VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)

VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP)
VISIT KUALA LUMPUR @ RM299 (USD70 / GROUP) - click picture for more details

Rabu, 29 April 2009

Wajah-wajah tokoh Yahudi?

Inilah wajah sebenar tokoh-tokoh Yahudi terkenal. Ada yang berasal dari Israel sendiri dan rata-rata yang lain berasal dari Amerika (United States). Mereka adalah orang disebalik jenama terkenal yang kita guna atau pakai barang-barang mereka. Sumber gambar adalah dari pencarian aku sendiri. Jika ada kesalahan, bagi tahu.




Taylor Elie Metchnikoff - Pemenang Hadiah Nobel untuk kajian berkaitan penyakit berjangkit



Levis Strauss - Levi's Jeans



Bernanrd Katz - Pemenang Hadiah Nobel untuk kajian transmisi neoromuskular



Surgey Brin - c0-founder Enjin Pencarian Internet, Google. Juga orang ke-26 terkaya di dunia ketika umur baru mencecah 35 tahun [mengikut Forbes]



Andrew Schally Berry - Pemenang Nobel untuk kajian endokrinologi



Howard Schultz - Pemilik Restoran Starbuck's



Irv Robbins - Baskin & Robbins (Aiskrim)



Ralph Lauren - Pemilik Jenama Pakaian POLO



Gregory Pincus - Pembangun pil perancang keluarga yang pertama



Peter Schultz - Kabel Gentian Optik



Paul Samuelson - Penerima Hadiah Nobel untuk Sains Ekonomi



Milton Friedman Greyscale - Pakar makroekonomi dan mikroekonomi serta kapitalism. Juga menerima hadiah Nobel



Karl Marx - Pemikiran kapitalism, komunism dan sosialis



Leo Szilard - Membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama



Larry Ellison - CEO Oracle Corporation, Syarikat Perisian terkenal dunia dan antara orang terkaya dunia



Jonas Salk - Mereka vaksin Polio pertama



Gertrude Elion - Menjumpai ubat melawan penyakit leukemia



George Wald - Penerima Hadiah Nobel bagi kajian mata manusia



Sigmund Freud - Teori Id, Ego dan Super Ego



Donna Karan - Pereka fesyen dan pemilik jenama fesyen terkenal, DKNY



Baruch Blumberg - Mencipta vaksin Hepatitis B



Bill Rosenberg - Dunkin Donuts



Elbert Einstein - Saintis terkenal






Adakah korang kenal mereka-mereka ini? Sebenarnya ramai lagi tokoh Yahudi yang lain tapi malas aku nak upload gambar dorang sebab nanti page aku berat. Aku bukan kagum kepada mereka-mereka ni sebab dikalangan orang Islam pun ramai jugak yang hebat-hebat cuma mereka-mereka ni tak didedahkan oleh media dan dunia sebab mereka ni Muslim. Gambar-gambar ni pun sekadar maklumat sahaja kepada yang mereka terlalu agungkan sangat barat tu. OK?





Layan.....


p/s: dapatkan Plan Prepaid dengan tempoh sah kredit sehingga 28 bulan atau 850 hari, SMS percuma sehingga 1800 SMS, panggilan serendah 5 SEN ke semua rangkaian dan internet laju. Berminat? Hubungi saya 0132825823

Selasa, 28 April 2009

Filem filem filem filem!!!

Semalam, Isnin 27 April 2009 aku tibai dua filem seram, Hollywood dan Thailand. Semua bertempat di Berjaya Times Square, KL. Coming Soon dan The Uninvited. Huhuhuhu!! Tengok sorang-sorang ok!




Coming Soon

Sinopsis

Mengisahkan Shane, seorang pekerja di pawagam dan bekas aweknya, Som seorang guard pawagam. Cerita seram mereka bermula apabila filem baru yang akan ditayangkan, Roh Pendendam mencari mangsa mereka melalui penonton filem. Selepas rakan baik mereka, Yod yang menonton filem ni hilang, mereka cuba menyiasat. Roh jahat dalam filem ni asyik menggangu Shane sebab dia adalah penonton kedua yang menonton. Bagi Shane, kehilangan Yod memang ada kaitan dengan filem seram ni dan untuk mengelakkan lebih ramai yang terkorban, Shane perlu segera mencari sebab kenapa filem ni sangat menagih mangsa sebelum filem ini akan ditayangkan kepada umum. Berjayakah mereka?

