VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 31 Disember 2007

Sejarah tak mungkin berulang...

Lame dah tak tulis entry nih... bkn ape, malas sbb asyik bkk bende lain je bile surf internet (tak paham? Pegi terjun bangunan!) aku nak berubah angin jap. Saje nak tringat zaman2 mude dulu.

Male:
Izhar (allahyarham), budi kurniawan, nazir idris, Najib ismail, mamat, firdaus (de’pi), adham hadi, izwan, asrul, yap kian ming, teoh ling her, tan chee wai, wong chun guan, tony liaw weng ho, keong kit meng,

Female:
Nur sharina, farah fareeney, ismarna, ismamurni, farah, angela yap, Janice chang mei peng, k. asvini, yap ling ling, jasmine,

(Yang tak ingat, kalo terjumpe blog ni, contact aku blik ye... aku rindu korang!)


Mase aku darjah 1 hingga 6 (Sekolah rendah), aku ade 2 skolah. Skolah agama (Sekolah Rendah Agama Hidayatul Mustaqimah, Taman Beringin, Jinjang Utara) dan skolah secular (SK La Salle 2 Jinjang, Jinjang Utara). Kdg2 skolah waktu pagi, kdg2 petang. Sbb ape? Sbb skolah secular aku mempunyai 2 sesi pembelajaran yg akan di tukar waktu belajar setiap 6 bln.

Kire2, tiap2 thn aku kene pegi skolah waktu pagi or waktu ptg. Skolah agama aku plak, ikut je ape waktu yg bebudak free bleh dtg sbb silibus waktu pagi dan waktu ptg same je.. same mcm skolah secular tu lah.


Yang aku nak cerita ialah pasal skolah secular aku ni....
SK La Salle 2 Jinjang, Jinjang Utara. Name full utk skolah aku. Disebabkan skolah kitorang kecik, kementerian bg pluang utk skolah kitorang buat dua sesi. Pagi dan ptg. Walopon dlm satu skolah, system pentadbiran adelah berbeza bg setiap sesi. Kirenye, ade dua guru besau ler (sbutan melake) dlm skolah aku. Name pon dah lain. SK La Salle 1 Jinjang.


Kalo sesi pagi, start kul 7.30 pgi, sampai 1.10 ptg. Pastu sesi ptg plak sambung. Dr kul 1.30 ptg sampai kul 6 ptg (ntah, aku pon tak ingat dah). Aku pling suke kalo dpt sesi pagi. Sejuk je... tp ptg plak boring sket sbb kene pegi skolah agame plak (beselah zaman2 jahiliah mcm tu mane paham lg bab2 agame ni).


Skolah aku adelah skolah majmuk. Sume kaum ade. Dari atas darat hingga ke laut, sume ade blajar kat skolah aku. Tp kaum majority adelah Melayu, Cina, and India. Sume org tau kawasan jinjang majority penduduk adelah dr kaum cina. Tp skolah aku yg ramai Melayu, sbb kebanyakkan bdk2 kaum cina parents dorang antar pegi skolah cina.


Jinjang ade Sekolah Tadika, Rendah, dan Menengah Jenis Kebangsaan Cina.
1) 40 % Melayu
2) 30 % Cina
3) 25 % India
4) 5 % Lain-lain (data tak rasmi. Aku agak2 je. Tp lebey kureng ler mcm ni)


Aku rase skolah pling unik adelah skolah aku. Bahase perantaraan, Bahasa Melayu (bahasa Kebangsaan kita, jgn lupe!). sume budak2 tau. Cume kdg ade gak bdk speaking London. Tp tak ramai. Ade lg tu, kdg2 bdk cine or ondia kalo borak2 sesame dorang pon pkai Bahasa malaysia. tu yang aku respect kat dorang. Takde plak perasaan malu bile ckp BM nih. (adik aku yg skolah rendah blk umah tibe2 pakse aku ajar die BI. Sbb ape, die malu, kwn die borak dlm BI tp die borak dlm BM!) Kalo mencarut je besenye kitorang gune bahase ibunde masing2. hehhe. Tak pon kitorang cedok bahase mencarut dr org lain. Beselah, nak kan kelainan...


