VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Isnin, 4 Mei 2009

Dilema Pencinta Buku

Aku terbaca laporan oleh sebuah akhbar utama berkaitan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia yang masih rendah menurut mereka. Hanya 10 hingga 20 peratus (aku lupa peratus sebenar) sahaja rakyat Malaysia mengamalkan tabiat membaca, terlalu kurang peratusnya jika dibandingkan dengan negara-negara membangun yang lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan negara-negara maju. Peratus yang sedikit ini membuktikan rakyat Malaysia tidak menjadikan membaca itu satu tabiat menurut kajian mereka dan rakyat Malaysia tidak gemar buku-buku berbentuk ilmiah. Mereka lebih gemar buku-buku bercorak hiburan semata-mata.

Sedih aku baca artikel ni sebab ramai sangat dikalangan kita, terutamanya "pengkaji-pengkaji peratus" yang suka membuat sesuatu peratusan tanpa membuat kajian yang mendalam, tetapi hanya mengeluarkan peratusan yang bersifat luaran.

1) Adakah kerana kita tidak membaca sebuah buku sehari dianggap tidak cintakan ilmu?

2) Adakah kerana kita tidak membeli buku Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Al Islam kita dianggap tidak gemar buku ilmiah atau tidak minat membaca?

3) Adakah kerana ita membeli buku-buku seperti Mangga, Mempelam, Durian, Hai, Hoi, kita dianggap hanya memntingkan hiburan?

Tidak adil bagi rakyat Malaysia jika peratusan macam ni diambil sebagai sebab mutlak kepada tabiat membaca rakyat Malaysia.

Akibat dari kajian peratusan ini, ramai diantara rakyat Malaysia yang menjadikan ia sebagai rujukan atau "bahan bukti" untuk menidakkan kemampuan diri sendiri. Ramai juga antara kita membandingkan negara sendiri dengan negara lain kononnya mereka lagi hebat. Ada pula yang meletakkan di dalam blog mereka peratusan ini semata-mata untuk menunjukkan yang memang terbukti rakyat Malaysia tidak suka membaca! Adakah etika seperti ini adil dan bertanggungjawab?

Sepanjang 10 hari aku bekerja sebagai penjual buku di Pesta Buku Antarabangsa Antarabangsa, banyak benda yang aku pelajari. Banyak ragam manusia yang aku perhatikan. Dengan jumlah pelawat harian mencecah 50,000 hingga 70,000 orang, tidak termasuk hujung minggu, adakah kita boleh menganggap yang rakyat Malaysia tidak gemarkan buku dan membaca? Rata-rata pengunjung, pelawat, pembeli, pemerhati dan pembawa yang datang, mereka bukan datang berseorangan, tapi mereka datang dengan keluarga, rakan-rakan dan ibu bapa. Adakah ini menunjukkan rakyat Malaysia tidak gemar membaca?

Aku dapat simpulkan beberapa sebab kenapa peratusan kajian itu tidak memihak kepada rakyat Malaysia. Ia bukanlah mahu menegakkan benang yang basah tetapi ia adalah lebih kepada memaklumkan kepada mereka-mereka yang suka menyanjung orang lain dan menidakkan kemampuan diri sendiri.

1) Rata-rata buku berbentuk ilmiah yang dijual di Malaysia adalah terlalu mahal jika dibandingkan dengan buku bercorak hiburan. Sebab apa ramai orang datang ke pesta buku? Sebab dorang mahukan harga yang murah! Kalau beli di luar, kita tidak akan dapat buku Al Islam serendah RM2 sebuah! Walaupun buku-buku lama, tetapi apa yang penting bagi pencinta buku ini adalah harga yang murah! Ada jugak aku tengok yang mengambil kesempatan dengan menjual buku pada harga yang agak tinggi dari harga buku sebenar kerana mereka tahu, rakyat Malaysia akan tetap beli.

