Banyak juga gambar-gambar kenangan, keratan akhbar yang dipamerkan. Memang sah kedai ni dah berpuluh tahun!


 Sambung lagi berjalan. Hahaha. Kali ni kami singgah di Kolam Air Panas Bentong. Aku pun tak tahu pasal tempat ni tapi abang Ramlee yang bagi tahu kat Bentong ada kolam air panas + besar. Kami pun singgah. Abang Ramlee cakap, kolam ni macam dah berubah,. Tak berapa bersih dan seolah-olah tak terjaga. Hutan-hutan di belakang kolam dah jadi resort. Saiz kolam dah semakin kecil. Alang-alang dah sampai, kami terjun jugak. Airnya tak berapa panas berbanding kolam air panas tempat lain - bagi aku lah. Dorang cakap mungkin sebab ekosistemnya dah terganggu.


Nampak resort besar belakang tu? Nilah rupa kolam tu.


Ramai warga emas. Yang hujung sana tu lebih panas berbanding yang tadi. (Memang macam kolam ikan sangkar je) Tapi ada ikan dalam tu. Ajaib kan?


Sangat sedih. Tempat salin pakaian. Tiada paip air. Hanya untuk tukar baju. Mana PBT?
Kalau di Indonesia, mesti dah jadi kawasan pelancongan terkenal.


Ada juga kedai jualan makanan. Tapi 2 kedai je. Orang datang tak beli pun. Masing-masing datang nak mandi je.


Inilah resort yang dimaksudkan. Masa kami sampai ni, resort dah sipa cuma belum dibuka lagi. Dalam minggu ni katanya. Bilik bermula Rm180++.
Suria Hot Spring Resort Bentong Pahang.


Kami singgah pun tak lama sebab nak balik Kuala Lumpur sebelum jam 8 malam. Sini sunyi sangat kalau balik malam seram. Eh


Layan.........












p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

MAHA 2004

Assalamualaikum

Cerita tahun lepas. Aku pergi pameran MAHA 2014 kat Serdang. Masa nak balik dari pameran tu, (skip cerita - hahaha), terserempak bebudak dalam 6 orang pakai baju Celcom jual sim kad Celcom prepaid. Mula-mula tak heran sangat, tapi bila dia jual dalam pakej kombo camni, terus terpikat. Lagi pun dia cakap, percuma internet 1gb permulaan. Hew hew hew memang itu tujuan aku, nak sim kad siap dengan pakej internet + percuma. Eh

Pertama minta IC nak ambik gambar katanya. Kedua, minta aku isi borang. Ketiga bayar. Lor, kejapnya proses. Tak sampai 10 min. Dia cakap akan daftar sim kad aku kemudian. Dalam masa 24 jam akan aktif. Maka aku pun pasrah terus balik bawak barang belian itu.


SIM KAD + PREPAID RM10 + POWER BANK = RM 50

Sampai rumah terus top up kredit yang dia bagi percuma tu kat HP lain. power bank pulak rosak memang tak boleh guna. Aduh penipu. Patutlah beria dia suruh balik caj dulu sebab taknak aku cuba depan dia nanti kantoi bagi power bank rosak. Padahal power bank baru beli mesti ada sikit kuasa. 

Esoknya, kad sim masih belum aktif. Masuk hari ke-3, aku tak boleh tunggu lagi. Pergi Colcom Center kat Alamanda tanya apa masalah kad sim tu. Terkejut. Terkejut. Tu je. Kad sim tu tak berdaftar dengan mana-mana pun... Seolah-olah kad sim tiruan. Terkejut lagi. Hahaha

Aku cuma risau IC aku disalah gunakan. Sampai hari ni dah kali ke berapa entah aku call Celcom nak semak kot-kot ada orang guna IC aku daftar kad sim lain. Alhamdulillah takda. Cuma risau dia daftar benda lain. Allah.... Risaunya...

Layan....