Kitorang mmg rapat sesame sendiri. Kitorang cume tak ngam ngan budak2 sesi lain jer. Sbb dorang suke rosakkan brg2 yg kitorang tinggalkan kat bwh meja (lupe nak bg tau, kelas pon kitorang kongsi dgn sesi lain. So, ape2 yg tertinggal kene rembat dgn jayenye lah!) tp takdelah smpi gadoh2, ciom molot ke, sepak terajang ke. Sume tu free! (maybe, mungkin, or perhaps). Kalo couple pon, jgn terkejut kalo ade pasangan mix ni kat skolah aku (kencing pon bercabang lg, nak couple2. tp seriously, kitorang mmg dah ber couple mase time cengginih!). ade yg dah siap rancang nak bg name anak, nak beli umah kat mane, and so on. Aku ingat lg, kwn aku (Melayu) ni couple ngan India. Cadang nak bg name anak ahmad muthu. Aku pon bg lah cdgn untuk name anak kedua plak. Kalo pompuan, bg name siti nur nita asvini. Bestkan? Mmg unik..... aku mmg suke gabung2kan name org nih..


Waktu rehat lg best, aku bese kumpul kitorang bese tukar2 lauk sesame jiran tetangge. Besenye kitorang yg bg lauk kat dorang. Dorang takkan bg nye lauk dorang kat bdk Melayu sbb dorang paham.... ramai2 duk kat meje yg same. Meriah! Gempaq! Cikgu tak perlu risau gaduh2 nih...! mase time ramadhan plak, hampir sume bdk2 selain Melayu islam ni akan turut ‘berpuase’. Dorang takkan bwk makanan, mkan dpn bdk Melayu dan pelbagai lg aktiviti yg bleh menyebabkan pahale bdk Melayu yg berpuase berkurang. Unikkan?


Kalo time subject Pendidikan islam, kelas akan diasingkan. Student islam pegi kelas Pendidikan islam. Student lain stay dlm kelas. Tp ade gak student non-muslim yg nak ikut masuk kelas Pendidikan islam, taknak blajar Moral.


Time blk beselah.... sume mcm kambing br lepas kandang. Bertebaran mcm nak telan babbi sekor! Sume cr sumber yg bleh bwk dorang blk dgn cepat. Ade yg naik basikal, bas, kerete, lori, dan pling femes Jalan kaki. Spt itik. Jln beriringan tgn... cewah! Yg terbang pon ade gak. Tp tu kalo bwk basikal laju2 jelah... tak sempat brek, make dgn segale hormatnye terbang ke udara bile terlanggar sesuatu yg menyakitkan di atas jln raye. Tersapu skali jln raye yg mmg tak bersapu itu dgn muke masing2...


Aku pling suke time hari raye. Tak kire raye sape. Kitorang sambut dgn meriah. Bwk makanan masing2... buat persembahan kat perhimpunan. Kalo nyanyi lagu SELAMAT HARI RAYA, sume bdk2 terlibat buat persembahan. Tak kire ko punye bangse. Christmas dan Chinese New-Year pon cenggituh... we wish to a merry Christmas dan gong xi fa chai pon bdk2 lain hafal. Lg satu kalo time Deepavali, meruku mesti kitorang bedal sebanyak2 banyaknyer... itulah yang aku pling suke kat skolah aku..


Babi dan khinzir adelah satu issue yg pling panas kat skolah aku. Tp bdk2 sume seakan paham yg org Melayu islam ni tak bleh terlibat dlm ape pon bende yg ade kaitan dgn perkataan babi dan khinzir ni. Spt, babi panggang, babi gorang, anak patung babi, burger babi, tarian babi, guling babi dan sebagainye... ade kwn aku tu sggp mengaku yg die tak makan babi semate2 nak kwn ngan aku dan bdk2 melayu lain. Aku terharu! Cewah... aku terkejut gak! Aku ingat smpi skang dialogue die mase mule2 nak join aku dan kwn2 main polis entry. ‘kayrol, sy nak main juge... bolehlah... sy tak makan babi lah...’ kate die dgn kurang jujur. Kwn aku pon bls, “nak main, main jelah.... sape larang... tak kire lah ko makan ape pon.. makan beruang pon tak kisah... paham?” (pkir2kanlah...)


Tapi, tu sume dah tinggal kenagan.... sejarah takkan berulang... kite hanye mampu mengingatkan kembali tp bkn membawe kembali sejarah tu. suasana mcm tu mmg susah nak dpt mase skang ni... aku beruntung sbb dpt skolah kat SK LA SALLE 2 JINJANG tu.. dpt bnyk pengalaman berguna. Walopon ramai kwn2 aku tanye mcm mane aku bleh skolah kat situ. Aku jwb tu sume takdir tuhan...