Jika ada yang membandingkan Malaysia dan Singapura, dengan mengatakan harga buku mereka lagi mahal dari kita, tetapi sedar tak, rata-rata rakyat Singapura mempunyai pendapatan yang tinggi! Tidak seperti kita. Kenapa taknak bandingkan dengan Indonesia? Mereka negara susah atau miskin. Tetapi peratusan membaca buku agak tinggi dari negara kita. Sebab apa? Sebab harga buku-buku dorang berkali-kali ganda murah dari buku kita!

2) Keadaan buku yang langsung tidak menarik dan buku-buku yang diterbitkan adalah sekadar mahu mengisi masa lapang penulis itu sendiri. Cuba bandingkan dengan majalah Mangga, Hai, Gempak atau majalah hiburan yang lain. Terlalu berbeza dengan majalah ilmiah yang lain. Buku-buku ilmiah memang dapat kita bezakan dengan buku-buku hiburan. Yang mana kita akan nampak dulu kalau masuk kedai, ilmiah atau hiburan? Sebab apa Majalah Mastika dari dulu sampai sekarang popular? Sebab majalah ni memang menarik!

Perhatikan buku-buku ilmiah dari Indonesia seperti Fiqh Sunnah, Al Umm, dan Riyadhusolihin, berwarna warni! Sungguh menyelerakan kalau di pandang! Mereka cuba sedaya upaya untuk menarik minat orang ramai membaca. Mereka bukan menerbitkan buku-buku untuk suka-suka dan mengaut keuntungan semata-mata, tetapi lebih kepada niat untuk menyampaikan dakwah!

3) Buku yang baik dan popular, harga mesti mahal dari buku lain. Kebanyakkan buku yang dijual sekarang, kalau semakin laris, semakin mahal! Lagi-lagi kalau ia adalah cetakan kedua atau seterusnya. Jika setiap kali cetakan, harga buku meningkat RM2, cuba bayangkan harga buku itu jika ia adalah cetakan yang ke-12. Ini semua adalah semata-mata mahu mengaut keuntungan! Yang jadi mangsa adalah rakyat bawahan yang mahukan buku tersebut tapi tidak mampu. Selepas itu, keluar peratusan tabiat membaca yang semakin tinggi indeksnya.

4) Taraf hidup rakyat Malaysia adalah tinggi, tidak selari dengan pendapatan mereka. Mereka bukan tidak minat kepada buku, tetapi bagi mereka, lebih baik utamakn yang utama seperti, makanan, tempat tinggal, rumah dan pakaian.

Rata-rata yang membeli buku ketika di pesta buku, adalah dari kalangan mereka yang masih belajar dan golongan profesional yang berada. Kalau orang kebanyakan, mereka lebih suka beli buku-buku hiburan yang lebih murah atau meminta diskaun sehingga 70% untuk buku-buku ilmiah. Kalau bagi diskaun sampai 70% peratus pun, belum tentu harga buku tu boleh cecah RM15 ke bawah.

Alasan klise penerbit buku yang menjual mahal buku-buku meraka adalah kerana kos untuk menerbitkan buku adalah tinggi! Ada juga mengatakan lagi tebal buku tersebut, makin mahal. Bagi aku, ia bukan masalah kos tetapi lebih kepada ketamakan sahaja. Jika benar, kenapa Majalah Al Islam yang hanya ada lebih kurang 80 muka surat bergambarlebih mahal dari Majalah Mangga yang boleh mencecah sehingga 150 muka surat bergambar? Aku rasa itu semua alasan je. Kalau kos meningkat, dan syarikat penerbitan kerugian, kenapa untuk pesta buku 2009, ada lebih 100 syarikat penerbitan baru mengambil bahagian. Kenapa? Kerana mereka tahu pasaran buku di Malaysia sekarang ni memang cerah! Kalau rugi, mesti dah lama mereka tutup syarikat!