Komen

Bagi aku, filem ni memang agak berlainan dengan filem seram yang lain. Menggunakan pawagam atau filem sebagai jalan cerita memang mengagumkan. Tahap keseraman dan suspen memang bagus. Tapi, takkan aku nak puji je kot? Hahahaha.. Filem ni macam ada sesuatu yang tak kena. Kalau seram dah bagus, tapi jalan cerita yang kabur akan tetap mencacatkan filem ni. Seolah-olah, ia sekadar filem seram sahaja tetapi jalan cerita, moral dan lain-lain, diabaikan. Pengakhiran yang tergantung memang buat aku bertambah geram. Mungkin ada sambungan. Kalau nak harap teknik penceritaan, memang GAGAL. Takda cerita pun filem ni. Keseluruhan 3 bintang! Yang penting 18PL. Hahahaha







The Uninvited

Sinopsis

Selepas kematian ibu Anna, dia mengalami trauma yang teruk sehingga dimasukkan ke wad. Selepas 10 bulan, dia balik semula ke rumah. Tetapi dia tengok bapak dia ada awek baru. Seorang jururawat yang merawat mak dia. Bagi dia, kematian mak dia ada kaitan dengan jururawat tu. Anna bersama Alex, (kakak) cuba menyiasat siapa jururawat yang berjaya bertakhta di hati bapak dia tu walaupun bapak dia taknak percaya cerita mereka. Bagi mereka, jururawat tu memang bersalah. Seorang demi seorang mati. Siapa pulak yang seterusnya?

Komen

Filem seram psiko yang berjaya membuatkan aku menteraburkan popcorn aku! Hahahaha bukanlah seram sangat tapi tahap suspen tu yang mengejutkan aku! Jalan cerita yang baik, diolah begitu perlahan supaya kita mudah untuk faham dan teka. Jalan cerita seperti filem Water Spirit yang memainkan sentimen kekeluargaan dan pencarian kebenaran oleh seorang anak yang taat.

Pada permulaan cerita memang korang akan rasa macam, "kalau cerita macam ni baik takyah tengok, senang sangat nak tahu kisah cerita!". Tapi selepas tengok," owh... Ingatkan macam tu.." Hahahah...

Tapi takkan aku nak puji je kot? Hahahah... Pelakon yang memainkan watak Anna ni macam tak pandai berlakon. Feel kepada lakonan agak dibuat-buat. Lagi-lagi time dia menangis. Macam orang nak berak! Aku suka dia sebab comel jer... Hahahaha... Kakak dia Alex pulak, macam pelakon lucah. Gatal semacam. Sepatutnya pelakon lain seperti pakwe Anna tu tak payah ada pun takpa sebab banyak pelakon akan menyebabkan sesebuah filem akan nampak sarat!

Keseluruhan dari segi jalan cerita, suspen, moral, dan sedikit pengetahuan am yang korang dapat, aku bagi 4 bintang! Sebab yang penting, 18PL!! Amaran: Cerita ni agak melucahkan! Hahahahaha....!!






Layan......

Ahad, 26 April 2009

Jangan kahwin dengan 6 jenis wanita ini!!!

Janganlah engkau mengahwini 6 jenis wanita ini, Ananah, Mananah, dan Hananah. Janganlah engkau mengahwini juga wanita yang Hadaqah, Baraqah dan Syadaqah.

Wanita Ananah:

Banyak mengeluh dan mengadu. Tiap saat mengolok-olokkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:

Suka membangkit-bangkitkan (mengungkit) sesuatu perkara terhadap suaminya. Wanita jenis ini sering mengatakan, "Aku melakukan itu keranamu".

Wanita Hananah:

Menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang terdahulu. Yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya daripada suami yang lain.

Wanita Hadaqah:

Melemparkan pandangan dan matanya pada tiap-tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah:

Ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari megilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkan sebahagiannya.