Aku takkan lupekan langsung sejarah yg aku anggap ckup bernilai.. aku rase skolah tu adelah contoh PERPADUAN YG PLING KUAT DAN CONTOH BG SUME SKOLAH YG ADE. Mmg susah nak dpt kat tempat lain. Lg2 skarang ni. Kalo kite tak jage PERPADUAN YG KI KECAPI, SAPE LG YG NAK JAGE?????


Ok itu jer... Layan..................

Ahad, 16 Disember 2007

Panduan Untuk Pelancong Yang Melawat Malaysia

Kepada pelancong Brunei, Singapore dan Indonesia serta mereka yang memahami Bahasa Malaysia.

Jika anda ingin melawat melawat Malaysia, terutamanya tahun ini, saya ingin memberi beberapa panduan penting dan berguna kepada anda. Disebabkan Malaysia mempunyai pelbagai tempat dan barangan yang menarik, saya mencadangkan anda supaya membaca dan mempraktikkan panduan ini apabila anda tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur nanti..

Visit Malaysia 2007, Selamat Datang Dunia!!, Malaysia Truly Asia. Malaysia Boleh!!

Ketika anda masih di negara anda:

1) Pastikan anda membawa passport, visa (jika ada), kad pengenalan, segala barang2 penting, dan surat kebenaran dari suami, isteri, anak2, ibu bapa, jiran2, bos atau prisedent anda.

2) Pastikan anda tidak tertinggal suami, isteri, anak2, ibu bapa, jiran, masyarakat sekeliling, bos, staf, dan president untuk sama2 melawat Malaysia yang cantik atau mereka yang penting bagi anda.

3) Pastikan anda membawa beg atau bagasi yang sebesar-besarnya (yang kosong) supaya anda boleh bersedia dengan barang2 yang bakal anda beli dan perolehi dari Malaysia.
Ini kerana, anda perlu mengisi bermacam-macam buah tangan (buah hati pun boleh!), makanan dan bermacam-macam lagi ke dalamnya.

4) Pastikan anda memperolehi segala maklumat tentang Malaysia dengan lengkap, bukan maklumat tentang Malta, Mississippi, Morocco, atau yang lebih kurang sama ejaan dengan Malaysia kerana semua tempat yang menarik di negara lain tidaklah menarik seperti tempat2 menarik di negara ini.

5) Pastikan anda membawa baju atau peralatan lain yang cukup atau berlebihan dari jangkaan anda. Ini kerana anda mungkin tidak akan berasa puas dengan hanya sehari berada di Malaysia. Ramai pelancong menambah hari pelancongan mereka sehingga sebulan di sini.

6) Pastikan anda merancang perjalanan anda di sini berpandukan maklumat yang di beri oleh Tourism Malaysia. Ini kerana, jika anda terus datang ke Malaysia tanpa rancangan yang mantap, anda mungkin tidak dapat melawat semua tempat yang menarik. Kalau tidak merancang pun, tidak mengapa kerana SEMUA TEMPAT ADALAH MENARIK!!

7) Pastikan anda membawa semua mereka yang berada berdekatan anda untuk bersama-sama melawat Malaysia. Ini kerana, Malaysia tidak akan membazirkan wang dan masa anda!

8) Pastikan anda membawa wang yang berlebihan!. Ini bukanlah kerana barang2 di Malaysia mahal tetapi anda perlu tinggal di Malaysia untuk jangka masa yang panjang dan semua barang2 adalah terlalu murah!

9) Pastikan anda menempah hotel anda awal. Ini bukan kerana bilangan hotel yang sedikit, tetapi ini adalah kerana bilik hotel sentiasa penuh!

Dan yang terakhir, pastikan anda memilih untuk terbang bersama Malaysia Airlines atau Air Asia. In kerana, perkhidmatan mereka sangat cekap, 5 bintang dan pantas, tetapi pada harga yang sangat murah! Selain itu, mereka adlah syarikat penerbangan terbaik di dunia.

Apabila tiba di Malaysia:

1) Pastikan anda tiba di Malaysia

2) Pastikan anda tiba di lapangan terbang yang betul seperti, Kuala Lumpur International Airport (KLIA), Kuching International Airport (KIA), Langkawi International Airport (LIA) atau lapangan terbang utama yang lain

3) Pastikan anda tiba beserta barang-barang yang anda bawa tadi. Ini kerana di sebabkan terpegun dengan Malaysia, anda mungkin terlupa barang-barang anda tadi.

