VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Selasa, 13 Januari 2015

Muzium DiRaja (Istana Negara Lama)

Assalamualaikum peminat semua...(lempang)

Aku semakin rajin update blog semenjak di opis baru. Maklumlah blogger tidak disekat. Huhuhu. Hari ni nak cerita pasal Istana Negara yang lama. Aku pergi minggu lepas dengan member, Zainuddin. Lawatan kami tak dirancang sebenarnya.

Tujuan aku ke Istana Negara Lama (Jalan Istana, Kuala Lumpur) ni adalah kerana nak bergambar je. Maklumlah dari kecik sampai ke besar tak pernah singgah sini walaupun beribu kali lalu depan istana ni. Sebelum ni tengok ramai pelancong melawat tapi hati belum terbuka. Jadi kami singgah sini pada suatu petang.

Nak dijadikan cerita, rupanya Istana ni dah dijadikan Muzium DiRaja sejak 2 tahun lepas dan ramai yang tak tahu kerana kurangnya hebahan. Orang tak berapa ramai yang melawat walaupun hari minggu. Aku pulak cuma terdengar khabar angin yang istana lama ni akan diruntuhkan untuk memberi laluan kepada projek perumahan mega serba mewah tetapi tidak sempat berlaku dek kerana istana lama ni telah diwartakan sebagai warisan negara.




Latar Belakang (rujuk sumber)



Muzium Diraja yang bertempat di Istana Negara lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sejak tahun 1957 hingga tahun 2011. Setelah itu, bangunan Istana Negara lama ini dijadikan Muzium Diraja dan mula dibuka kepada orang ramai pada bulan Februari 2013 sehingga kini. 

Muzium Diraja merupakan bangunan Istana Negara lama yang telah dibina sejak tahun 1928. Pada asalnya bangunan ini adalah rumah agam kediaman jutawan Cina yang dikenali sebagai Chan Wing. Rekaan bangunan dua tingkat ini adalah hasil kreativiti daripada sebuah firma seni bina yang terkenal di Singapura iaitu Swan & Amp; MacLaren. Keluasan kediaman seluas 11.34 hektar menerapkan seni bina gaya Palladian bagi menunjukkan kemewahan dan kehebatan kediaman tersebut sebagai rumah agam yang terbesar di Tanah Melayu ketika itu. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, bangunan ini dijadikan mes pegawai tentera Jepun, dan kemudiannya diambil alih oleh British Military Administration (BMA) untuk kegunaan Tentera Udara Diraja selepas Perang Dunia Kedua berakhir. 

Setelah itu pada tahun 1950, bangunan ini dijadikan sebagai istana sementara Sultan Selangor, Al-Marhum Sultan Sir Hisamuddin Alam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Alaiddin Sulaiman Shah sehingga tempoh pajakan tamat pada bulan Februari 1957. Bangunan ini akhirnya dibeli oleh Kerajaan Persekutuan dan dijadikan sebagai Istana Negara iaitu kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong. Sebagai Istana Negara, bangunan ini telah diubahsuai beberapa kali dan mengalami penambahan secara besar-besaran sekitar tahun 1980-an dengan penambahan Balairung Seri Utama untuk upacara rasmi. Bangunan ini menjadi kediaman rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sehingga tahun 2011 semasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIII.



Etika Pelawat dan bayaran masuk Muzium DiRaja









Sekitar kawasan Istana. Teramat luas.


Kolam renang DiRaja (tak boleh tengok dari dekat)



Tangga menuju ke kolam renang DiRaja



Padang rumput yang luas.


Pintu masuk ke bangunan utama Istana 
(Penggunaan segala jenis telefon dan kamera adalah dilarang - tetapi boleh dibuat jika memohon kebenaran bertulis - jangan lupa buka kasut. Krik krik krik)


Disebabkan tak boleh nak ambik gambar kat bahagian dalam istana, jadi penceritaan aku kali ni agak umum. Bahagian dalam istana kita boleh tengok:-

  1. Dapur
  2. Bilik Bacaan
  3. Bilik Tidur (Beradu)
  4. Bilik tetamu - banyak sebab banyak tetamu yang nak melawat/jumpa Agong
  5. Klinik gigi
  6. Panggung wayang - Dibina ketika Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra (1979-2010) menjadi Yang DiPertuan Agong
  7. Ruang tamu
  8. Bilik istirehat


Dan pelbagai lagi. Istana Negara lama ini mengalami berkali-kali ubahsuai dari segi binaan kekal dan dekorasi dalamannya mengikut edaran zaman dan citarasa setiap Yang DiPertuan Agong. Ada kawasan yang kita boleh masuk ada yang dilarang. Ini bertujuan menjaga keaslian dan keadaan asal dalam istana. Maklumlah kita rakyat Malaysia ni bukan jenis yang reti bahasa. Mana boleh masuk nak tengok-tengok je. Mesti jari gatal nak usik macam-macam. Hahahah Tu belum lagi yang bawak anak-anak. Adeh

Balairong Seri

Balairong Seri adalah satu-satunya kawasan dalam Muzium DiRaja ini yang boleh masuk semua kawasan tanpa sekatan. Hahaha ayat aku. Terletak di blok bangunan baru, para pelawat boleh juga mengambil gambar di sekitar balairong dan di dalamnya. Setiap bulan Balairong Seri akan bertukar-tukar tema pameran berdasarkan negeri-negeri Melayu. Bulan ni, Negeri Kelantan dan Negeri Sembilan dipilih. Segala alat kebesaran DiRaja untuk negeri-negeri ini dipamerkan. Sebelum adanya balairong seri ini, majlis pertabalan raja akan diadakan di Dewan Tunku Abdul Rahman, Jalan Ampang.



Laluan menuju Balairong Seri dan larangan yang perlu diambil perhatian. Ambil gambar boleh. Huhuhu


Pintu Masuk Balairong Seri



Bahagian Utama Balairong Seri. Tempat pertabalan Agong dari yang ke-7 hingga ke-12


Raja-Raja Melayu. Rasa bangga sangat


Singgahsana Balairong Seri

Kelantan


Kacak dan bergaya. Sultan Kelantan


Antara koleksi peribadi Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V




















Koleksi peribadi Yang Dipertuan Besar 
Negeri Sembilan Darul Khusus


Salasilah






















Puas bergambar sampai tak sedar dah nak tutup jam 5 petang. Dari pintu besar nak ke istana agak jauh dan perlu mendaki. Tapi jangan risau, ada disediakan perkhidmatan buggy car dengan bayaran RM1 sahaja. Lupa nak ambik gambar.


Saja nak berlagak. Layankan gambar terakhir.... huhuhuh (macam artis)

Kesopanan dan kesusilaan.



Jauh kan dari pintu besar tu.



Kalau pagar asrama sekolah tinggi camni, kurang sikit acara lari keluar waktu malam. 
(pengalaman jujur)



Ada gaya tak? Selebet je. Hahaha


Layan......................


3 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Pernah melawat sekali ke dalam istana ni tapi tidak menyeluruh...

Unknown berkata...

Tempat yang mesti dilawati. Memang terbaiklah.

hamba allah berkata...

Aktiviti yang menyeronokkan di ibu kota...

Tempat yg menarik...