Wanita Syadaqah:

Banyak mengatakan sesuatu yang tidak menentu (membebel, merepek, dan cakap kosong)

Dicatat oleh Imam Ghazali









Layan........???

Selasa, 21 April 2009

Temui Penulis Buku Ayat-Ayat Cinta!! (Pembetulan)

Update: Pembetulan

Ingat buku-buku ni? Kenal siapa penulisnya?



Beliau adalah Habiburrahman El Shirazy. Insyaallah, beliau akan hadir di Pentas Utama, Ruang Legar PWTC pada hari Sabtu, 25 April pada jam 4 petang hingga 7 malam untuk bertemu peminat-peminat novel beliau. Kepada yang berminat, silalah datang ke PWTC sambil membeli apa-apa yang patut di booth Al-Hidayah Publication. Potongan sehingga 15% kepada yang layak. Huhuhuh!!
(promot lebih sikit!)


Insyaallah...





Habiburrahman El Shirazy





p/s: Tahun lepas tak jadi datang sebab ada hal penting yang perlu diselesaikan.




Layan...

Pesta Buku Antarabangsa 2












RM1 juta tidak cukup selepas bersara

Utusan, 21 April, 2009.

JOHOR BAHRU 20 April - Rakyat Malaysia daripada golongan sederhana memerlukan sekurang-kurangnya RM1 juta ketika bersara sekiranya mahu mengekalkan gaya hidup semasa.

Pengurus Negara ESG Direct Asia Pte. Ltd. bagi Malaysia, K. Sasitharan berkata, bagaimanapun jumlah itu sebenarnya hanya sekadar 'cukup makan' jika diambil kira kos perubatan dalam tempoh berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan tinjauan yang dijalankan mendapati hanya 10 peratus rakyat Malaysia yang memiliki simpanan yang baik untuk menghadapi zaman persaraan mereka nanti.

''Namun, simpanan tersebut bukan hasil daripada tabiat menabung tetapi sebaliknya disebabkan mendapat gaji besar sehingga menyebabkan simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja mencukupi," katanya kepada Utusan Malaysia selepas mengadakan Seminar Khas Perancangan Kewangan sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2009 di sini.

Beliau berkata, sejumlah 10 peratus didapati menjadikan amalan menyimpan untuk menghadapi persaraan manakala 80 peratus lagi tidak bersedia langsung dan terpaksa bergantung kepada anak-anak.

Sasitharan berkata, walaupun amalan menabung masih lagi rendah di kalangan rakyat Malaysia tetapi ia adalah perkara normal bagi negara yang memiliki populasi muda.

Bagaimanapun, situasi itu perlu diperbaiki sebelum menimbulkan masalah kepada negara kerana dalam tempoh 15 hingga 20 tahun lagi Malaysia berpotensi untuk mempunyai majoriti penduduk dewasa.

Beliau berkata, rakyat Malaysia sepatutnya menukar persepsi yang ada dan menjadi lebih bersedia dalam mengharungi dunia persaraan tanpa perlu mengurangkan gaya hidup sedia ada.

''Di Malaysia, pesara secara automatik akan mengubah gaya hidup kebelakang berikutan kekangan wang untuk meneruskan gaya hidup selesa semasa bekerja.

''Sebab itu, pesara akan balik ke kampung selepas bersara dengan harapan dapat mengawal perbelanjaan harian, sekali gus mengurangkan beban kos hidup,'' jelasnya.

Beliau menafikan bahawa amalan menabung hanya berupaya dilakukan oleh golongan yang memiliki gaji yang lumayan.

''Dakwaan ini tidak benar kerana golongan pekerja yang memiliki gaji RM1,000 pun menabung, secara perlahan-lahan kerana gaji yang diperoleh akan mengalami kenaikan seiring tempoh bekerja,'' jelasnya.

Sasitharan menegaskan, masalah di Malaysia adalah kebanyakan rakyatnya lebih mengutamakan gaya hidup berbanding menabung.

Sambil memberi contoh, katanya, rakyat Malaysia sekarang dilihat lebih cenderung berbelanja terlebih dahulu sebelum mendapat gaji.

''Sekarang ini, kad kredit telah mengawal perbelanjaan rakyat Malaysia, ini memang budaya bahaya kerana setiap kali mendapat gaji, kita akan mendahulukan hutang,'' katanya.