4) Pastikan anda tiba di malaysia bersama kawan-kawan yang sama, lapngan terbang yang sama, waktu yang sama, dan Negara yang sama.

5) Pastikan semua barang-barang anda bersama anda ini kerana ramai pelancong yang kehilangan barang-barang mereka di sebabkan khayal dengan keindahan malaysia.

6) Pastikan anda membeli sesuatu di lapangan terbang seperti di KLIA kerana ia bebas cukai, besar, selesa, dan seperti shopping complex.

7) Pastikan anda menempah teksi sebelum keluar dari lapangan terbang. Jangan mengambil teksi yang berda di luar lapangan terbang. Ia tidak sah dan mahal!

8) Pastikan anda sudah menempah hotel, kereta sewa, menelifon ejen pelancongan anda, dan mengetahui kadar tukaran wang anda berbanding Ringgit Malaysia (RM).

Apabila di tempat-tempat menarik di sekitar Malaysia:

1) Pastikan anda tahu berbahasa Inggeris atau Bahasa yang boleh di fahami oleh rakyat tempatan. Bahasa Malaysia di galakkan. Ini kerana, rakyat Malaysia sememangnya suka membantu pelancong asing, tetapi jika mereka tidak paham apa yang anda perkatakan, minta maaf lah. Pemandu teksi adalah mereka yang paling mudah untuk membantu anda.

2) Pastikan anda tahu tempat yang bakal di tuju. Ini disebabkan oleh terlalu banyak sangat tempat yang menarik, anda mungkin melencong ke tempat lain.

3) Pastikan selalu merujuk Panduan Pelancong untuk membuat perjalanan anda lancer.

4) Pastikan jika anda ingin bertanya arah, tanyalah pada rakyat Malaysia yang sebenar. Ini kerana, hanya rakyat Malaysia yang tahu mengenai negara mereka dan kebanyakkan mereka yang tinggal di bandar-bandar adalah pekerja asing.

6) Akhir sekali, pastikan anda membawa cermin mata yang mempunyai cirri-ciri seperti, kalis potongan harga. Ini kerana terlalu banyak kedai yang menawarkan potongan harga sehingga 90 %!! Terutama ketika Year End Sale berlangsung.

Harapan kami, bergembiralah selalu sepanjang berada di sini. Segala masalah, bolehlah hantar ke ruang komen..

Felda oh Felda!

Ape tu Felda? Lollipop? Mechanical pencil? Sebji kuih traditional? Ataupon ubat gegat cap Felda? Salah.. salah... salah! Salah!!! Sume salah!!!!!! Ape ni? Sume tanye tak tau! Ape yg korang tau ha? Durex? Kotex? B.U.M? ape? Tau? Eh tau plak bende ni....

Ntahlah.. aku pon tak tau ape Felda tu sebenarnye.. aku lg tak tau Felcra tu pon ape.. tp ape yg aku tau, Felda ni adelah sebuah petempatan tanah rancangan yg pling teratur di Malaysia yg disediakan khas utk Bumiputra yg ingin memulakan hidup baru (che..wah....). mereka di gelar peneroka. Setiap peneroka ni akan di beri tanah beberapa ekar (maybe 10 ekar) sorang utk dijadikan ladang menanam getah atau pon kelape sawit. Pas beberapa thn, lading ni jadi dorang punye. Hebatkan?

Tu je yg aku tau serbe sdikit ttg Felda ni. Beberapa hr yg lalu, aku ade terbace dlm internet yg mengatekan, Felda ni adelah antare syarikat perladangan terbesau eh terbesar di dunia! Hebatkan? (bangge beb!) anatare syarikat pling berjaye di dunia dlm menaikkan taraf hidup manusia. Itulah hebatnye kerajaan punyer rancangan dlm membantu rakyatnye yg kureng berkemampuan. Kerajaan bg tanah free, dorang usahakan. Sume hasil bg sama rate antare kerajaan dan peneroka.

Sebelum ni ade filem ttg peneroka Felda ni. Tak tau lah Felda or Felcra. Bende same tp berlainan syarikat. Yg pasti filem ttg peneroka. Iaitu BILUD. Pernah dgr? Hmmm dah agak dah mesti takpnah dgr ni.. (aku pnah dgr tp tak pnah tgk pon.....). ramai yg bising sbb kate crite tu tak ikut fakata. Ntahlah.... aku pon tak tau. Aku bkn duk kat Lembah Bilud tuh!

Itu bkn critenye. Critenye mcm ni....

