VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Khamis, 29 Januari 2015

Bandung vs Jakarta

Assalamualaikum

Mana lagi best, Jakarta ke Bandung? Hehehe bagi aku kalau nak beli-belah, Jakarta lebih murah dan berbaloi berbanding Bandung.


Kota Bandung



VS



Jakarta


Satu hari nanti nak pergi lagi tapi dengan keluarga + adik beradik. Hehehe


Layan........

Rabu, 28 Januari 2015

Pengintip (Spy) dari Israel dan Amerika?

Adik-beradik, Israel dan Amerika (USA)


Assalamualaikum

Aku baru perasan yang blogger.com ada menyediakan fungsi semak stats atau trafik. Hahaha aku masih tak begitu "power" lagi dengan blogger baru ni sebab baru aktif balik blogging. Tu takda masalah. Cuma yang jadi "kepelikan" aku adalah jumlah trafik yang agak melampau dari Amerika dan Israel. Adakah blog yang cikai ini diintip oleh pengintip mereka? Katakunci mereka yang masuk ke blog ni pun adalah nama blog ni (kayrolldin) seolah-olah memang sengaja masuk nak baca. Hiks. Dalam minggu ni, trafik dari Amerika melampau tinggi dan berada di kedudukan kedua selepas Malaysia. Israel dalam top 5. Risau pulak aku. Sebab apa ek?




Layan..............

Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir (Seram ke?)

Assalamualaikum

Nak kongsi satu artikel bersumberkan MyNewshub (boleh rujuk link asal)


Anak Kerak

Anak kerak dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung. Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan.

Mereka dikecutkan oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan. Disebabkan itu, pada masa dahulu adalah menjadi pantang dikalangan penduduk pantai timur untuk mendedahkan mereka adalah anak sulung kepada orang yang tidak dikenali. Ilmu anak kerak ini biasanya popular dalam kalangan penduduk Pattani.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini disebabkan ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang. Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh. Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah.

Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal).

Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain. Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya.

Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya.

Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning. Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri MAKAN kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya.

Anak kerak yang paling “power” dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh.

Mereka menggunakan beberapa “bodypart” (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan “bodypart” seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm “spycam”.

Toyol dan Anak Kerak

Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit manakala Anak Kerak tidak membuat kerja-kerja tersebut. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala “James Bond” dan berprofil tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca, baru anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca, maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka “blur”. Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.

Tanda Diganggu Anak Kerak

Pada yang boleh melihat alam ghaib boleh mengenal pasti Anak Kerak ini, kulitnya kekuningan, kepala botak , mulut air liur meleleh-leleh dan mata merah.

Diruqyah tidak mendatangkan kesan

Tanda gangguan dalam sedar – Seperti sihir biasa, susah hendak dikesan ia dari angkara Anak Kerak. Kadangkala terperasan di hujung mata kelibat paras lutut melintas.

Tanda ketika tidak sedar – kerasukan yang sangat keras dan adakala akan menyebut SUSU, IBU, EMAK bilamana anak kerak itu telah hampir tewas.

Pesanan Dari Kami !!!!

Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita.







Sumber Gambar - Google.com


Layan................

Misai kucing herba berbahaya?

Misai Kucing


Cekur


Kenerak


Assalamualaikum

Beberapa tumbuhan herba yang kerap digunakan dalam produk ubatan dan makanan kesihatan di negara ini boleh menyebabkan pengamalnya menghadapi pelbagai komplikasi dan membawa maut. 

Tumbuhan itu antaranya kenerak, cekur dan misai kucing sering menjadi pilihan pengeluar produk kerana khasiatnya, tetapi berisiko ke atas pengguna jika diambil dalam kuantiti banyak dan tempoh lama.

Baca selanjutnya di Harian Metro Online.



Layan............

Selasa, 27 Januari 2015

Makan-makan di Tappers

Assalamualaikum kipas-susah-mati sekalian. hiks

Seperti dijanjikan, nak kongsi pengalaman makan-makan sambil cari pasal di Tappers @ Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Cekidaut!!!!


Bahagian hadapan cafe Tappers. Nampak santai macam tepi jalan je... Heheh padahal dalam pusat beli belah. Menarik!