Ditanya apa yang perlu dilakukan jika tabungan pekerja masih tidak mencukupi pada usia 55 tahun, Sasitharan berkata: ''Pekerja itu perlu terus bekerja kerana usia persaraan 55 tahun adalah masih muda berbanding negara maju pada usia 65 tahun. Ini bukan bermakna pesara yang tidak mempunyai cukup simpanan masih mempunyai 10 tahun lagi untuk menabung,'' kata beliau.





Layan...

Isnin, 20 April 2009

Tanah Rezab Melayu Musnah



Kosmo, 20 April 2009 - Isnin

Menurut Setiausaha Muafakat, Shaharudin Mahmud, pihaknya bimbang jika hasrat itu seperti mana yang dirancang mengikut Pelan Bandar Raya Kuala Lumpur (KLCP) 2020 yang dilancarkan sejak pertengahan tahun lalu itu diteruskan, ia akan membawa kemusnahan kepada kampung tradisi dan hak milik orang Melayu pula semakin kecil.

Malah tegas beliau, pengambilan tanah di semua kampung yang berstatus tanah pertanian kekal itu adalah bertentangan dengan Artikel 153 Perlembagaan berhubung tanah rizab Melayu.



"Kita bimbang apabila tanah itu diambil dan ia tidak diganti semula selaras dengan tuntutan perlembagaan yang mewajibkan kerajaan menggantikan tanah rizab yang telah diambil.

"Malah DBKL juga gagal untuk mematuhi Seksyen 12 A, Akta 201 yang memerlukan pihak berkuasa tempatan (PBT) mendapatkan pandangan daripada penduduk setempat mengenai rancangan pembangunan yang ingin dilakukan di sesuatu kawasan,'' katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan resolusi Kongres Memperkasa Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di hadapan 200 orang penduduk di Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak di sini semalam.








Layan........

Ahad, 19 April 2009

Minggu ni agak busy

Minggu ni agak busy. Jadi kurang sikit masa nak update blog.

Apa aku kisah. Janji duit masuk. huhuuh..

(takda idea da..)



Layan...

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa 2009

Keterangan Gambar - kayrolldin bersama peminat fanatik beliau (die-hard-fans) bergambar kenangan di booth Al-Hidayah Publication.







..Layan..

Rabu, 15 April 2009

Pesta Buku Antarabangsa 2009, PWTC


Kepada peminat-peminat buku-buku Al-Hidayah, jangan lupa lawat booth kami di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 bertempat di PWTC.
Maklumat lanjut rujuk poster di bawah.

Jangan lupa bawak duit yang banyak sebab harga buku-buku kat booth aku ni murah-murah! Hahahaha (promot!!)


Poster rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009!
Pasti puas hati!





..::Layan::..

Syukur!

Syukur, akhirnya selesai jugak pembelajaran aku di kolej ni.. Penantian yang mendebarkan dan menakutkan akhirnya berakhir... Perancangan selepas ni?
.
.
.
.
.
.
Mak aku suruh balik Putrajaya, cari kerja kat Kementerian Pelajaran (jangan harap aku nak kerja secepat yang mungkin!)
.
.
.
.
Tidur + Lepak + Makan + Merayau + Memblog = Cari kerja selepas 6 bulan + sambung belajar tahun depan.
.
.
.
.
.
.
.
.
Balik Putrajaya hujung bulan ni. Tak tau ada masa lagi tak nak update... Internet coverage tak bagus kat Putrajaya. Payah nak update. Cyber Cafe pulak mahal nak mampos!




p/s: Aie, aku lepaslah.. Hahaha, tak jumpa next sem.. Huhuhu.. FOMCA ajak Syak dengan Mail.




Layan....

Selasa, 14 April 2009

Ibu jenis apa ko ni??? Ibu sundal???

Bulan lepas, aku telah ditugaskan oleh ibuku untuk menolong kawan baik beliau, seorang ibu tunggal untuk berpindah rumah, dari Putrajaya ke Pinggiran Puchong. Aku panggil beliau dengan nama manja, Kak Nora sahaja dan Kak Nora mempunyai 2 orang anak lelaki yang sudah remaja.