Mase cuti sem arituh, aku tergerak nak pegi Jalan umah kwn2 aku yg dah lame tak jumpe. Kalo jumpe pon 4 thn lpas. First, aku pegi segamat, johor. Aku terase tringin sgt nak pegi sane sbb kwn2 aku tggl kat Felda aku nak gak rase duk dlm kmpg yg dikelilingi ladang getah, kelape sawit dan lain-lain (BM aku fail).

Aku smpi sane dlm kul 9 mlm. So aku tak nampak pape sgt. Naik bas plak name Cepat Express. P*** M** btul lah!!! Dahlah nyaris2 kene tggl kat highway mase brenti buang harte dlm prut, driver plak bwk bas mcm nak telan babbi sekor! Laju gile! Semput, seram, senak, sembelit, seriau, stim, serabut dan bnyk lg ssss nye! Pastu bleh plak mamat sebelah aku tgk filem yg tak tapis dr segi pemakaian dan suara mengerang nye. Aku bkn kate aku baik tp APSAL TGK SORANG2 TP BKK SOUND SMPI DRIVER KAT DPN BAS PON DAH TAK KERUAN BWK BAS????!!!!!! Jawab! Jgn senyap jer!!!

Blk kpd crite asal, aku pon smpi segamat. Mlm trus tido. Esok pagi2 aku dah bgn ajak kwn aku pegi ladang. Die kate ladang bpk die ladang getah. ‘Kelape sawit takde ker?’ tanye aku dgn pnuh kehairanan... ‘kelape sawit bapak aku tanam thn 2009...’ ‘apsal?’ ‘Sbb getah expired thn tu.. hahahah.!!!!!’ Gelak porno beliau memecah keheningan pagi... tp jawapan tu mmg diiakan oleh bapak beliau, selaku tuan punye ladang.

So, ape tggu lg, jom r pegi! Tp die kate buat ape pegi awal2, bnyk mase lg... pg bleh, tgh hari boleh, ptg bleh, mlm pon booooolehhhhhhhhh..... lgpon aku duk segamat ni lame lg... oh.... like that.... aku pon tanye soklan bodoh, ‘ko bleh noreh getah bile2 ke?’ ‘sebulan sekali pon takpe’ bls beliau dgn riak.

Oh, ok. Fine. Fin. Dlm kul 10 aku pegi pasar lambak kat kebun getah. Seriously, DLM KEBUN GETAH PASAR LAMBAK ITU! Tp dorang jual sayur2 je... saje buat gempak. Tp uniklah... patut nye jd satu kawasan tarikan pelancong (cadangan yg bernas). Pastu baru pegi ladang getah daddy die. Aku ckp takkan pegi mcm ni jer? Di kate takpe bkn nak buat pape pon.... Jln2 jer... mase aku smpi, aku tgk ramai nyer org kluar masuk ladang nih. Ade yg tgh menorah lubang idong, eh, getah... kumpul getah skrap (gule2 getah, reti?) dan buat2 bekerje.

Kagum aku tengok. Rajin dorang buat keje. Tp yg pelik nye, aku tgk sume org mude yg buat keje. Org tue plak mcm jadi mandur je... wow! Hebat btul pemuda Felda! Cr duit smpi mcm ni. Kalo aku pon tak sggup. Mane taknye bau getah skrap seolah-olah bau haruman campuran:

tahi + cirit + sampah sarap kat tmn beringin + cagu + kuku cengkam + $&&&^% + %%*&(*&.

Paham? Tp aku tgk dorang sggp jer.... eeww! Smbil jln2 tu, aku dgr pemuda harapan bangse ni borak2 sesama beliau. Tp sumpah tak paham. Kalo paham pon, pastu tak paham blk. Aku pkir mungkin dorang ckp jawa kot... terror btul ckp jawa. Sbb besenyer pemuda dan penudi zaman skarang dah tak tahu ckp jawa sgt. (kwn aku ni pon ade darah keJAWAan – jawa, bkn jaworld!)

Aku tanye kwn aku, ‘apsal dorang borak2 aku tak paham. Ckp jawe ker?’ ‘Mmglah dorang borak camtu. Name pon indon....’ jwb beliau dgn angkuh setiga kali. Hah????!!!!! INDON???????????? Yg dtg dari INDONESIA tuh?????!!!!!! Yes my friends.... lor.... ingatkan org Melayu. Rupenye jawa totok!! Terkasiam aku sebentar.. takkan dlm ladang getah pon indon masuk cr kerje. Based on my friend, indon ni dibwk masuk hingga kedalam ladang ni disbbkan oleh, takde lg GENERASI BARU YANG NAK KERJE MENOREH GETAH LAGI!!!!! Bg peneroka plak, mereka dah terlalu TUA dan selalu skit2 sbb hidu gam getah bnyk sgt, eh sbb sakit tua.... anak2 dorang taknak smbg buat keje tu lg!