5) Buku dari luar walaupun murah, tetapi tetap mahal jika berada di dalam negara. Ada rakan mengomel, kalau buku dari luar lagi murah, kenapa rakyat Malaysia tidak sahaja membeli buku terbitan luar negara tersebut? Sebab apa mereka tidak membeli? Sebab harga buku itu akan naik lebih kurang 300% hingga 500% sebuah bergantung kepada populariti dan ketebalan muka surat. Sebagai contoh, ada buku agama dari Indonesia berharga cuma RM15 sebuah. Ketebalan muka surat lebih kurang 400 hingga 500 muka surat. Sampai di Malaysia, ia akan jadi lebih kurang RM90. Adakah ia adil untuk rakyat Malaysia?

p/s: Aku sedih tengok kegigihan seorang mahasiswi OKU dari UPM yang datang nak beli buku tapi buku yang lecturer cadangkan tu agak mahal. Merayu-rayu mintak turun harga buku. Empat kali pergi balik mintak kurangkan harga buku. Last-last, dia bukak dompet dia depan aku cakap memang duit dia ada banyak tu je! Habis dia tunjuk berapa semua duit syiling yang tinggal. Tapi apakan daya, aku bukan BOS! Akhirnya aku bagi potongan 30% tanpa rujuk bos.

p/s: Ada juga yang tawar menawar harga Al-Quran sampai tak masuk akal. Aku cadangkan kalau nak murah skit, amiklah Quran harga RM18. Yang kulit tebal tu memang mahal. RM35 sebuah. Pakcik tu cakap, Quran RM18 tak cantik, yang RM35 tu cantik. Dia nak RM35 jadi RM20. Apa kejadahnya semua ini?

p/s: Dah lama tak tulis entri panjang-panjang. Hehehehe..


Layan......

8 ulasan:

Hazhari Ismail berkata...

jap
pasni dtg balik
mcm pjg sgt je
haha.

(sekurang2nye tade la trus bace konklusi) lalalal~

Unknown berkata...

ok. aku tggu..

Unknown berkata...

aku suka pinjam buku kat library jer..hee~

n setiap kali hang out,sure msk MPH or POPULAR.tgk buku baru..selak..

&&&
simpan angan2 dah teje nnt baru nak wat collection beli buku2 yg besh!

Unknown berkata...

aku tak suka pnjm kt library sbb aku jrg g library... hehehehe..

lame xnmpk?

Hazhari Ismail berkata...

seperti biase..

'pengkaji-pengkaji' peratus yg disebutkan oleh penulis mestila nk menangkan negara2 mereka.
cube kalo bab yg buruk2..mesti la negara2 dioarng yg last2 kononye tak bersalah.

ok.

tp mcmmane diorang leh tau kite ni membace or tak? ape autoritatif (word k.sha) diorang nk ukur rakyat msia ni rajen bace or tak?

kalo diorang mmbca buku berulang kali smpai terkoyak rabak,adakah tidak dikira sbagai membaca? hnya disebbkan kite tak mmebeli buku yg baru?

mmg tak adil la kan.

adakah sebb tabiat negara mereka membaca ketika buang air besar dikira tabiat yg hebat? s**t.
ah,satu fundamental perkiraan yg cukup tak relevan!!

But, setuju gak based on kapasiti rakyat dgn peratusan yg membace. masih terlalu jauh dgn negara2 jiran. berape la sgt buku yg dpt dibace oleh insan2 diluar bandar. nk jumpe buku pun susah..

kerajaan harus bertindak utk memastikan golongan TIDAK RETI membaca SIFAR.

ok.dah aie, jgn mengarut.

Unknown berkata...

ade setuju, ade tak..

Jay Harun berkata...

hurmm..betul tu....biase kalo tgk buku2 luar negara esp. dr US harga lagi murah dr kita. kalo mahal, faham la dari segi nilai matawang. ni kalo 100% bikin dalam malaysia, tp jual dah cam harga import ape kes? melampau2 mahal. ye, mgkn kira dari segi paper wastage, finishing buku (ini biase kos tinggi jgk), printing dan sbgnye, tp biasenye kalo lagi byk cetak, kos spatutnye smakin murah. tp perlu dikira dari segi labour juga. jadi mgkn ni la sbb buku malaysia di jual dgn harga cam buku tu diimport dari luar. mmg tak logik, tp, ah, inilah punca2 aku tak brape nak beli buku. baik tgk dlm internet je.

Unknown berkata...

aku setuju gak pandangan ko!