Dipendekkan cerita, ketika aku sedang memunggah barang-barang kak Nora dari rumah beliau dari tingkat 8 ke aras G, dengan ditemani oleh anak-anak kak Nora, dan rakan-rakan aku, aku perhatikan ada 2 orang budak lelaki asyik memerhatikan kami membuat kerja. Ketika tu, belum ramai lagi yang datang membantu.

Setelah hampir setengah jam memunggah, barulah kawan-kawan kak Nora yang lain datang menjenguk. Jiran dia buat derk je tengok kitorang buat kerja. Bukan nak tolong! Anak dorang pun sama je! Boleh pulak karaoke kat dalam rumah! Pastu mungkin dorang segan tengok kitorang, jiran kak Nora tutup pintu dan buat-buat senyapkan rumah! Selepas habis semua dipunggah, makcik tu keluar dari rumah (macam tau-tau je dah habis kemas) dan tanya kak Nora, "dah habis ke mengemas? Cepatnya dah siap!". Kak Nora angguk sahaja. Pastu makcik tu buat-buat ramah dengan kitorang. Dasar muka plastik!

Back to the story, semua barang-barang dah siap punggah ke aras G. 2 orang budak lelaki tadi masih ada kat bawah. Sementara tunggu lori sampai, kitorang lepak ramai-ramai kat bawah tu sambil makan kuih dan minum air teh yang mak aku buatkan.

Tiba-tiba,

"wei pantat, ko kat sini rupanya! Pukimak betul la ko ni! Aku suruh ko turun bawah tunggu kat kereta tu la babi, bukan menyibuk garu jubo kat bawah ni! wei, babi, pukimak, sial, lahanat, ko dengar tak apa yang aku cakap ni???!!! ko ni betul-betul nyusahkan aku jer! ko ni bla bla bla &^%$%$^%$&^!!!"
(Dicarut oleh seorang wanita yang muka tua tapi pakai bedak tebal macam pelakon opera cina kepada anak lelaki dia yang 2 orang tadi)

Terkejut kitorang dengar! Seorang ibu tergamak mencarut anak sendiri depan orang ramai ramai!!!! Suami dia pulak buat bodoh jer... Memang bodoh kot atau dayus!!! Memang sial ini perempuan. Malu aku nak cakap benda lain yang dia carutkan. Tapi aku rasa carutan di atas pun dah mencukupi!

Apalah salah budak-budak tu? Aku tengok dorang kecik lagi. Kalau bersalah pun, tak boleh ke mak dia cakap elok-elok? Tak boleh ke cakap dalam rumah? Tak boleh ke jaga maruah keluarga depan orang ramai?

Yang pasti, bukan aku seorang je yang dengar. Ramai lagi orang kat situ dengar. Lama gila dia carutkan anak-anak dia. Konon-konon gempaklah dapat carutkan anak depan orang lain! Bangga je muka dia!! Padahal carut pun dalam bahasa melayu, ada hati nak mencarut-carut! WTF????!!!!!








Layan.........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Ahad, 12 April 2009

Review Filem!

Jangan Tegur

Sinopsis

Natasya mengalami kemalangan dan koma selama beberapa minggu. Selepas sedar dari koma, Natasya mempunyai kelebihan untuk melihat alam ghaib dan pada masa yang sama, Baizura selalu muncul dalam mimpi Natasya. Setiap masa Baizura mengganggu Natasya. Apakah sebabnya Baizura selalu muncul dalam hidup Natasya? Apa yang Baizura mahu dari Natasya?

Komen:

Filem ni agak memuaskan aku. Jalan cerita digarap dengan baik cuma ia terlalu mudah . Dari segi jalan cerita, aku bagi 3 bintang sebab plot dia terlalu mudah untuk difahami dan ada beberapa plot yang kita dah boleh agak apa yang akan terjadi. Kalau tahap suspense dan seram, aku bagi 4 bintang sebab memang agak seram dan mendebarkan. Sistem audio memang tak dapat disangkal lagi. Mungkin penangan dari Digital Dolby kot. Filem ni membuatkan kita seperti berada dalam filem tu sendiri. Keseluruhan, 4 bintang!!