Habis tu, yg aku nampak td tu sume MADE IN INDON lah ye? Yas my friend... aku tanye lg, ‘mane plak pemuda dan pemudi Felda yg terkenal tu?’ ‘nanti aku tunjuk....’ bls nye,... sambil jln2 tu, aku btul2 TERKEJUT. Apsal bleh jd mcm ni... kwn aku ckp, mak ayah die pond ah lame pkai khidmat org gaji, eh, penorah getah dr seberang nih. Sbb bapak die tak larat dah... aku tanye apsal ko tak tlg jer bapak ko? ‘Gile ko! Beso nih ladang bapak aku! Mane bleh buat... lg pon aku dah smbg blajar kat universiti. Dan satu lagi, sape tahan bau that getah.... not my smell ya!’ jwb beliau dgn ditokok tambah oleh aku....

Kwn aku ckp lgi, indon ni buat keje cekap. Kalo kutip getah satu balang sehari, di bleh buat double plak. Ntah mcm mane ntah dorang buat.. pikir sendiri.. (getah asli dr pokok ye, bkn getah buat sendiri dr tuan punye badan – jgn pikir lain!)

Mmg btul, dorang ni ckap, rajin dan bersemangat walopon kdg2 songlap gak getah tu... tp sorang dua je.. aku pon ajak die pegi jln2 kat kmpg dan tgk sendiri mane pemuda dan pemudi Felda pegi. Pendatang asing bekerja di ladang2 Felda ni perkare biase. Hampir sume Felda ade pekerje asing terutama INDONESIA, kate kwn aku....

Setelah berjln2 seluruh ceruk kmpg (besar btul Felda P*******S ni...), pagi, siang, malam dan esok pagi semula, aku tlh buat kesimpulan yg padat, ringkas, dan tepat, iaitu pemuda dan pemudi Felda:

1) Ade yg berjaye dan smbg blajar kat IPTA dan IPTS seluruh negare. Luar negare pon ade.

2) Berniage kecil-kecilan dan besar-besaran.

3) tolong mak ayah di rumah

4) mengembale haiwan ternakan

5) pegi ke masjid

Menggunakan mase dgn sebaik2 baiknye dgn:

1) Bermain motor

2) Jln keliling kmpg baik laki atau pompuan

3) belek2 motor setiap ptg bersama rakan taulan

4) main polis sentry dgn moto masing

5) berguarau sende gune motor dgn kwn

6) yg laki beramas mesra dgn pompuan, dan sebaliknye

7) melawat tanah perkuburan yg didiami oleh kwn2 yg ter****h semase main polis entry

8) ^%^%*&^()(*%

9) ^%$&^%*^(^

10) **&^*(^(^(*

Aku btul2 terkejut. Tak sangke plak mcm ni yg terjadi kat dunia Felda sedangkan kite tau sebelum ni betape gahnye Felda ni di mate dunia. Pelik......... bnyk kelebihan dan kekayaan yg di beri oleh tuhan tp dorang tak tau nak hargai. Ingat sesaje ker kerajaan nak bg tanah? Ingat sesaje ker kerajaan nak habis duit wujudkan Felda? Aku rase dorang ni tak pnah terfikir ponnn.

Bkn sume yg berfikiran negative mcm ni, tp hampir sume berfikiran negative mcm ni. Tak caye pegi sendiri. Lg pon bkn aku yg ckp bende nih. Kwn aku pon mengakuinye.

Itu blum campur lg masalah sosial lain, maksiat dan mcm2 lg.. harap2 lepas ni adelah Y.B yg turun padang lihat dan tontonlah sepuas-puasnye perkare ini. Jgn turun mase pilihan raye jer.. PM dah rancang mcm2 utk kite tp org2 mcm nilah yg slalu musnahkan...

Lg satu, BAHAYA KALAU PEKERJA ASING NI DIBIARKAN MASUK SAMPAI KE DALAM KAMPUNG2 KITA, dikhuatiri akan membawa kpd GERAKAN ANTI KERAJAAN.

Ok? Paham? Layan.....................