Ruang dalaman yang tidak terlalu serabut dan nampak tenang. Moden dan menarik. Rasa macam nak tidur dalam tu. Hehehe


Atas meja tu botol sos macam kurang sesuai. Cuba guna mangkuk kecil untuk sos tambahan. Hehehe. Nak order kena tulis sendiri dalam borang tu. Memudahkan kita sebenarnya.


Selpot dulu. Heeeeeeeeee


Mulberry RM 6.50
Warna sebenar kemerahan. Abaikan camera cikai itu. (nak kena tukar baru?)
 Airnya terlalu manis. Tak sanggup nak habiskan. Atas tu aiskrim vanila (float)


Soda Goo Leng Ping, RM 4.30
Tak terlalu manis. 


Chicken Parmigiana, RM 13.90
Macam chicken chopla.. cheese tu boleh buatkan cepat muak. Sikit-sikit sudah


Panini Tappers BLT Sandwich, RM 12.90
Walaupun sedap, tapi tersangat liat daging tu, hampir tercekik. 
Kunyah lama-lama baru hadam. Serius 2-3 minit kunyah.
Kentang tu digoreng rangup bersama-sama kulit. Perghhh terangkat!


Minestrone Soup, RM 5.80
"Tomato based soup with carrots, celery, leek, cabbage and zucchini"
Sup ni memang unik dan terbaik. Sangat sedap dihirup sambil cicah roti. 
Tak pasti kalau ada tempat lain. Maklumlah bukan selalu dapat lepak cafe camni. Hehehe



Menu lain, boleh rujuk link ni, Tappers Menu.


Layan................

Treler berharga RM3,600,000 Brad Pitt dan Angelina Jolie




Sumber Harian Metro Online, 27.01.2015 (Selasa)

Brad Pitt memiliki keluarga besar. Kerana itu, mempunyai tempat untuk keenam-enam anaknya apabila mereka mengunjunginya di lokasi penggambaran adalah satu kemestian. Treler mewah, lengkap dengan ruang tamu besar untuk anaknya menonton televisyen, dapur cukup besar untuk menyediakan makanan keluarga dan kamar tidur utama untuk pelakon itu berehat atau tidur, adalah paling sesuai. 

Treler sepanjang 15 meter itu dipaparkan dalam laman web Celebrity Motor Homes baru-baru ini dan ia terserlah kerana saiznya yang besar. Dengan empat bahagian yang boleh dipisahkan bermakna treler berharga sejuta dolar itu bukan setakat panjang tetapi juga luas, menghasilkan ruang yang akan membuat pelakon terkenal itu tidak akan berasa sempit. 

Dapur berkualiti chef terserlah apabila pintu depan dibuka. Ia dilengkapi peti sejuk besar, tempat memasak lengkap, tempat membasuh dan mengejutkan, ruang kaunter yang luas. Kos dapur itu saja mencecah AS$60,000 (RM216,000). Ini menunjukkan kelengkapannya memang yang terbaik. 

Bersebelahan dapur ialah ruang tamu yang lengkap dengan meja makan, skrin televisyen yang luas dan sofa kulit sepanjang tiga meter, cukup untuk memuatkan seluruh anggota keluarga itu. Berjalan menerusi gelongsor ialah kamar tidur utama dengan katil bersaiz queen serta meja tempat dia merapikan dirinya setiap hari. Bilik mandi dalam kamar itu juga luas, muat untuk dua orang.





















Layan............

Bank Tiruan?

BANK CAP AYAM

Nanjing

Sebuah koperasi luar bandar dilaporkan mengumpul deposit lebih 200 juta yuan (RM116 juta) daripada 200 pelanggan sejak tahun lalu dengan menyamar sebagai sebuah bank di wilayah Jiangsu.
Agensi berita Xinhua semalam melaporkan, koperasi itu dipersiapkan dengan baik dan tampil meyakinkan orang ramai sebagai sebuah bank berdaftar.

Antara kemudahan yang disediakan di situ ialah skrin LED, dokumen palsu dan kakitangan lengkap berpakaian seragam. Menurut Xinhua, koperasi itu berjaya menarik ratusan pelanggan dengan memberi jaminan mereka akan mendapat pulangan faedah lebih tinggi daripada biasa.

Seorang pelanggan berkata, bangunan koperasi itu kelihatan sama seperti bank biasa.