p/s: Ada babak yang diambil kat depan Apartment Seri Batu dan Masjid Saidina Hamzah. Bangga siot!!

p/s: Aku tengok kali yang ke-2. Heheheh… Jangan jeles…


Dragon Ball

Sinopsis

Goku (omputih) perlu mencari kesemua 7 biji bola naga untuk memastikan ia tidak jatuh ke tangan sape ntah dan untuk memastikan juga dunia selamat. Semua ni adalah wasiat dari atuk beliau. Dengan dibantu oleh seorang perempuan dan seorang lelaki (aku tak ingat nama), dapatkah dorang mencari bebola ikan tu? eh silap, bebola naga itu?

Komen:

Aku amat-amatlah tak puas hati dengan filem ni! Siot je habiskan duit aku! Ingat gempaq sangat!! Plot agak mengelirukan dan ada kalanya tak masuk akal langsung! Memang berbeza dari komik Dragonball sebenar. Jangan harap ko nak tengok Goku macam dalam komik tuh! Jalan penceritaan yang kabur aku bagi, 1.5 bintang. Kesan khas dan pelbagai, aku bagi 2.5 bintang sebab ada CGI yang digunakan seolah-olah membodohkan penonton! Macamlah aku tak dapat bezakan yang mana asli dan yang mana tiruan (kata seorang teman)

Fast and Furious 4 (F&F)


Dom Toretto kematian awek dia, Letty. Dom berusaha untuk menjejaki siapa dalang disebalik kematian awek terseksi dia. Eh, awek tersayang dia. Dalam menyiasat punca kematian Letty, Dom terjerat pulak dalam kegiatan kongsi gelap, iaitu mengedar dadah. Ketua kongsi gelap tu ada kaitan dengan kematian Letty. Siapa yang mati selepas tu?

Komen:

Bila aku tanya kawan-kawan aku, apa pendapat dorang tentang filem ni. Dorang cakap sequel yang paling gempak pernah dihasilkan. Rata-rata bagi 5 bintang. Tapi bila aku cakap tak berapa best, ramai yang cakap aku tak minat pasal kereta, aku tak tengok filem-filem sebelum ni dan pelbagai lagi sebab yang membolehkan aku tak berapa suka filem ni. Hello!! Ko sedar tak ko sedang bercakap dengan siapa ni?? Bila aku tanya sikit pasal watak-watak, ko bukan boleh jawab pun!! Nampak sangat korang jarang pergi tengok filem kat wayang! Maksud aku yang dikatakan tak berapa best adalah, terlalu banyak plot yang kabur. Sampai kita tak boleh nak agak, cerita ni pasal kereta ataupun pasal Dom (Vin Diesel).

Jika kita tengok filem-filem F&F sebelum ni, kebanyakkan cerita berkisar dengan kereta dan hanya selit beberapa perkara tentang selain kereta. Tapi plot dia lebih terarah kepada perlumbaan kereta, dan aksesori kereta terkini. Tapi dalam F&F 4 ni, plot lebih kepada masalah balas dendam, kesedihan (touching la konon) dan persahabatan. Aku nak tengok pasal kereta bukan pasal orang lelaki menangis! Kalau sikit-sikit tu bolehlah, ni sampai habis, berapa babak je yang cerita pasal perlumbaan dan teknik CGI tidak berapa kemas. Korang akan nampak ada babak memang nampak tipu gila-gila! Pelik cerita Hollywood macam ni. Keseluruhan filem aku bagi 3.5 bintang. Jangan nak marah aku ek!

p/s: aku hampir terlelap tengok filem ni sebab ada babak yang tersangat boring dan terlalu banyak cakap sampai kita pun dah tak concentrate. Hehehe…

Confession of a Shopaholic

Rebecca ni seorang journalist. Pada masa yang sama, dia tersangatlah suka membeli belah. Suatu hari, bil kad kredit beliau mencecah USD 16,000 sebulan. Pastu hilang pulak kerja. Puas dia fikir macam mana nak setel bil kad kredit dia. Tapi dalam tak cukup duit tu, dia masih boleh tibai shopping lagi sampai titisan dolar terakhir beliau. Penat dia cuba macam mana nak berhenti shopping benda yang tak patut tapi kurenggg berjaya… sampai satu ketika, kawan baik dia pun dah taknak cakap dengan dia. Apa kesudahan dia?

Komen:

Jalan cerita yang mudah untuk difahami dan ada babak seperti sudah dijangka (stereotaip). Dari mula sampai akhir, kita boleh nampak plot agak tersusun walaupun ada beberapa plot yang cacamarba (gila guna ayat nih!). mungkin nak siap cepat kot. Tapi, dari segi jalan cerita, 3.5 bintang. Tiada kesan khas yang banyak digunakan. Jadi, aku bagi 3 bintang. Keseluruhan, 3 bintang…

p/s: filem ni betul-betul memberi pengajaran kepada kita. aku sedar, kita memang tak boleh elak untuk terbeli barangan yang bukan keperluan kita. (terbeli?) kepada dara dan teruna yang gila shopping, tonton dulu filem ni. Pastu pergilah membeli-belah dengan fikiran yang tergak-agak. Okk?










Layan…

Sabtu, 11 April 2009

Filem oh filem!!

[updated - 8.25 am, Ahad]

4 filem yang sedang menanti untuk dipuji atau dimaki. Khas untuk bulan April sahaja. Gilakan? dalam 2 minggu, 4 filem aku tibai!

Tarikh: 2 minggu pertama bulan April
Tempat kejadian: Times Square dan Pavilion
Harga tiket: Terima kasih kepada penaja-penaja tiket.
Tajuk filem:
  1. Confession of a Shopaholic
  2. Dragon Ball
  3. Fast and Furious 4
  4. Jangan Tegur

Nantikan review filem-filem ini...

p/s: Aku tengok JANGAN TEGUR kali yang ke-2 semalam!! Heheehehehe




Layan....

Yeah! Balik Bandar!!

Secara rasmi aku telah selamat pulang ke bandar halamanku yang terletak di [Prang Besar*.] Aku sampai petang tadi setelah menempuh perjalanan selama 4 jam. Dari berjalan kaki, aku naik bas. Dari naik bas, aku naik bot pulak. Pastu naik helikopter, pastu bla bla bla...

Tak percaya? Nasiblah, sebab aku yang yang tempuh semua ni. Bukan korang! Muahahah!!!

Sampai-sampai je di rumah, mak aku terus melambai manja sambil menurunkan wasiat pertama beliau. "Nanti malam karang hantar Ma pergi pejabat. Ada hal sikit. Lepas maghrib Ma nak pergi dah", ok jawab aku.

Itulah rutin aku kalau balik rumah. Mesti ada kerja yang aku kena buat tak kira baru sampai atau tak. Mak aku kalau dengar je aku nak balik, mesti dia dah buat list apa yang aku kena buat. Kalau buat list mesti ada perasa tambahan. Tak pernah sharp 5 wasiat, mesti jadi sampai 10 wasiat.

Tapi, apakan daya, aku anak dan aku perlu buat semua tu walaupun aku tak rela!!! Tak rela!!

p/s: Saja nak merapek pagi-pagi buta ni sebab tengah boring... Huhuhu... Takda idea! Papepun,



Layan...........

Rabu, 8 April 2009

I'm Back!!

Kembali bertugas ke meja blog. Hehehe. Agak penat selepas baru pulang dari bertugas di Port Dickson. Insyaallah aku akan ceritakan apa yang aku buat di PD. Hehehe.. Sekarang bukan masa sesuai sebab tak ada PC kat rumah walaupun internet ada..




Layan...

Sabtu, 4 April 2009

MCA tuntut jawatan TPM Cina

[Malaysiakini]

Apr 3, 09 3:03pm

Timbalan setiausaha agung MCA menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mewujudkan jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan pengerusi BN untuk diisi presidennya bagi mencermin "perkongsian kuasa sebenar".

"Rakyat Malaysia pelbagai kaum telah lama menerima dan memberi sokongan penuh kepada ideologi pentadbrain berasaskan kepada perkongsian kuasa di negara ini.