“Bahagian depan, kaunter dan mesin giliran,
 semuanya dibuat dengan baik dan meyakinkan kami"

“Pengurus di situ pula sentiasa memastikan 
perkhidmatan diberi dengan baik".

“Saya sangat yakin ia benar-benar sebuah bank,”
 katanya.

Setakat ini, seorang wakil koperasi berkenaan dan empat pengurusnya telah ditahan bagi siasatan lanjut.

Polis menjangkakan lebih ramai mangsa akan tampil selepas terbongkarnya kes itu. Jurucakap polis berkata, kebanyakan mangsa adalah golongan ahli perniagaan dari wilayah Zhejiang yang terletak bersebalahan Jiangshu.

Sumber: Harian Metro Online, 27.01.2015 (Selasa)


lAYAN............

Isnin, 26 Januari 2015

Quill City Mall, Kuala Lumpur

Assalamualaikum

Semalam (Ahad), aku sempat singgah ke Quill City Mall, berlokasi di Jalan Sultan IsmailSempatlah pusing-pusing dalam tu. Ruang kedai yang amat besar serta ada pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa yang "beroperasi" kat pusat beli-belah tu. Mari kita terjah! Cekidaut



Gambar hadapan Quill City Mall - sumber Google



Ruangan parkir yang luas dan mudah untuk diakses. Terdapat lampu yang akan bertukar warna untuk setiap lot parkir. Hijau bermakna ada kekosongan dan merah tanda sudah "diisi" dengan kenderaan. Hiks. Terdapat juga tanda arah bilangan parkir yang tinggal untuk setiap lorong.
Ketika ni caj parkir masih lagi percuma.



Ruang untuk menunggu lif. Macam hotel. Lif tersangat luas.



Maklumat setiap tingkat berhadapan lif - model segera untuk Quill City. Hahaha



Papan info - kurang jelas sebab tulisan kecik dan back ground hitam. Tak menarik



Dekorasi ni menarik. Dari tingkat atas menjulur ke bawah.



H & M - Semakin femes kan butik ni? Hahaha



Penyewa utama - AEON. Tapi warna jadi tema hitam pulak.



Tappers - Antara restoran yang terdapat kat dalam ni. Sempatlah merasa makan kat sini - 
review menyusul



Golden Screen Cinema - Besar tapi tengok dari luar je. takda cerita menarik pun masa tu.
 Mana-mana pusat beli belah sekarang memang perlu ada panggung wayang sebagai tarikan utama selain boling dan pusat permainan video serta karaoke. Eh?



KOMONOYA - seperti Daiso. Semua barang RM5 sahaja. Hahaha



Nasiblah aku... Jadi jurugambar peribadi Abang Wan.
Masa ni dekorasi Tahun Baru Cina.




Pemandangan lain sekitar pusat beli belah ini. Nampak mewah dan bergaya.
Dekorasi terkini.



Amek kau ada skrin besar - untuk pengiklanan ye, bukan filem percuma. kikikiki



Akhir sekali, bahagian tandas. Hehehe tempat yang memang wajib aku pergi jika "melawat" mall. Memang besar dan selesa. Paling utama, ada getah paip. Miahahaha kalau takda terus badmood tau. Hiks




Yang ni aku agak tak berkenan. Mall dah rasmi lama, tapi benda-benda macam ni tak boleh nak betulkan. Bukan satu-dua tempat je, tapi hampir setiap tingkat ada dan ia sangatlah merbahaya untuk dewasa dan tentulah juga kanak-kanak. Senang-senang je boleh tersadung. Bukan benda kecik tau tapi BATANG PAIP. Harap pihak pengurusan bubuhlah apa-apa pun untuk tutup benda ni bukan setakat tepek pelekat cinonet camtu je sebelum mendatangkan kecederaan serius kepada orang ramai. Selagi tak kenakan...



Komen aku:

  1. Memang banyak kedai dan sesuai untuk keluarga.
  2. Cuma susunan kedai je yang sedikit serabut. Ada kebarangkalian yang tak semua kedai kau akan dapat jenguk. Nak sesat pun boleh. Hahaha
  3. Perbanyakkan lagi tanda arah dalam Bahasa Melayu sebab pelanggan kau bukan semua faham bahasa Cina dan bahasa Inggeris.
  4. Yang lain ok!


Layan............