"Bagaimanapun, selepas 52 tahun merdeka, kita terus merasakan bahawa perkongsian kuasa itu hanya satu slogan dan tidak mencermin situasi sebenar, yang kita amat harapkan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

"Oleh itu, rakyat Malaysia kini kecewa dan tidak puas hati dengan situasi sebenar kita sekarang kerana ia hanyalah satu cakap kosong," kata Datuk Loke Yuen Yow.

Menurutnya lagi, jawatan kedua timbalan perdana menteri untuk presiden MCA bukan sahaja membantu merealisasikan konsep perkongsian kuasa, tetapi juga menunjukkan bahawa kerajaan memberi kepentingan kepada peranan dan sumbangan kaum Cina dalam proses pembinaan negara.

Loke menambah, jika diberi jawatan seperti dituntut, presiden MCA boleh, dalam kapasitinya sebagai anggota kabinet, membantu menggariskan dasar yang lebih adi dan berfaedah kepada semua pihak, terutama masyarakat Cina dalam ekonomi dan pendidikan.

Beliau juga menegaskan bahawa MCA telah mewakili perjuangan masyarakat Cina, untuk mencapai kemerdekaan negara, bersama Umno dan MIC pada 1957.

"Oleh itu, dalam proses pembinaan negara, sumbangan yang dihulurkan oleh MCA dan masyarakat Cina adalah amat banyak dan sangat besar," tambahnya.

Pada masa yang sama, Loke mengulangi lagi desakan awal MCA bahawa presidennya mesti dilantik sebagai timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN.

"(Pelantikan) ini akan memanifestasikan senario sebenar perkongsian kuasa bawah pentadbiran Datuk Seri Najib," tambahnya.
Justify Full
"Sebagai seorang pemimpin yang bijak dan berpandangan jauh, Datuk Seri Najib perlu melihat peri pentingnya dan keperluan mewujudkan jawatan-jawatan timbalan perdana menteri Cina dan timbalan pengerusi Dewan Tertinggi BN - yang kedua-duanya dipegang oleh presiden MCA."



Komen:

Aku setuju dengan pandangan MCA ni. Tetapi, bukan dengan sewenang-wenangnya dorang akan dapat jawatan tu. Mungkin ramai yang akan tidak setuju dengan aku, tapi percayalah ia untuk kebaikan semua. Kita perlu sedar, kita sudah 52 tahun merdeka. Jika negara lain boleh memilih pemimpin mereka dari kalangan sesiapa pun, kenapa kita tak boleh? Jangan bandingkan kita dengan Singapura. Mereka memang cemburu dengan orang Melayu. Kita perlu bagi bangsa lain peluang untuk memegang jawatan TPM. Kita tengok prestasi mereka. Jika teruk, barulah kita SINGKIRKAN!

Antara syarat-syarat yang aku rasa perlu bagi mereka jika ingin menjadi TPM Malaysia:

1) Jawatan TPM perlu bergilir-gilir antara India, dan bumiputra Sabah serta Sarawak kerana mereka juga berhak.

2) Calon mestilah fasih berbahasa Malaysia dan memperjuangkan hak-hak bahasa Melayu sebagai bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan.

3) Fahami budaya, agama, adat serta pantang larang semua bangsa-bangsa di Malaysia terutama Melayu dan Islam sebab mereka perlu sedar, Melayu lebih ramai dari bangsa CINA atau INDIA.

4) Jangan terlalu nak memperjuangkan bangsa sendiri sehingga lupa kepada masalah bangsa lain!

5) Perlu terdiri daripada mereka yang memimpin sesebuah parti, bukan orang biasa.

6) Perlu menerima Islam sebagai agama Rasmi negara Malaysia dan jelaskan kepada bangsa sendiri tentang agama Islam.



Kesimpulannya, bagi aku, tiada lagi calon yang betul-betul mantap untuk menerajui Malaysia selain orang Melayu sebab, mereka yang berbangsa selain daripada Melayu ni walaupun hebat dari segi kepimpinan, integriti, dan kewibawaan sebagai pemimpin, mereka tetap tidak faham apa yang orang Melayu di Malaysia berkehendakkan. Mereka masih tidak faham apa itu agama Islam. Jika mereka faham, kenapa masih mempersoalkan kepentingan agama Islam dalam diri setiap rakyat yang bergelar Melayu Islam?

Ada sesiap yang mahu tambah?


Layan....